Siapa travel buddies korang?

Aku nak share pasal travel buddies, bila kita travel especially travel sendiri sendiri ni banyak cabarannya. Nak cari keserasian tu penting. Ada masa aku and husband memang boleh bergaduh kalau tersalah apa jalan ker ora apa apa lah. Normal lah kan. Masa travel macam macam benda boleh terjadi dan benda ni boleh berlaku pada sesiapa pun. 

Tapi walau bagaimanapun, bagi aku husband aku tetap my best travel buddies aka housemate jugak hahhaha. Setengah orang suka pergi dengan kawan kawan, macam aku ada juga travel dengan kawan kawan , tapi aku tetap merasakan dialah the best travel buddies aku. 

Ramai juga kawan kawan aku yang tidak dapat berpeluang untuk berkongsi minat yang sama macam aku ni. Ada husband yang memang tak suka nak travel. Tapi, Takpalah kan, aku yakin mesti ada persamaan dalam part lain juga. 

Aku bersyukur sebab kami banyak berkongsi benda yang hampir sama selain dari travel.

Travel buddies

Percutian ke perth yang terkini pada awal ogos 2018

Bagaimana aku kenal abam aka travel buddies nih

Kami kahwin pada tahun 2000. Kenal sejak zaman belajar di USM 1994-1998. Sama-sama bidang Mass Comm.  Kenal melalui aktiviti suai kenal kelab komunikasi USM. Kami selalu juga mengikuti aktiviti melancong yang dianjurkan oleh kelab seperti Langkawi, Pulau Pangkor dan tempat-tempat yang berdekatan.

Haa ini pun dah tanda tanda sama sama suka aktif lifestyle dan traveling macam ni kan. Petanda baik dah tu.

BACA : Tips shopping di Perth yang wajib korang tahu

Negara pertama yang kami jejaki

Selepas mendapat pekerjaan dan berkahwin, kami memang berniat untuk travel bersama. Kami banyak travel di dalam negeri dahulu, maklumlah baru kerja gaji pun masih kecil.. Paling jauh pun ke Singapura.

Alhamdulillah bila rezeki dah mengizinkan, kami ke Arab Saudi pada tahun 2005 untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Pada waktu umur aku 31 tahun. Aku rasa inilah negara luar pertama yang jejaki dan aku rasa betul-betul jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai.

Kami memang dah pasang niat, kalau nak Travel kemana mana kami wajib ke sana dahulu sebelum melancong ke negara-negara lain. Orang cakap dah jatuh wajib kan, tak patut pulak rasa boleh pergi ke tempat lain tapi mekah ni diliewatkan pulak. Lepas tu barulah hati tenang. Selepas itu boleh dikatakan setiap tahun aku dan suami pergi melancong. 

Banyak koleksi gambar sewaktu travel kami kongsi di IG dengan hashtag #fairasaznitravel .. jangan lupa like ig kita orang tau hehehe

Mengapa Minat Travel

Sejak kecil memang famili aku suka berjalan jalan. Tapi masa itu hanya mampu travel dalam negara. Bayangkan 7 adik beradik boleh muat masuk kereta datsun lama semata mata ayah nak bawa ke pulau pinang dan berkhemah di pantai.

Aku rasa travel ke negara orang amat menyeronokkan. Ia juga seperti “booster” dan ‘rewards’ untuk diri setelah penat bekerja. Namun yang paling penting bagi aku ialah travel ini dapat membuka minda kita dan belajar melalui pengalaman tentang cara hidup bangsa lain di dunia ini.

Benda ni amat berharga dan  ‘priceless’. Aku  dan suami pun memang tak kisah sangat jika guna kereta dan rumah yang sederhana sahaja asalkan dapat kumpul dan peruntukkan wang untuk travel setiap tahun. Kami rela menaiki penerbangan tambang murah janji dapat jejak ke sesuatu tempat.

Travel buddies

Di Albert Dock, Liverpool yang sejuk yaaaaa amat

Best tau travel ni. Priceless!

Sebenarnya banyak benda dapat dipelajari sewaktu travel selain hanya dapat melihat tempat-tempat menarik dan berswafoto sahaja. Bagi aku semasa travel kebaikan dan manfaat itu kita perlu mencarinya.  Aku rasa amatlah rugi kiranya seseorang itu apabila pulang dari travel hanya mampu bercerita tentang tempat-tempat menarik yang mereka lawati dengan koleksi gambar dan selfie.

