Semangat sukan sea kl2017 buatkan aku lebih patriotik

Kl2017 bakal melaburkan  tirainya Rabu ini. Tapi sesuatu yang dipelajari tanpa aku sedari, sukan membuatkan aku lebih patriotik. Aku lihat Sukan juga mampu menyatukan semua kaum. Semangat sukan sea kl2017 kali ini sememangnya membuatkan aku rasa “best”.. dalam sudut hati ini, orang putih cakap  I FEEL GOOD…entahlah pasal apa, faktor umurkah?.

Yang pasti ia bukan sahaja perlu dipelajari di sekolah atau majlis motivasi, malah event yang berprestij seperti ini seolah mampu membawa “sesuatu” dalam diri kita. Ia sesuatu pembelajaran yang berharga untuk kita semua especially untuk anak anak muda atau lebih spesifik untuk anak aku sorang tu.

Rasa bangga dan terharu atau sebak dalam hati ini tambah tambah sewaktu tiap kali lagu negaraku dimainkan.

Bunyi seperti cliche kan. Tapi pergilah pada majlis penutup nanti dan rasakan perasaan itu dalam diri nanti.

 

sukan sea kl2017

Semua fokus dan terpesona pada malam pembukaan

 

Kenangan Majlis Pembukaan Sukan Sea KL2017

Sukan ini umpama tradisi dalam keluarga aku sendiri. Kami tidak pernah melepaskan peluang dari tahun 1998, sukan komanwel dan juga sukan Sea 2001. Malah kami jadikan ianya sebagai satu aktiviti keluarga bersama.

Kisahnya… bila  sahaja tiket kl2017 diumumkan akan keluar, terus kami sekeluarga berebut beli tiket secara online. Semua semangat untuk menyaksikan pembukaan majlis sukan sea hari tu.  Meriah dalam group wassap berebut untuk pastikan kesemua kami dapat tiket untuk ke majlis ini. Keluarga aku sebenarnya 3 family dari perak sanggup berkumpul di KL untuk menyaksikan majlis sukan bersejarah ini. Memang seperti Ala ala rombongan cik kiah, hampir 40 orang dari ahli keluarga aku sendiri turut serta.

 

Sukan sea kl2017

apa apa pun kita selfie dulu

 

Hampir 5 petang kami semua berangkat ke Stadium bukit jalil. Memang ramai orang yang hadir, rasa seronok sebab dapat sambutan yang hebat. Terdetik juga hati ni kalau rakyat malaysia tidak menyokong event sebegini. tapi alhamdulillah nampak gayanya kalau tengok di laman web boleh dikatakan banyak tiket tiket yang disediakan hampir habis.

 

Kakak aku yang terpisah di Pintu C sempat ditemuramah oleh wartawan.

 

For info, untuk masuk ke dalam stadium bukit jalil ni disediakan pintu pintu mengikut nombor, dan kami pula masuk melalui di Pintu E.  ada yang pintu C. Jadi ada yang terpisah. Untuk Ke pintu E sebenarnya agak jauh  sekiranya dari LRT dan ianya berhampiran dengan pejabat MSN atau hampir tawaf satu stadium.

Saat kami beratur untuk masuk ke pintu tersebut.. hahah hujan turun dengan amat lebat, satu saat yang aku tak boleh lupa kami basah kuyup, tetapi bagi mereka yang berjaya masuk akan menghulurkan payung payung mereka kepada kami yang masih beratur.

 

sukan sea kl2017

Walaupun basah kuyup tapi kami semua happy and bersemangat

 

Aku rasa mcm tersentuh juga dengan scene sebegini..  sayang tak sempat capture gambar masa ini ( emo kah aku?) tapi aku rasa korang mungkin faham value yang aku nak sampaiikan. walaupun  asalnya masing-masing sibuk bersembang dengan kawan kawan yang ada atau masing masing mengadap HP tapi tiba tiba scene ini berubah wajah. Kami semua bertegur sapa dan membantu sama lain tanpa mengira bangsa.

Kami basah bersama, kami payung bersama

 

First experience for them. Budak yg angkat tangan tu, masa sukan komanwel 1998 masih dalam pantang. tapi kali ini dapat saksikan sukan sea pula

 

 

Kalau ikutkan  bila lagi kita berpeluang untuk saksikan sukan sea dinegara kita. Kali terakhir kita menjadi tuan rumah pada tahun 2001, 16 tahun yang lalu. Jadi kami fikir apakah kami perlu menunggu lagi 16 tahun untuk menyaksikan event besar sebegini. ? Jadi kali ini kami harung semua paling kecil ahli keluarga yang ada umur 2 tahun lebih dan ada yang berbadan dua.

