Shopee.com.my murah weh!

 Siapa suka soping? Angkat tangan… angkat tangan

shopee.com.my

Nih muka excited bila dapat barang murah di shopee.com.my. Kepuasan betul bila dapat barang murah ni. Bukan kedekut tau, tapi nak jadi pembeli yang bijak. tapi bukan ikut nafsu.


AKU
… aku lah suka shopping…!..Hahah aku ni sejenis  orang yang shopping bermusim..perempuan mana tak suka shoppingkan.. mungkin hanya 1% jer kut yang tak jatuh dalam spesies  macam aku ni hahaha…betul dak? Cuma aku ni kalau dah start soping online.. adui berjangkit jangkit. So korang tak kuat iman jangan masuk Shopee.com.my ni.. BAHAYA… hahaha

Tapi kalau korang sukashopping pun, korang jadila pembeli yang bijak. Jangan ikut nafsu… korang rajin lah compare harga terlebih dahulu, lepas tu korang pikir betul ke korang perlukan benda nih… Jangan ikut nafsu okay.. (cakap untuk diri sendiri jugak). Semua benda di hujung jari, buatlah perbandingan antara e commerce yang ada. Kalau takut lupa, masukkan dalam add to cart dulu. Nanti revisit lah balik.

Tapi kali ni aku nak citer pasal Shopee.com.my, satu lagi portal ecommerce nih yang tgh HOT sekarang. Korang boleh jadi pembeli dan korang boleh jadi penjual. Best fren aku banyak jual barang kat sini katanya sangat2 memberansangkan.

Untuk kes aku ni kan, aku selalu ada dilema .. antara blogger, pembeli dan juga kerja aku sebagai UX designer yakni sebagai User Experience Designer yang mengkaji  pengalaman pengguna berinteraksi dengan sistem. Fuh dillema oo… bergelodak jiwa aku nih… kadang2 faktor design mempengaruhi aku.. kadang faktor “shopping” mempengaruhi aku ni.. Tapi…. itulah User Experience sebenarnya.. dan aku kena share opinion dan review yang tulus ikhlas gitu …

Tapi aku nak cakap.. barang yang aku cari2 dulu…. aku dapat dengan harga MURAH di shopee.com.my

hehehhe barangnya adalah pelipat kain hahaha.. Sebab aku sejenis orang yang sakit hati kalau bila beli barang pastu tempat lain offer lagi murah. Aku aim benda ni dah 3 bulan.. shhh….. ni bukan OCD… tapi kepuasan beli barang dengan harga murah..

So aku cuba balancekan pengalaman aku ni.. supaya korang senang timbal balik apa yang aku nak share nanti . Kalau korang pun sepesen mcm aku.. kita Geng!… Mana mana e commerce pun objective dia sama jer tapi sebenarnya ada niche dan strenght masing masing yang mungkin korang tak perasan. Semua dah ada dalam bisnes model dia orang.

Let me share my experience sewaktu aku navigate dan browsing shopee.com.my nih melalui desktop yer..

Aku rasa korang mesti dah ada macam macam experience membeli barang secara online kan. Malah korang ada set guideline dalam diri korang bila masuk jer portal sebegini mesti  point point penting yang korang tengok tanpa korang sedari. Dalam kes aku nih..  of course lah aku pun ada kan.. so ini yang aku nak share nih apa yang aku rasa… atau feel.

  1. Search function

    Aku suka part search function  shoppe.com.my nih sebab lokasi nya agak visible ataupun jelas. Area untuk/Space search function nih agak besar juga.  Puas nak menaip!.

    Setengah orang memang ‘mental model’ dia  akan pergi kepada area search function dulu… contoh terdekat asben aku sendiri.. heheh orang laki gitulah kan …depa terus straight to the point, search apa yang derang nak cari. Sama juga kalau pergi shopping mall.

    Aku? hahah aku perempuan…. aku masuk web ni.. aku terus terbayang mcm aku masuk daiso, Murah dan semua benda aku nak beli… ish ish.. perempuan.. perempuan.

    Aku nak share baru baru ni aku sibuk nak p reunion. Benda yang aku cari adalah “dinner Dress‘. Jenuh aku cari  tau sebelum ni portal e-commerce yang lain, aku hunt dari awal tahun tapi akhirnya terjumpa di kedai shah alam. Bila aku masuk dekat Shopee.com.my  terus aku ternampak di bawah kotak carian tu ada  tulis “carian popular”.. eh eh .. macam tau pulak aku cari benda ni.. Kalau lah aku tau awal… memang aku sambar satu baju dinner kat sini.   Walupun aku dah beli tapi aku tengok baju baju dinner yang di tawarkan memang tak masuk akal. Murah !!  Menyesalnyaaa…. kenapalah aku tak masuk dekat sini dulu… Mahal tau baju dinner ni, korang ingat murah ker.. cuba korang try masuk sini…percayalah.. cer cuba..