Setiap negara yang kita lawati pasti mempunyai sejarah, budaya dan cara hidup yang berbeza yang tidak dapat kita lihat dan alami di negara kita. Dari situ pasti kita akan dapat menimba perkara dan amalan yang bagus untuk kita lakukan di negara kita, setidak-tidaknya untuk kenangan dan manfaat diri kita sendiri.

Salah satu kenangan yang tidak dapat kami lupakan adalah  sewaktu ke negara Jepun di mana  kami lihat masyarakat di sana amat mementingkan kebersihan. Amat sukar mencari tong sampah di sana tetapi yang memeranjatkan tiada pula sampah dibuang merata-rata. Kebiasaannya tong sampah hanya boleh didapati di depan kedai serbaguna seperti 7 Eleven atau Family Mart ataupun di stesen keretapi. Jadi kami terpaksa menyimpan bekas tin minuman atau makanan di dalam bekas plastik dan membawanya bersama sehinggalah berjumpa tong sampah. Tong sampahnya pula bersih dan tiada bau sampah yang busuk. Aku, suami dan anak boleh merenung tong sampah tu sambil berfikir bagaimana mereka melakukannya. Kesedaran  mereka ini dipupuk sejak dari kecil lagi.

Aku juga suka perhatikan cara orang Jepun bercakap dengan orang walaupun pada anak  yang masih kecil.  Cara jurujual atau juruwang menyambut pelanggan dan memulangkan baki wang sama sahaja dengan orang dewasa mahupun anak kecil. Sungguh sopan sahaja bunyinya dengan ekspresi wajah yang tersenyum dan menunduk-nundukkan kepala.

Kami sengaja menyuruh iman yang berumur 8 tahun beratur untuk membayar barang. Apabila iman terkeluar dari barisan, ada yang akan menegur secara lembut tapi tegas dan apabila dia membayar dia akan menerima corak layanan yang sama daripada juruwang tersebut. Sebenarnya lebih senang mendidik anak jika kami kongsi pengalaman yang sebegini,

Travel buddies

Bab shopping mesti kena ada list husband aku. hahahha best kan… tapi mujorlah bini dia sedaq diri .. tak boros sgt

Travel pun perlu ada matlamat

Kalau ikutkan setiap percutian kami ada konsep tertentu dan kami akan pastikan matlamat ini tercapai. Bergantung kepada tempat tersebut. Contohnya kalau ke Bali memang matlamatnya untuk hanya beristirehat  jadi kami sanggup cari hotel atau resort yang best dengan panorama yang cantik. Sanggup lebihkan peruntukan untuk hotel kerana kami tahu kami akan meluangkan masa di hotel atau resort.

Kalau di  England atau Jepun pula memang untuk meneroka banyak tempat, jadi pilihan hotel/homestay yang murah dan selesa sahaja menjadi pilihan, asalkan berdekatan dengan stesen keretapi. Ini kerana banyak masa akan dihabiskan di luar dari di dalam hotel/homestay. So yang basic basic sudah hahahah.Lagipun currency dia orang tinggi.

Persamaan dengan husband dalam “travel”   

Sungguh.. dialah travel buddies aku  yang paling best. Persamaan kami semasa travel, boleh dikatakan semuanya sama. Kami memang tidak suka travel menggunakan agensi pelancongan. Selain dari faktor kos, kami suka kan kebebasan.

Suami selalu tergelak apabila melihat kumpulan pelancong bersama pemandu pelancong yang memegang bendera kecil. Kami istilahkan mereka ‘geng bendera’. Sememangnya kesemua travel kami dirancang kami berdua suami isteri. Kami suka membuat research mengenai tempat yang ingin dilawati terutamanya yang pertama kali.

Feel itu rasanya lagi lebih mendalam.

Kami juga mempunyai sumber rujukan yang sama iaitu melalui travel blog atau vlog dari youtube. Dari situ menentukan perkara2 yang ingin dibuat dan tempat2 yang ingin dilawati. Melalui persamaan ini juga,kami senang berbincang tentang rujukan kami. Malah kami akan kongsikan didalam google drive jadi bila bila masa kami boleh akses file yang sama dan tambah info yang terlintas.

