Seminar Saham Patuh Syariah yang patut orang islam ambil tahu

Kali kedua aku join seminar saham sebab nak mencari kekuatan untuk aktif dalam bidang saham ni, tapi kali ini fokus kepada Seminar Saham Patuh Syariah. Perasaan takut rugi tu masih menebal dalam diri aku, sesungguhnya aku bukan lah risk taker. Jadi simpanan aku boleh dikatakan agak konvensional, hanya simpanan melalui unit amanah saham ABSF, unit trust dan juga tabung haji.

Aku memang minat sangat bab kewangan ni, banyak kali juga lah aku kongsikan dalam blog aku ni atas kesederan dan kepentingan menabung, pendidikan kewangan pada anak-anak. Tapi bab saham ni memang aku surrender, Aku belum mampu untuk berkongsi dengan reader selok beloknya. Tapi aku nak kongsikan ilmu apa yang akan korang dapat jika berada bersama dengan aku.

Bila tak mampu, kita kenalah mencari kan!

aduii terlupa nak selfie dalam dewan tadi.. masuk kereta baru teringat. Sebab info info nya best sangat

Seminar Saham patuh syariah

Penting untuk aku fahami berkenaan patuh syariah nih, dan aku sendiri memang concern bab-bab ini walaupun tahap ilmu agama  aku tu tidaklah tinggi sangat tapi ini asas dalam kehidupan orang islam haihh.. kalau tidak, kita ni jatuh makan benda haram kan jadi darah daging kita pulak tu. Jangan buat memain. Jangan terjah sahaja.

Kenapa aku betul semangat untuk datang kali kedua, sebabnya aku ingin mendengar  pula pendapat dari ustaz ustaz berkenaan hukum  hakam  pasal saham. Disebabkan malas nak fikir pasal bab ini, aku hanya laburkan wang aku di unit trus yang mempunyai manager menguruskan kaunter saham patuh syariah. hehehe kerja senang.

Tapi aku tetapkan dalam hati, apa kata aku datang seminar ni dengan berlapak dada. Dengar pula perspektif labur saham  patuh syariah sendiri.

Berbalik pada kisah ustaz-ustaz tersebut. Wah rupanya mereka pun bukan calang calang orang, mereka pun telah lama melabur berkat bimbingan tuan haji ashaari academy.  Untung lah kan ! nanti aku kongsikan satu persatu ilmu yang aku dapat pada event tersebut,

antara orang penting yang ada pada seminar ini

7 RM Rules

Menurut Tuan haji Ashaari, ada 7RM Rules yang penting dan perlu di terapkan dalam trader atau pemain saham ni

  • Right mindset
  • Right market
  • Right meaning/moat
  • Right management
  • Right market price
  • Right moment
  • Right money management

Nampak macam senang kan, tapi semua tu berkait. Secara teori dan konsep memang aku boleh hadam, nak praktikan tu heheh mungkin lelah sikit. Ingat senang ker… hahaha tambah-tambah tak cukup ilmu didada

2 benda penting perlu difahami mengenai Saham

CEO bursa saham pula menekankan 2 benda yang paling penting.

  1. Disiplin dalam trading : Act or behavioural according set of rules
  2. Psikologi dalam trading : objective & Strategy perlu ada kenapa kita mahu membeli dalam sesuatu kaunter tersebut. Psychology of trader need to be trained. Optisimis Vs Pesimistik

haa mendalam sangat kan.  Paling tertarik Ceo bursa saham cakap perihal prinsipal Vs Degilism. Dimana kita perlu tahu bila untuk membeli dan bersedia untuk menjual. Kalau ada  ilmu yang kukuh pasti akan dapat akan membantu kita membuat keputusan.

Setengah orang Degil kerana decision making disebabkan oleh emotion. Jadi sebagai trader kita perlu tahu untuk kawal emosi kita, supaya tidak terlalu tamak atau pun takut.

