Selamat datang 2014

Wah wah dah masuk 2014 nih.. makanya usia aku pun dah 40an…. oh NO……. dah masuk area makcik makcik kew?

Dah lah nak dapat cucu sedara ni.. OH NO! hahaha.. ish tak baik ckp mcm ni kan.. alaaa tu ckp ala ala mengada hokay. hakikatnya aku bersyukur alhamdulillah atas rezeki dan kurniaan tuhan atas segala nikmat yang dikecapi. Kita kena sentiasa bersyukur okay. tapi kena terus berusaha untuk meningkatkan diri kita atas izin tuhan. Insyallah

azam tahun baru

Kejap betul masa berjalan kan. Iman pun dah nak masuk 5 thn ..huhuhu dah besar anak aku tu. Actually aku berdebar betul nak masuk 2014. serius berdebar.. sbb rasa macam kerja banyaaaaakk.. jerrr… Mcm banyaaak jeer…. huhuhuh.. mmg akan banyak. sabor sabor.

Korang jgn tak percaya tahun depan ni, cakap pasal bab travel aku booking satu jer plan bajet bercuti with AirAsia…dan ianya mutual understanding dengan mr. asben. ish mcm tak percayakan.. hehehhehe… pasal apa tah. banyak perancangan sebenarnya. sbb takut tak achieve KPI maka terpaksa slow down yang lain . tapi kata kawan kawan aku.. ” nanti kita tgk”  hahah.. ok ok.. aku ni mmg kaki nyongket mana boleh duduk diam.  tapi kalau rezeki datang bergolek takkan kita nak tolak kan. mestilah grab peluang dapat mata. tapi itu semua atas perancangan tuhan. Ada rezeki adalah yerdak..

Since dah ada blog ni, aku mmg nak jotted down my plan for next year. nanti 5 thn akan dtg boleh revisit balik.. heheh  capai atau tak plan aku ni.  Kadang kadang ni kita secara psikologi mmg kena tulis tau apa yang kita nak buat. maknanya hati dan mata kita sync. so barulah timbul keazaman yang kuat. Actually ni aku baca dkt satu group travel.. this guy tulis semua tempat yang nak p within beberapa tahun. satu satu dia dpt achieve. tapi dia dapat buat dengan slow ngan steady lah. hebatkan.. itulah pengaruh psikologi supaya kita work for it.

Tahun 2014 ni di jangkakan ekonomi mcm tight jer.. bukan kerajaan jer.. company aku ni pun. mampus lah byk benda kena buat internal. looking at our economy ni lah yang buatkan aku n asben mcm cuak jerk, walaupun rumah dah abis bayar, so patut take this opportunity untuk simpan duit kowt? korang rasa?

Azam tahun baru 2014
1. Nak tambah anak -memandangkan susah sgt nak lekat mungkin terpaksa guna kaedah IUI.. silap silap kena HSg juga. kos dijangkakan dlm 1k-4k. susahkan orang mcm saya nak dpt anak. bersyukur dah ada sorang hero tu. kalau dapat tambah lagi mesti syiokk. Moga diperkenankan. AMIN. tolong doa untuk aku yer..  bestnya ada babykan. barulah iman ada kawan

2. Nak beli 2nd car – masih dok pikir nak beli atau tak. antara keperluan dan kemahuan. sebab aku n asben suka sembang dalam keter.  dah bertahun naik kereta bersama -samakan. aku rasa ini yang aku akan missed nnt.  tapi lately mr. asben tersangat sibuk.  huhuhuhu..  biarlah Allah yang tentukan untuk aku nnt.

3. Baca buku & tambah ilmu – hehehe stok Big bad wolf kena habiskan. lagi satu kalau nak cari ilmu ni.. dekat internet tu banyak yg boleh refer. Plan nak tingkatkan illmu dalam user experiance and design.

4. Tambah Saving – kalau tak beli kereta, kenalah paksa diri untuk saving. kalau tak..duit entah ke mana. Dgn kata lain nnt perasan mcm banyak duit jer. So dok perabih tang lain. Kena beringat di kala susah. Hidup kitakan mcm roda. Owh yer .. Jgn ingat nak simpan duit tp tak bersedekah. Jom kita sama2
Bersedekah. Harta kita akan lebih subur insyaallah.

5. Jaga Solat  & Khatam Quran – sehari selembar muka paling kurang..actually pakai iphone pun dah senang. appskan byk.  boleh set bookmark kan. kita yang tak pandai nak pakai semaksimum yang mungkin . Alhamdulillah dgn apps tu dah buat dah tp kdg tu ter
Skip.. Kena kuat lagi semangat! Go go azni

6. Jadi isteri  dan ibu yg lebih baik – hehehe..dah baik .. siyus baik. cuba tanya asben aku. tapi kita kena sentiasa perbaiki dirikan. Nak selalu masak untuk laki and anak. nak belajar buat kek..tapi rumah tak de oven pulak..acaner? Sekarang ni  seronok masak sbb sekarang iman suka makan.  Tapi bukan itu sahaja. banyak lagi aspek nak kena improvekan diri ini.. huhuhhu..

7. Nak lebih berjimat – setelah buat  penilian rekod perbelanjaan selama setahun. saya and mr. asben mmg byk abis tang bab makan, nak buat mcm mana dah suka makan hahahah.. tapi insyallah kita cuba yer. tapi selain dari tu nak pemakanan sihat. haa mcm mana saya dpt track ni.. sbb saya pakai apps juga. lepas tu saya plot kan dlm yearly expenditure . Tp lupalah pulak nak buat review keseluruhan dgn mr. Asben. Alhamdulillah kami suami isteri mmg open dlm semua hal and we all tulis semua dlm excel dr sgi hutang2 kaa.. Simpanan and planning utk 3 thn . Sbb bila kita tulis kita akan nampak.

Walaupun mcm dgr ekonomi tak berapa baik. Tp harapnya aku akan terus positif. Dan terus ambil langkah yg sewajarnya. Tak mau jadi org
Yang mengomel pok pek pok pek tapi habuk pun takda. Mmg kita boleh marah pada kerajaan sbb itu hak kita sbg rakyat dan sebagai warganegara tapi action utk kita sendiri macam mana?

 

20140101-082401.jpg

Add Comment

CommentLuv badge