Husband aku ni selalu cakap yang kita harus menjadi “traveller’ bukan “tourist’ dan apabila berada di negara orang, kita perlu ‘blend’ denganmasyarakat di sana . Lagi satu Perkongsian ini bukan berdua sahaja, tetapi pada hero kecik Iman tu. Dia pun travel buddies yang wajib ada kemana pun. Tak lengkap kalau dia tak ada.

Salah satu persamaan kami lagi yang menyenangkan pergerakan kami ialah suami  juga suka bershopping. hehehe.. Penting untuk aku nih.  Untuk ini aku tidak mempunyai masalah suami yang bermasam muka apabila isteri mengambil masa lama bershopping. Kadang kala tu aku pula yang kena tunggu dia. Malah dia juga lebih cekap untuk menjadi perunding harga barang yang saya ingin pilih (tawar menawar).

Kami juga tidak mempunyai masalah jika dia ingin hanya melepak dengan secawan kopi sambil memerhatikan orang yang lalu lalang ditempat itu.

Jenis negara yang sering menjadi pilihan

Sebenarnya kami tidak set apa-apa, kerana bagi saya jika bajetnya bagus semua negara adalah berbaloi untuk dilawati. Mula- mula harga tiket yang mampu milik sahaja. Namun memandangkan travel buddies kami adalah anak, dan suami jadi kalau boleh kami mengelak negara yang tidak berapa stabil dan berisiko. Kami suka pergi negara maju dan membangun seperti Jepun. Suka melihat peradapan mereka.

Pernah pergi ke negara china dan kami tidak berapa enjoy disana apabila melihat tatacara dan adab mereka.

Travel buddies

pergh yogyakarta yang penuh dgn tpt wisata katanya

Negara yang telah dikunjungi

Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam, Jepun, Hong Kong, China, England, France, Switzerland, Italy, USA, Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan terkini Australia

Percutian yang meninggalkan memori indah

Jepun dan Amerika. Tapi rasanya aku pilih Amerika sebab susah nak sampai lagi hahaha. Harga tiket pun mahal dan sangat jauh. Journey dalam 26 hours atas flight. 

Pengalaman di sana lain sikit. Memang sejak dari kecil kita menonton filem dari sana. Jadi tempat yang kita nampak di dalam filem, orang serta gaya bercakap mereka memang kita dah tahu melalui filem. Jadi apabila ke sana macam tak percaya apa yang kita lihat di filem tu berada depan mata kita sendiri.

Semasa di New York kami rasa terpaku kerana semacam berada di dalam filem, apa lagi bila berada di lokasi2 yang selalu ditunjukkan di dalam filem seperti berada di Times Square, berlari untuk mengejar ‘subway’ train yang penuh sesak, bermain di taman tema di Coney Island, mendengar cara mereka bercakap dengan kita dan sebagainya. Semuanya seperti di dalam filem haha.

Orang di Amerika sebenarnya lebih friendly dari orang Eropah, mungkin juga sebab senang kita nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Satu lagi kelebihan di Amerika ialah makan dan penginapan kita boleh dapat yang murah dan berpatutan  kalau pandai cari. Paling best ialah shopping murah ya amat. Kami memang amat teruja sangat bershopping di sana. Bagi aku di sana juga mempunyai pemandangan dan landskap yang menarik.

Setakat ini kami hanya dapat cover New York, Washington, Philadelphia dan sekitar Atlantic City dan kesemua tempat ini boleh lihat perbezaan. Secara ringkasnya, New York adalah kota metropolitan semuanya fast phase dan bergerak laju, Washington ialah pusat pentadbiran, walaupun fast-phase tetapi lebih teratur, Philadelphia pula lebih rileks dan santai dan Atlantic City sedikit seperti Las Vegas, lampu neon di malam hari dengan deretan kasino dan hotelnya.

 

Travel buddies

ni percutian ke Legoland. Budak tu lah paling happy..

nanti Sambung part 2 okay…

 

 

6 Comments

  1. ina October 2, 2018
    • azni October 3, 2018
  2. Lynda Che Lah October 2, 2018
    • azni October 3, 2018
  3. Nany Adifah October 4, 2018
    • azni October 4, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!