    So korang gunalah search function sebaik mungkin.

    haaa.. besarkan search function kat atas tu…

  2. Search function respond sangat cepat – semantik/ algorithm sangat best.

    Bila aku key in carian produk yang aku inginkan, respond result sangat cepat. I loike..Bila aku cakap cepat tu, sebab memang aku buat perbandingan dengan e commerce yang lain.  Maklumlah kan kerja UX.. dah terbiasa buat competitive analysis. hehehe.  Bukan sekali aku test, berkali kali jugak aku test. Tak caya? cuba korang try test..

    Hehehe korang macam aku tak? Aku memang suka survey, kadang berbulan aku survey sebab nak dapatkan harga yang terbaik. So search function ni amat penting dan mempercepatkan aku untuk buat menda menda ni.

    Walaupun Shopee.com.my ni agak kurang promosi berbanding  e commerce yang lain tapi sebagai pengguna dan Ux designer aku agak impress dengan carian sistem ni. So I would say semantik dan algorithm sangat best. Wahh.. jargon aku pakai pening korang nak pahamkan. sorry.. hahah But basically aku nak cakap ‘back end system untuk searching dia bagus. Itulah back bone untuk sesuatu website ataupun portal tambah tambah e commerce macam nih yang mengendalikan beratus ribu produk.

  3. kalau nak cari benda pelik.. korang cari lah kat sini.

    Shopping online ni sebenarnya amat memudahkan kita untuk cari benda benda yang rare. hehehe yang agak agak susah nak cari.. korang tak ayahlah buang masa turun dari satu kedai ke kedai yang lain… Ni hanya guna jari…cuba korang search ‘tali kasut”, wow.. dapat tali kasut yang fancy okay..

    Lagi satu senario, kebetulan kawan2 aku nak cari “powder cheese” alaa…yang macam korang makan wedges kat KFC tu. Katanya orang yang biasa dia orang order dekat facebook tu dah pindah. So aku try cari kat sini, jeng jeng .. ada weh…. serious aku cakap ada. Selalunya benda benda macam ni kita boleh cari dalam group memasak di FB.  Aku rasa tak jumpa dekat e commerce yang lain. hahahah kewl giler…

  4.  Feature Item terpakai

    Korang perasan tak ada satu feature yang menarik ” Item terpakai”. heheh.. bestkan.  Kadang kadang setengah item tu, korang bajet nak pakai yang tak berapa baru. Tapi still nak pakai barang yang berkualiti. Baik spend yang terpakai kan. Dulu dulu aku selalu cari di lelong dan mudah. Tapi shopee.com.my ada menawarkan feature yang sebegini.. ecommerce yang lain confirm takder.. aku dah tengok dah…

    Wah.. osemkan.. Aku tak sempat try lagi.. tapi bagi ini satu pilihan yang sengan menarik untuk pengguna. Hurm… bolehlah aku jual baju dinner yang aku pakai sekali jer tuh. hahahaha… bagus kan feature ni

    Kalau tak silap aku.. aku tgk dekat ebay.com, amazon.com  jer ada offer feature ni. So memang menarikkan…  banyak benda boleh let go kat sini nnt.

  5. Chat function

    Aku rasa chat function ni best! Sebab apa, kadang kadang kita tengok speksifikasi barang tu kita tak sure kan. Ini memang awesome. Instead of korang wassap, semua benda ko boleh tanya terus dengan seller tu. Bagus sebab dapat protect  no hp kita kan.

    kan aku citer kat aras aku nak cak lipat baju yang aku dah lama aim benda alah nih… Sebenarnya dulu2 ..aku pernah pakai tapi terpijak and patah.  So lama jugaklah aku survey. Yang ni dia offer untuk dewasa dan kanak kanak punya sekali. eh… cam tak percaya.. Tu yang aku terus message seller ni. Dah konfiden, aku pun terus lah select masuk cart.  Yerlah mana nak tau kut -kut tipu.

    So korang yang nak soping ni, jangan terjah jer.. tahan sikit nafsu tu haha… confirm bebetul barang yang korang nak. Dah ada feature nih… korang tanya  jer terus dengan seller kan.

  6. Layout susunan produk

    Sesetengah portal ecommerce menyenaraikan produk hasil carian memerlukan kita scroll keatas dan kebawah. Tapi shoppe.com,my ni susunan produk secara vertical. Mata kita kan bergerak dari kiri kekanan. So aku suka.. sebab senangkan aku untuk scan produk yang aku suka. Memang study cakap, cara orang membaca di komputer kiri ke kanan atau bentuk F. korang tak caya ? haa.. p tengok kat sini.. https://www.nngroup.com/articles/f-shaped-pattern-reading-web-content/
    Sudahnya dari satu produk yang aku cari, aku nampak bermacam macam produk yang menarik. hahah.. bahaya .. bahaya. So dalam konteks pengguna, ianya memudahkan aku.

