Seminar labur saham Mega 2016

Giler excited bila dapat tahu event Seminar labur saham Mega 2016 ni.

Aku biasa nampak mamat ni., tapi disebabkan saham ni aku so – so  jer, aku tak explore lansung berbanding dengan hartanah dan ASB. Hahah…  dok ingat dah ada ASB tu kira okay sangatlakan!. So sepintas lalu jerlah kalau kuar feed kat facebook or news. (nampak tak sikap sambil lewa aku?). so aku nak cerita pasal Seminar Labur Saham Mega ini la

Rupa – rupanya Tuan haji Asri ni bukan calang calang orang, dia adalah mentor pelaburan saham nombor satu Malaysia. Selain dari Degree in finance tapi juga member of the united kingdom of society of  Technical Analyst. Berpengalaman 19 tahun dalam dunia saham. Ramai jer orang dalam bidang saham tapi nak ajar orang, tak semua orang boleh weh.!! heheh kakak aku pun broker saham takde plak dia citer macam tuan haji citer.

tuan haji mohd asri

Nak citer bab saham ni walaupun aku pernah invest dalam saham dalam 16 tahun dulu, dulu aku dapat peluang beli saham under cimb, sime darby  and beberapa yang lain. Tapi itulah  masa tu takde knowledge pasal saham tapi gedik jugakkan .. so tidak ada “kemanisannya di situ”. Fobia pun ada sebab pernah untung pernah rugi pun pernah. Tengok chart tu pun cuak and panik hehehe.

Aku memang minat bab bab financial nih.  macam-macam gak cara untuk pikir pasal bab ni. Tapi itulah…  disebabkan tidak ada knowledge yang cukup, so aku hanya mampu kawal financial yang berada dalam kawalan aku, nak jimat tang mana, duit keluar masuk, bayar hutang and bla bla… sebab tu aku rasa tindakan aku datang Seminar Labur Saham Mega 2016 ni langkah  yang betul.

Bab leverage income tu memang aku fail,  ni baru nak pandai labur kat property and loan asb.

Cerita  pada hari Seminar Labur Saham Mega

Bila aku dapat join event ni.. terkejut aku, punyalah ramai orang, sampai parking pun takder. Dewan dekat pusat islam tu PENUH!! Hebat lah kan, ker sebab percuma?? hahahaha.. tapi tak kisahlah.. setengah orang dah bagi percuma pun tak datang. So ini petanda baguslah sebab ramai yang ambil tindakan pertama dengan menghadirkan diri pada event ni. Sampai ada yang dok bersila kat bawah nak citer ramai nya orang mai .. Parking mmg problem. Next time pihak penganjur kena cari tempat yang okay untuk anjurkan program macam ni.

Seminar Labur Saham Mega

punyalah ramai yang nak join Seminar Labur Saham Mega ni sampai duduk kat bawah. Percuma tau. bagus!

 

Dalam seminar ni, heheh as expected lah. (Sebab aku pernah pergi pre event lain- lain sebelum ni). So permulaan acara  ni untuk kuatkan energy, ko kena bangun.. ko kena cheers sama-sama.. baru energy mai.. hurm.. mcm biasa dengar  jer kan.. hehheh.. tapi takpa… kita tengok dan lihat. Be positive.!!

 

Seminar Labur Saham Mega

semangat kemain aku tu.. nampak tak?? yang penting muka kena kasi nampak sikit .

 

Benda yang memula salah aku setting dalam kepala otak nih.. “MAIN SAHAM”… bila mind set tak betul macam kata speaker Tuan haji asri cakap, maka tidak ada commitment di situ.. tetttt..… kan dah salah… kan kan.. Seminar Labur Saham Mega 2016 ni buka perspektif yang baru untuk aku .

Speaker buka topik dengan kesedaran orang bumiputra bab simpanan dan main saham.! Duh… itulah yang aku runsing sekarang ni. kalau korang baca entri aku sebelum ni aku ada share bab wajib belajar pendidikan kewangan. Memang orang kita lemah…lemah sangat bab ni.

Terkejut ya amat!.

Dia share  statistik pemilikan bumiputera sangat lah… sikit.. Jantung aku start laju … Aduh.. teruknya bangsa aku. (sorri.. aku ni mmg jenis prioritik sikit). Kalau ikut sumber sah dari Islamic capital market hanya 0.24juta (21.8%) daripada akaun CDS individu yang aktif adalah milik Bumiputera. ya ampun.. sikit benor hahah..termasuklah aku, dulu aku pakai CDS akaun husband punya.  Terus aku buat self check untuk diri aku… rumah ada… rumah sewa ada.. asb ada.. alamak.. saham takder… abis dah semua jual.