4 prinsipal of trading

  1. Fundamental
  2. Charting
  3. Technical analysis
  4. Gut feel

Yang aku faham dari kata kata CEO bursa saham ini, kita perlu memahami dan pelajari ilmu ilmu charting dan sebagainya dengan lebih mendalam contohnya kelas yang sering di adakan oleh Asri Ahmad Academy.

Janganlah sembrono orang kata. Kelak kita yang rugi.

Betul sangatlah kan, zaman digital ni semua diatas talian tapi tidak sama jika duduk berguru dengan sifu yang pakar dalam bidang ini.

You are not the universe but the whole trader create market universe

Sessi forum Saham Syariah bersama ustaz

Berkonsepkan forum,  3 figura hebat dalam agama dan tuan haji Asri sendiri mengupas dan membincangkan dan berkongsi pengalaman berkenaan saham dan perpektif islam.   Ustaz husni, ustaz syed norhisyam, ustaz haslin memberikan hujah hujah yang bernas berkenaan saham syariah ini.

Memang membuka mata dan aku sampai rasa terkesima, betapa kita ni masih jauh ketinggalan,

Image courtesy sohoque.com

Betulkah orang Islam tidak perlu kaya, bersederhanan dan zuhud ? Menurut ustaz hazlin Berdasarkan hadis tersebut sebenarnya tidak tepat, mereka tidak menafsir keseluruhannya.  Orang Islam sebenarnya perlu menjadi kaya sebab untuk membantu orang islam yang lain pula.

Dan kita perlu kaya dengan niat  untuk membantu orang lain, dan caranya adalah melalui pungutan zakat .

ketiga, Ilmu perlu senantiasa berkembang, terutama dengan bidang IT dan dan Tecknologi.  Apa yang yang kita capai perlu lah melalui proses, kita perlu mempelajari benda baru dan dapat memberikan impak kepada kita

Allah tidak akan ubah nasib umatnya melainkan dia berusaha sendiri

Info lain yang menarik di Seminar Saham patuh syariah

  • Mengikut pengarah MITI, dalam senarai 40 orang kaya di Malayisia tidak kurang dari 10 orang adalah bumiputera. Sangat sedikit!
  • Dalam dasar ekonomi baru bumiputera diberi equity 25% tapi malangnya hanya 4% sahaja dicapai
  • 30 jun 2016, 5 juta CDS di keluarkan tetapi hanya 240,000 atau 4.8% sahaja milik bumiputra
  • Perkongsian menarik dari CEO MyFindb,com menggunakan mesin artificial intelligent dalam membantu pemilihan saham yang sesuai.
  • Pelaburan Saham adalah “wang lebihan” yang kita ada, bukan duit pinjam!
  • Ustaz huzni dari Lembaga Zakat menekan kan bermula lah dengan sedekah untuk terus capai kejayaan

lucu tapi sentap dak? hahah ini contoh soalan orang tanya financial ko tahap mana?

Maklumat lanjut

Sekiranya korang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh refer maklumat dibawah. Selain dari seminar, kelas belajar saham secara details selalu di update dari masi kesemasa
  • Address : ASRI AHMAD ACADEMY SDN BHD NO.13-1, Prima Samudera, Jalan Samudera utara 11, 68100 Batu Caves Selangor.
  • HUBUNGI  : 017 – 6600570 / 016 – 4660690
  • EMAIL :events@asriahmadacademy.com
  • WEBSITE :www.asriahmadacademy.com
  • FACEBOOK :HJ.MOHDASRIAHAHMAD

Doakan aku untuk istiqamah untuk memulakan langkah dalam bidang saham ini.

10 Comments

  1. Ai November 14, 2018
    • azni November 14, 2018
  2. Dura Norell November 14, 2018
  3. murniwati November 14, 2018
  4. dyamohamad November 14, 2018
  5. Nadia Johari November 14, 2018
  6. Shazillahsani November 15, 2018
  7. saps November 15, 2018
  8. JMR November 15, 2018
  9. JMR November 15, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!