Serum susuk beradu bagus untuk penjagaan kulit lebih sihat

Nak tanya korang, korang amalkan tak pemakaian serum dalam rutin harian korang? Rasanya kalau tanya memang ramai yang tak amalkan kan? Haa.. ni aku nak terangkan betapa pentingnya kena letak kat muka kita tu… so “ini kalilah” kita cerita pasal serum susu beradu.

Ramai tiada kesedaran keperluan serum dalam rutin harian

Sebenarnya kalau aku buat survey dikalangan umur macam aku or to be specific kawan terdekat di opis dan kawan-kawan sekolah, yakni umur 40-50 tahun, kesedaran untuk menjaga kulit ni memang agak kurang dengan awek awek yang muda remaja. Padahal purchasing power tu dah ada.

Kebanyakkan rasa tidak ambik endah, rasa terlewat, tidak ada rasa keperluan sbb telah berkahwin dan punya keluarga.

This is reality.

Tapi aku sangat tak bersetuju kalau pandangan sebegini. Jangan terantuk baru terngadah.

Berbanding pula dengan golongan umur 20-35 tahun lagi concern bab menjaga kulit ni sebab tengok IG, Fb dan rajin baca blog macam aku nih. Mak mak yang umur 40 ke atas ni aduii tak sempat nak godek so hanya mengamalkan apa yang orang dulu buat.

serum susuk beradu

hari pertama pakai serum susuk beradu ni. eh.. bila tgk gambar mcm smooth pulak kaan .

Tapi itulah  kadang-kadang golongan yang muda muda  ini pula ada yang terover concern pun ada sampai tersalah beli skincare pun ada pulak. Jangan beli yang timbang kati yer.

So cerita bab mak mak yang umur 40an ini .. yang dah umur golden series ni consider macam agak terlewat. Kena pilih skincare yang untuk aging pulak. Tak boleh yang biasa biasa.

Antaranya aku lah.. hahahha.. lewat 30an baru lah kelam kabut sebab dah keluar seketul pigmentasi yang membentuk melasma. Kalau aku tak rawat dengan cepat akan jadilah butterfly melasma di kiri kanan pipi aku nih.

Panik ya amat!!

Jadi mana mana reader yang baca pasal entri ini. Aku nak korang Insofff macam aku. Serius nih, nanti sendiri yang menyesal.

Rutin harian aku dulu, letak benda yang paling basic kat muka tepek bedak pakai gincu. Bab penjagaan muka pula setakat cuci muka dengan facial cleanser dan pergi ke beauty centre  4 bulan sekali. Exfoliate pun ikut dan. But now semua dah berubah. Am getting better walaupun agak terlambat. hahhaha..

serum susuk beradu

Kenapa serum penting

Sebenarnya makin kita tua, makin kulit kita makin kurang aktif seperti dahulu. Kollagen pun makin berkurangan. Jadi kalau kita tidak treat atau ambil tindakan yang sewajarnya so makin teruklah kualiti kulit muka kita.

Actually it applies to all. Badan kita ni pun kena setiasa sihat. Kena selalu bersenam barulah pusingan hormon badan kita cantik. Toksik-toksik pun boleh keluar melalui peluh. Semua kena seiring.

Jadi selain dari rutin penjagaan muka aku sangat sangat menyarankan korang ambil Serum dalam rutin penjagaan kulit atas sebab sebab ini

  • kelembapan yang lebih tinggi
  • lebih halus
  • Kadar resapan lagi tinggi
  • Moisturiser untuk bahagian luar tapi, serum meresap ke dalam kulit
  • Menguatkan dan mengukuhkan sel sel kulit dari dalam
  • Untuk elak penghidratan,
  • Peningkatan khasiat
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah jerawat

Walaupun krim muka lain mengandungi hanya 5 hingga 10 peratus bahan aktif, serum muka boleh mengandungi sehingga 70 peratus! 

Kulit pasti akan lebih cantik, tekstur licin, menjadikan liang  pori pori kelihatan lebih kecil dan meningkatkan tahap kelembapan.

Oh yes.. selain aku risau pasal masalah jeragat ataupun pigmentasi, aku perasan pori pori dimuka aku makin membesar. Maybe sebab kulit muka tidak anjal seperti dahulu. Jadi sebab itulah aku tak tinggal dah serum ni. 

serum susuk beradu

Kenapa Serum Susuk Beradu

Sebenarnya memang kita boleh dapat pelbagai serum dipasaran. Tetapi serum selalunya harganya lebih mahal dari penjagaan kulit yang lain. Boleh mencapai ratusan ringgi. Tetapi  Serum Susuk beradu hanya RM60 sahaja untuk satu botol yang berisi 10ML.

Serum ini dikeluarkan oleh Imaan Suci World (ISW) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, yang  juga terkenal dengan produk utamanya iaitu koleksi wipe tissue tanpa alkohol, Imaan Suci Wipes. Setiap produk ISW dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadi untuk korang yang merasakan serum ini tidak perlu dalam rutin penjagaan muka, apa kata korang cuba try test sendiri dengan serum susuk beradu yang mengandui 24k gold dan beberapa khasiat lain. Confirm korang akan rasakan perbezaan yang ketara.

No harm of trying sebab serum susuk beradu ni sangat worth it dengan harga dan khasiatnya.

One Response

  1. SalinaJohari September 13, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!