Nih aku share breakdown detail dari bursa malaysia

  • Bumiputera 0.24 mil (21.8%)
  • Chinese 0.80mil (72.8%)
  • Indian 0.04 mil (3.3%)
  • Other malaysia 4,615 accounts (0.4)%

huhuhuhu….. aku lah tu..salah sorang yang tidak menyumbang % bumiputera.

Memula aku pelik pulak kenapa pusat zakat berkabolarasi dengan pihak asri ahmad Academy.. err .. apa kaitan saham dan zakat ni.  ?? pastu baru aku tau. Kalau aku nak cerita panjang tapi secara dasarnya,

  • Nak bagi kesedaran melabur saham secara betul
  • Banyak jer saham patuh shariah
  • Janganlah dok invest dekat skim cepat kaya tu
  • Paling penting bila ekonomi orang islam pun kuat, dan semua pulak berzakat baru lah orang islam akan maju.

Paling best and paling sentap. Dalam seminar ni ditekankan bab menunaikan zakat saham atau zakat perniagaan.

Sib baik lah aku mmg potong dah zakat pendapatan dari mula kerja, kesedaran zakat simpanan pun agak lambat aku ni… rasa macam duit tak banyak tak payah.. hahah tapi dulu mmg tak banyak simpanan. Aduhai.. macammana pun kita orang islam wajib BERZAKAT. tak lengkap rukun islam kita weh!!! . Dalam yang kita dapat ada “hak” orang lain. Fizo Omar pun datang cerita pasal zakat tu dengan cara santai. Suka juga dengar penyampaian dia. Betapa berkatnya kalau kita berzakat. Pastu siap aku anaylse diri aku sendiri hahaha… takut weh kalau mati tak sempat nak berzakat.

Seminar Labur Saham Mega 2016 ni akan buat road tour di 7 lokasi lain. nnt korang refer lah www.asriahmadacademy.com untuk details.

Okay…  hari tu juga beberapa indvidu penting pun ada ada, orang dari bursa saham ada and beberapa yang lain. Banyak jugak info pihak dia orang share. apa itu bursa market place, and bla bla

Baca : tips menabung untuk travel

Banyak sangat, kalau aku nak tulis mmg tak cukup. Next entri aku tulis okay. Tapi yang paling banyak-banyak,  aku terkesima dengan salah seorang testimoni pelabur tu , pakcik ni datang berkerusi roda. Hanya 3 jari sahaja yang berfungsi.  Tapi masih mampu nak generate income sendiri. Tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata mata. huhuh.. kecikkk.. jer aku rasa diri ni.. Sorang lagi kisah abang milo, hanya belajar takat tingkatan 4 tapi tetap berusaha nak meningkatkan ekonomi keluarga.

Tapi dia orang ni bukan suka suki labur saham. Semua masuk kelas okay. dengan kata lain kena ada ILMU.  kalau tak, jadi macam aku dulu main saham lah.. hahaha..

Antara yang aku sempat captured saham yang osem ( saja nak bg korang terbeliak mata)

  • TNB 2015-2016 – ROI 44%
  • Padini – ROI 110%
  • Ajinomoto 2010 (RM2) – 2016 (RM15) ROI 650%

Juling mata aku tengok hhahahah.. banyak..banyak…weh ..

Insyallah aku pun nak jadi anak murid Tn haji Asri ni kalau boleh. Cuma masa yg terdekat ni clash dgn time aku travel pulak.. adeh.. harapnya dapatlah peluang aku nak belajar.

Basic saham

Apa apa pun jom bukak CDS akaun yang hanya RM10.60 sahaja. katanya boleh buat juga secara online.

Aku pun nak jadi orang kaya jugak.. tapi kaya beriman heheheh.

 

 

BACA : Apa itu Bitcoin

 

 

 

14 Comments

  1. shark October 18, 2016
    • azni October 18, 2016
  2. Mama Kembar 3 October 18, 2016
    • azni October 18, 2016
  3. Shiqeen sattar October 18, 2016
    • azni October 18, 2016
  4. JULIA JOHARI October 18, 2016
    • azni October 18, 2016
  5. YB Shehan October 18, 2016
    • azni October 19, 2016
  6. Belajar Saham April 2, 2017
    • azni April 2, 2017
  7. amirul July 25, 2017
    • azni July 25, 2017

Leave a Reply to shark Cancel reply

CommentLuv badge