    Aku rasalah kan.. konsep design shoppe.com.my memang target pada kaum wanita.. hahah.. sebab bila aku masuk landing page nih.. aku nampak macam macam ada. Korang pernah pergi Daiso kan.. hahah itulah pengalaman aku bila masuk portal ni. dari satu barang ke satu barang menarik perhatian aku. so you tend to click more and more. So banyak benda sangat ko nak beli.  Tapi macam aku cakap.. heheh jadilah pembeli yang bijak..  pilih jer memana produk yang korang suka, masa nak check out tu kan boleh jer decide balik mana yang korang nak.

  7.  Feature paling awesome :
    Payment hanya akan released kepada seller setelah pembeli dapat barang!.Untuk elakkan kita kena “conned”.. biasalah kan, macam macam pesen orang menipu dengan kreatif ni. Ramai kawan kawan aku yang ada skeptikal sebegini, yerlah kan nasib nasib.. tapi bila aku baca review kebanyakkan orang  ini memang winning point untuk shopee.com.my

 

Banyak aku nak citer sebenarnya…  kalau aku nak bebel… boleh sampai citer payment gateway and bla bla… aku summarize jelah yer…  aku just nak cakap aku suka interface bila masuk payment gateway.. very neat..Iolss suka..

Sebagai pembeli aku suka sebab memudahkan, dan kalau aku letak sebagai UX designer yang akan tengok segala mak nenek dengan details, aku suka. Antaranya verikasi code ke HP, sangat .. sangat bagus dari sekuriti. Sebab ramai juga pengguna yang takut nak beli online disebabkan masalah nih.

 

Kempen Cahaya Raya bersama Shopee.com.my

Kita nak raya pun tak lama lagikan, confirmlah masa tu mak mak macam aku ni sibuk nak cari barang barang untuk hari raya.sapa yang oven dah rosak tu, heheh meh usha kempen raya ni.

Korang tau tak, Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee.com.my ini akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%.  So sempena perayaan raya kita ni selain dari shopping  siap ada hadiah pulak weh. err hilang akal ker.. ??

Tapi inilah yang aku cakap, jadilah pengguna yang bijak. why not kan.. ada rezeki dapatlah.

Aku ulang erk… Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai

korang masuk link ni Cahaya Raya bersama Shopee  

 

Eh… ada satu lagi… shopee.com.my ni pun ada apps.  Setengah orang  senang nak akses melalui apps. Iphone user and android user.. silalah download yer… cuma bersedia mental dah ongkos… Berbaloi baloi…

Heheheh aku ni dah tua.. aku suka browse ikut dekstop  sbb besar hahahah..  sorry.. faktor umor. Tapi aku tengok navigasi produk melalui apps ni pun best jugak dan agak mudah.

Apps shopee.com.my sila lah download uolls

Macamana pun, setiap e commerce tu ada pro and cons. Tetap ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Sebagai UX designer aku rasa memang ada area area yang boleh diperbaiki walaupun susah sebenarnya, sbb aku jenis yang suka simplicity..

Landing page tu boleh diperkemaskan lagi.. tapi susah tau nak suruh seller  ambik gambar secara seragam jer semua.. so bila masuk landing page ni macam macam pesen produk di peragakan… heheh aku tau sbb aku pernah deal dengan satu projek untuk e commerce.. seksa nak cakap dengan seller.

Tapi mungkin pengguna yang lain tak kisah… hanya orang UX designer macam aku yang kisah … korang rasa macam mana?

okaylah aku nak sambung shopping.

Eh.. kan atas tadi aku share pasal kawan bisnes kat sini.. heheh. ni  kawan aku share shop voucher shopee.com.my dari tahun lepas lagi.

 

Eh cop cop…! korang jangan lupa follow social media dia orang … sebab banyak promosi promosi yang best. Lagipun korang pun aktif dalam FB and  IG kan.. Haa nih TIPS best yang aku rasa kena share .. rugi korang tak follow. Sebab segala promosi and contest mak nenek ada kat situ.. korang jangan terlepas. korang  tengoklah yang kawan aku share ni.

Nah ni FB and IG shopee. Follow jangan tak follow.. nnt banyak terlepas benda best

https://www.facebook.com/ShopeeMY
https://www.instagram.com/Shopee_MY/

 

 

10 Comments

  1. mas saari May 16, 2017
  2. ema May 16, 2017
    • azni May 16, 2017
  3. myapilot May 16, 2017
    • azni May 17, 2017
  4. saidila@kaklong May 16, 2017
    • azni May 17, 2017
  5. mrhanafi May 23, 2017
  6. lisalk May 23, 2017
    • azni May 23, 2017

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

CommentLuv badge