Restoran Halal di Perth yang mendapat status halal daripada Western Australia Halal Authority

Kalau datang ke Perth, Jangan risau  ada banyak Restoran Halal di Perth yang boleh kita cari. Cuma harganya kalau kita convert dengan duit RM memang agak terasa lah. Tapi kalau dah bosan masak or tak sempat boleh sahaja terjah restoran halal ni. Kalau nak tahu pasal itinerari 7 hari 6 malam di Perth, jangan segan-segan. boleh saja refer entri aku nih .

Penduduk Islam di  Perth,  memang boleh dapatkan senarai premis makanan yang mempunyai status halal daripada Western Australia Halal Authority. Jabatan ini telah menyediakan sebuah ‘booklet’ yang boleh didapati di masjid atau di premis runcit milik orang Islam.

Terima kasih kepada azlin ahmad dari group cuti perth yang telak kongsikan maklumat yang sangat berguna. Kalau dapat awal info ni memang akan mudah. Jadi aku simpan kat sini untuk rujukan masa depan dan untuk orang lain juga sebab nak ulang repeat perth lagi nanti.

BACA : England aku datang lagi

Tetapi perlu diingatkan menurut kawan aku yang menetap di Perth katanya, segala yang menggunakan servis selalunya harganya agak tinggi. Memang betul pun. Aku peminat BOOST, ingatkan pergi ke OZ dapat murah tapi lagi Mahal.

Jadi baiklah kita masak sahaja. Kos barang mentah agak murah. Tapi .. eh tapi lagi, dalam banyak-banyak tempat ini aku nak remind, korand wajib cuba 2 tempat makan yang takkan dapat sama di Malaysia.

Restoran Daniella yang menyajikan Lamb Ribs dan juga di Freemantle dengan sajian fish and chips, lobster di situ bagi aku so-so jer.

Restoran Halal di Perth

  1. D’ Angkasa Restaurant
    Unit 1 Clarence House,
    566 Hay Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9325 1747Satu hidangan boleh dimakan untuk dua orang.
    Dari jam 11:30 pagi – 4:30 petang,
  2. Indonesia Indah Restaurant
    118-120 Barrack Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9221 3970
    Menyediakan makanan nasi campur.
  3. Utopia Barrack
    71, Barrack Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: 0433 826 888
  4. Shimizu Donabe and Bento
    166, Murray Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9221 0111
  5. Lebanese Roasted Chicken & Kebab Express
    Shop 1, 544 Hay Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9218 8567
  6. Sri Devi Curry House
    313, William Street,
    Northbridge, WA 6003
    Tel: (08) 9228 8720
  7. Utopia Square
    14, 109 James Street,
    Northbridge, WA 6003
    Tel: 0433 826 888
  8. Q International Cuisine
    71, Bennett Street,
    East Perth, WA 6004
    Tel: (08) 9325 6206
  9. Tamarind Cafe
    20/40 St Quentin Ave
    Claremont WA 6010
    Tel: (08) 9385 6616

(Sekitar Fremantle)

  1. Istanbul Restaurant
    19B Essex Street
    Fremantle, WA
    Tel: (08) 9335 6068
  2. Royal Malaysian Cuisine
    Shop 22, 155 Canning Highway
    East Fremantle, WA 6158
    Tel: (08) 9339 8337
  3. Maya Masala
    Shop FC 7, Belmont Forum
    Shopping Centre
    227 Belmont Avenue
    Clovedale, WA 6105
    Tel: (08) 9478 5355
  4. Charcoal Chicken Express Cafe Dianella
    Shop FS 01 Centro Dianella
    Corner Grand Promenade and
    Alexander Drive
    Dianella, WA 6059
    Tel: (08) 9276 9122kerana kedai ini lah motivasi kami nak datang ke Perth hahaha. Lamb rack dia jauh lebih sedap dari TONY Romas. Banyak dan Murah ya amat secara relatif kalau kita hendak bandingkan dengan Value sejenis RIBS di Malaysia.
  5. Out Back Jacks Cannington
    1-13 Hamilton Street
    Cannington, WA 6107
    Tel: (08) 6350 1994
  6. Malaysian Dining Delight
    111, Manning Road
    Bentley, WA 6107
    Tel: 0424 522 486

Dibuka dari jam 11 pagi – 10:30 malam.
Popular dikalangan pelajar Universiti Curtin kerana terletak tidak jauh dari kampus.

BACA : Eh boleh dapat tiket murah di Matta Fair

kali lah denagn 3. Rack of lamb ribs tu bawah RM70. masih murah dibandingkan dengan tony romas

Restoran Halal tetapi tiada logo halal di premis

  1. Ispa Kebabs
    110 William Street
    Perth Western Australia 6000
    Tel : 08 9379 0022

Premis ini dibuka dari jam 9 pagi – 9 malam.

Terdapat beberapa cawangan lagi iaitu di Harbour Town, Wellington Street dan beberapa pusat membeli-belah di luar bandar.

  1. Insan’s Cafe
    113 Murray Street
    Perth WA 6000, Australia
    Tel:+61 8 9221 0588

Ia dibuka dari jam 11.30 pagi – 9 malam.

  1. Levant Lebanese Restaurant
    139 Barrack Street
    Perth WA 6000, Australia
    Tel:+61 8 9325 3496

Ia dibuka dari jam 9 pagi – 9 malam.
Telah beroperasi selama lebih 15 tahun.  Makanan arab  sejati  di Perth

  1. Satay On Charcoal
    6/16 Mends Street
    South Perth 6151

Ia dibuka dari jam 5 petang – 9 malam. Ditutup pada hari Khamis.
Lokasi premis ini agak terlindung sedikit berada di Mends Street, terletak di belakang premis Roj Kebab.

  1. Roj Kebab
    16, Mends Street
    South Perth, 6151
    Tel: 08 9368 2668

Dibuka dari jam 11.00 pagi – 11 malam.
Lokasi premis ini lebih strategik dari premis Satay on Charcoal.
Makanan yang dijual adalah dalam kuantiti yang banyak. Satu hidangan “Seafood Basket” boleh dinikmati dua orang.

  1. Makan-Makan
    357 Albany Highway
    Victoria Park
    WA 6100
    Tel: (08) 9470 2333

Tips Mencari makanan di Restoran Halal di Perth :

  1. Waktu operasi kebanyakkan restoren ini bermula jam 11 pagi – 3 petang. Kemudian ia ditutup sebentar sebelum dibuka semula jam 5 petang – 10.30 malam.
  2. Kebanyakkan makanan dihidangkan dalam kuantiti yang besar. Satu hidangan boleh dikongsi dua orang. Melainkan jika saudara mempunyai selera yang besar.
  3. Dikebanyakkan premis, cili sos disini tidak sama seperti yang terdapat di Malaysia. Ada yang terlampau pedas dan ada juga yang masam.

5 Comments

  1. Pingback: Trip perjalanan bajet ke england August 26, 2018
  2. Ibu Mifzal August 26, 2018
    • azni August 26, 2018
  3. Nany Adifah August 28, 2018
  4. Lan Careno September 1, 2018
  5. SalinaJohari September 2, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!