Menyusuri Sejarah komunis di Piyamit Tunnel, Betong Thailand

Kisah komunis pada tahun 70an sangat sangat menghantui kami di Gerik.  Jadi bila aku tahu pasal Piyamit Tunnel di Betong memang teruja sangat nak jejak kesana. Korang mesti hanya tahu pasal pertempuran Bukit Kepong. Askar Melayu dan komunis. Tapi korang tahu tak kisah Komunis di Hulu Perak ni?

Tahun 1974 keluarga aku pindah ke Gerik. Tahun yang sama juga aku dilahirkan. Sampai sekarang abang abang aku tak faham kenapalah bapak aku pilih pindah  antara Gerik dan Ipoh.  Owh ..sebelum itu bapak aku berkhidmat di Balai Bomba Kuala Kangsar.  But Why Gerik??

hahah Allah sahaja yang mengetahui kenapa… aku pun terlupa nak tanya pada arwah bapak aku.

 

 

Piyamit Tunnel ini menjadi salah satu tarikan pelancong di Betong. Memang menarik untuk korang bawa anak anak kesana, Iman tu tak habis habis tanya kisah komunis. heheh sekarang seronok lah kan. Kalau hidup zaman tu takut juga

 

 

Kalau korang datang ke Betong bagi aku 2 tempat yang wajib korang jejak adalah ke Piyamit Tunnel ini dan juga awan nano I yerweng yang menjadi tumpuan utama sekarang. Tempat lain tu aku rasa boleh skip lah . heheh ini aku lah.

 

 

 

 

Kisah komunis tahun 40-80an

Kisah Komunis bermula dari tahun 1940 an rupanya, kisah Chin Peng yang pernah membina markas di Gerik, pertumpahan darah bila ramai orang awam dan anggota keselamatan ramai terkorban.  Pernah diisytihar kawasan hitam.  Harian Metro pernah buat artikel pasal komunis di Gerik ni. Korang boleh baca dari link ini. 

Itu yang abang abang aku pelik kenapalah bapak aku pilih Gerik bukan Ipoh. Pindah ke kawasan yang memang berisiko.

Korang tahu pada tahun 70an hingga awal 80an kut, masih ada curfew antara  Gerik- Baling – Pengkalan Hulu. Kalau tak silap lepas pukul 7 malam dah tak boleh lalu dah. So kita orang kenalah menginap tempat yang terakhir. Nasib baiklah bapak aku ni bomba, so kita orang selalu tidur di barrack bomba sahaja.

Demo cara mereka masak danpenerangan sejarah komunis disini.

 

Masa dahulu kawasan sini sejuk, hutan masih tebal. Kalau pergi ke sekolah pukul 7 page, masih lagi berkabus.

Pada tahun 70an memang banyak askar dikawasan Gerik, sebab kami berada di Banjaran Titiwangsa bersambung ke Thailand.  Memang hutan tebal. Jadi tak hairanlah komunis suka berada di kawasan ini.  Masa tu memang suspicious sahaja dengan kaum cina, sebab tak tahu dia orang ni komunis atau memang orang cina di Gerik.

Jadinya, disini selalulah  askar dan kenderaan masuk kawasan Gerik. Paling best kalau dia orang baling ration  makanan pada kami anak anak yang berada di tepi jalan bersorak kepada mereka. Tengok kereta kebal pun seronok yakmat.  hahah.. those days.. gila best!! suka makan makanan askar, makan jem nenas derang sedap. Kari tin pun sodap.

 

Piyamit Tunnel Betong.

Kawasan ini agak jauh ke dalam dari kawasan Betong Thailand menghala ke Yala. Highway 410 dan menuju ke Ban Charp Parai Village, dan juga akan melewati Betong Hot Springs.

Kalau dari pekan Betong tu, korang kena ikut Highway 410 tu dan kemudian akan masuk ke satu simpang sebelah kiri. Simpang ni kecik aje, macam simpang nak masuk jalan kampung. Kitorang pun terlepas sikit simpang tu, nasib baik ada waze.

Kalau nak waze korang tekan je Piyamit Tunnel. Hati2 sikitlah dengan local traffic kat situ sbeab jalan ni taklah besar sangat. Korang akan pass by Betong Hot Spring. Kitorang tak stop situ sebab kat Malaysia ni pun dah berlambak hot spring.

Then korang akan lalu di jalan yang mendaki dan lepas beberapa corner sampailah kat PIyamit Tunnel. Ada designated car park kat situ, tapi ada je yang park tepi jln but hati2lah jangan sampai halang lalulintas.

Entrancenya seperti nak memasuki kuil yang besar. Korang kenalah berjalan sikit dan beli tiket di ticket booth di belah kanan. Kalau nak ambil2 gambar lagi di kawasan tu pun tak apa sebab landscapenya cantik jugak, tapi we all decide ke tunnel terus. Harga tiket RM8 untuk dewasa dan kanak2 RM2.50. Kalau nak bayar dalam Baht pun boleh.

