Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi Slot Samarinda TV3

Drama Setelah Cinta Itu Pergi telah pun mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 17 Januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Basically Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi adalah lakonan mantap Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar.

Selain mereka berdua pelakon lain  yang turut sama memeriahkan drama ini adalah Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan.

Aduh! aku memang terkesan dengan drama ini disebabkan aku juga mengalami nasib seperti marina yang lambat perolehi zuriat. huhuhu sedikit emo bila menonton drama ini. Haihh.. kalau korang tak emo tengok drama ni tak tahu lah hahaha.  Memang banyak perempuan ketiga yang spesies macam ni.

 

Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Mereka akur dan  tidak menidakkan takdir Tuhan dalam perkahwinan mereka.

“ALHAMDULILLAH! Sudah tiga tahun kita berkongsi hidup sebagai suami isteri. Terima kasih abang, kerana sudi menjadi suami yang terbaik sepanjang hidup Rina.” jemari Ikram dikucupnya. Dahi Marina disambut mesra dengan kucupan.

 

Setelah Cinta Itu Pergi 

 

Namun, Janji yang kukuh terpateri  pada mulanya akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina sebelum ini. Insyirah merupakan adik ipar kepada Ikram. Suaminya Izlan telah ditangkap dan dipenjarakan   kerana kes dadah. Setelah melahirkan seorang bayi perempuan, Ikram membawa balik Insyirah ke rumahnya.

Insyirah memang licik sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina lakunan nina Iskandar remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta.

 

Setelah Cinta Itu Pergi 

 

Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” – Ikram

 

Setelah Cinta Itu Pergi 

 

Marina kecewa yang amat sangat dengan tindakan Ikram dan Marina  akhirnya pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.

Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina. Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.

“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” – Ikram

Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Baca : Sinopsis Drama Pujaan Hati kanda

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka.

Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja?

Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Info drama Setelah Cinta itu pergi

  • JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
  • GENRE :Drama
  • HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di TV3
  • PENGARAH : Heykal Hanifah
  • PENERBIT : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

Jangan risau kalau korang terlepas drama ini . Boleh tonton di www.tonton.com.my

One Response

  1. Nur Azlinda Azman January 23, 2019
  2. Pingback: Sinopis Drama Cinta Tanpa Henti - Modern Mum's Thingy March 6, 2019

Add Comment