 

wawa yang pregnant 6 bulan pun sanggup harung lautan manusia

 

Rasanya setengah orang akan berikan alasan tak sanggup nak berhimpit himpit dan bersesak sesak. Tapi mengenangkan event ini sesuatu yang susah untuk kita rasakan lagi dalam masa terdekat, kami SANGGUP harungi lautan manusia

Rugi mereka yang tidak turut serta

 

Terpesona dengan pancaran LED di dalam stadium bukit jalil

 

Memang satu kerugian sebenarnya kalau orang yang berada di sekitar KL dan Selangor tidak sama sama menyaksikan majlis sukan sebegini.

Majlis pembukaan sukan sea baru baru ini memang patut diberi pujian, memang menarik! bak kata abang aku memang puas hati dengan persembahan yang disediakan tambahan pula dengan pancara LED didalam dan luar dewan. fuh.. rasa macam hebatnya negara aku ni…

 

BACA : Traveloka gold sponsor KL2017

 

Bila semua bangun untuk menyanyikan lagu negaraku, Semua bangun dan nyanyi sekuat hati tak kira apa bangsa sekali pun. Memang aku perati sahja bangsa lain adakah mereka boleh nyanyi bersama sama. heheheh aku memang suka observe orang dan persekitaran. Especially dalam event mcm ni, adakah kita semua rakyat Malaysia yang bersatu hati.

Kawan sepejabat aku yang bukan berbangsa melayu pun kata, fuh rasa goosebumb bila sama sama menyayi. See… bukan aku seorang sahaja yang rasa.. semua pasti akan rasa perasaan yang sama jadi.. aku bukan emo di usia 40an.

 

 

 

Aku sempat melihat saat the ‘speedy jantan” merangkul jaguh pecut untuk sukan sea 2017 ini. fuh .. satu  stadium bergema menjerit bersorak bila khairul hafiz sampai ke garisan penamat. That Feeling was awesome.  Ko akan rasa macam nak nangis, tapi happy and gembira. Bab menjerit tu memang sampai tak ada suara.

Semi final Malaysia Vs Indonesia

Satu lagi perasaan yang seronok sewaktu melihat perlawanan semi final bola antara malaysia dan indonesia. Sebenaranya aku macam agak berdebar kalau kalau berlaku pergaduhan. Manalah tahu kan. Tapi .. eh.. semua penonton sangat behave la, siap kami beri tepukan gemuruh untuk pasukan ultras Indonesia. Berbeza dengan laporan berita sebelum ini.

 

 

Perasaan tensen, stress, happy, lawak melihat gelagat orang itu lah yang aku rasakan sepanjang berada di stadium.  Mulut terkumat kami berdoa tu semestinya. Aku tahu orang kelakar melihat gelagat aku. Tapi itulah aku, penuh harapan agak malaysia masuk ke final. Saat gol di jaringkan sebenarnya aku tunduk dan pejam mata sambil mulut kumut kamit membaca doa doa dan zikir.. hahah bak kata laki aku mujor tak baca doa makan… BIla semua di stadium menjerit GOLLLLL…. fuh….. terus melompat bersama .

 

Fuhh…. that feeling… susah nak cerita lah!!

 

Sampai minit terakhir dalam stadium tu memang dah tidak duduk lagi,  kami semua menyanyikan lagu lagu Malaysia sambil mengibarkan bendera. Iman pun macam happy tak terkira. . Dia dapat menyaksikan event bersejarah ni. Sebenarnya  iman macam mama dia, seorang yang penuh dengan emosi dan eskpresif. Perasaan bangga dia tu memang jelas kelihatan. Aku suka suntikan “sesuatu” itu ada dalam diri iman. Sampai kesudah dia ulang kali menyebut betulkah Malaysia akan masuk Final, penuh pengharapan sangat.

Satu pujian pada team Ultras malaya. memang hebat. Kagum betul dengan dia orang yang berikan sorakan semangat tanpa henti dan kami memang terhibur dengan chant mereka. Katanya hari ini Mereka tidak ada antara perlawan Malaysia Vs Thailand, Stadium mungkin sepi tanpa mereka tapi harapnya semua rakyat Malaysia akan terus bersatu menyokong pasukan Malaysia.

 

GO Malaysia #bangkitBersama

malam ni kita kasi gegar lagi stadium shah alam

Opps.. pesanan penaja… sukan tu sukan juga. SOLAT jangan lupa okay.. boleh baca perkongsian aku di Web Majalah NONA 

9 Comments

  1. anazarin August 29, 2017
  2. Norliza Nordin August 29, 2017
    • azni August 29, 2017
  3. Nany August 29, 2017
    • azni August 29, 2017
  4. Mybiasiswa September 7, 2017
    • azni September 7, 2017
  5. Spa8i September 7, 2017
  6. Lokman September 30, 2017

Add Comment

CommentLuv badge