  • Ban Piyamit 1, Tambon Tano Mae Ro
  • Opening hours: 8AM- 4.30PM

Lepas beli tiket, kenalah buat sedikit light hiking hehehe. Kena lalu kawasan hutan sikitlah. Iman sempat juga terjumpa sekor ulat gonggok yang saiz besar tu tapi lupa pulak nak ambil gamba. Kawsan tu terjaga..sejuk je rassanya.

Tapi jangan risau sebab laluannya berbumbung dan ada anak tangga yang tak curam pun.

Lebih kurang 10 minit berjalan sampai ke sampailah ke kawasan tunnel tu. Ianya merupakan antara tempat pelindungan dan penyimpanan makanan untuk komunis.

Aku mulanya agak malas nak datang kawasan ini, sebab malas nak mendaki tapi tak sangka it turns out to be satu yang pengalaman menarik untuk aku. Sebab aku jumpa dengan otai bekas Komunis weh!!  So dapat first hand story dari dia orang.

Piyamit Tunnel

Mereka dah berumur 68 tahun dan yang paling terkejut boleh berbahasa Malaysia. Rupanya dia orang ni adalah rakyat Malaysia dari Kuala Selangor dan Kajang. So perbualan kita orang bertambah lagi menarik. Mereka join komunis dan masuk hutan dalam usia belasan tahun. Katanya hati masa tu tengah panas.  Aku yakin mereka telah di brain wash oleh leader leader komunis ni.

Kawasan pertama, adalah tempat mereka memasak, yang menariknya cara mereka memasak. Untuk mengelakkan aktiviti mereka dikesan apa yang mereka buat ialah memasak di dalam gua yang dikorek di mana asap masakan akan disalur keluar dari gua melalui lubang2 terus ke permukaan tanah di atas gua tu.

Bila asap itu naik ke atas, ia akan nampak macam kabus di dalam hutan..brilliant kan.

Piyamit Tunnel

Di sekitar tu juga ada menara tinjau pihak komunis dan kawasan memasak yang lain.

Seterusnya ada muzium, beberapa barang dan sejarah penubuhan komunis di kongsi disini. Sekarang aku rasa menarik lah untuk aku tengok. Dahulu mana ada orang Melayu sokong kan. Banyak askar kita mati kerana mereka.

Macam- macam barang di showcase. Salah satu macam kerusi dr gigi. hehhehe hebat jugakkan.. err.. ke tempat untuk apa yer?

Lpeas masuk muzium kita masuk tunnelm pulak. Ramai yang menaggap tunnel ni ialah jalan bawah tanah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada yang kata boleh keluar ke Banding atau Pengkalan Hulu. Sebenarnya tunnel ni hanyalah tempat mereka berlindung atau bersembunyi daripada dikesan.

Aku agak takut nak masuk tunnel tu sebenarnya.. apa phobia orang cakap. Tapi tunnel ni agak cerah, tinggi dan ada air cond. So memang seronok juga masuk dan menyusuri dalam tunnel tu. So bayangkan zaman dulu mesti gelap yakmat and panas kan. Ishh.. tak terbayang tu.  Pastinya dulu tunnel tu dulu tanah semata mata, boleh runtuh. Sekarang elok diplaster dengan simen.

 

Piyamit Tunnel

 

Kata dia orang tunnel itu dibuat dalam masa 3 bulan dengan menggunakan 100 orang tentera.  Fuhh… macam mana dia orang buat kan.  Tempat ini hanyalah salah satu station sahaja, katanya ada satu lagi markas yang lebih besar di atas bukit tersebut.  Dalam tu ada tempat rehat, tempat mesyuarat dan tempat tidur.

Sempat jugaklah aku videokan beberapa interview aku dan dia orang. hahah beberapa soklan trap yang husband aku buat, jadi serba salah dia orang nak jawab tapi jadi kelakar pulak selepas tu.

Perang pun dah habis, dan ancaman komunis juga telah berjaya ditamatkan melalui Rundingan Damai Haadyai. Saki baki komunis telahpun meletak senjata dan keluar dari hutan. Mereka berdua ni tak pulang ke Malaysia dan telah menjadi warganegara Thailand.

 

Piyamit Tunnel

Nama dia Kapten Ah Chang. Ko tak tau nak react mcm mana jumpa ngan komunis ni. Tapi uncle ni sgt kelakar sebenarnya.

Satu pengalaman yang best untuk kitaorang kesana. Bawaklah famili dan anak anak. Perjalan pulang tu korang aku dapat tengok salah satu pokok tua yang agak besar dan tinggi dan berusia beratusan tahun.

 

 

 

 

2 Comments

  1. Auni December 29, 2018
  2. Mimi January 3, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!