Koleksi resepi noxxa 3

yeayy… resepi Noxxa siri ke 3 dah siap untuk share ngan korang.

semua ni koleksi resepi dari Fb group untuk my personal reference. kalau ada yg lain nak refer  or share pun dipersilakan. kita sama sama belajar okay. ni koleksi resepi noxxa I yang ke 2. sebelum ni pun i ada share dalam koleksi resepi 1 dan jugak resepi 2.

Kalau ada salah nak perbetulkan mohon letak komen yer… nnt i kasi improve.


NASI TOMATO
Bahan-bahannya:

  • 1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras
  • ¼ tin Kimball Tomato Soup – (Tomato Soup tin 425g)
  • 1 ½ sudu besar Kimball Tomato Puree
  • ¼ tin susu cair
  • 3 sudu besar serbuk badam
  • Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)
    Bahan-bahan Tumis:
  • 1 ½ sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kayu manis 3”
  • 1 helai daun pandan dikerat 4 inci
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • ½ sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia
  • ½ sudu besar pes (kisar) bawang besar
  • ½ sudu besar gula pasir
  • 20 gram buah kismis

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Tekan fungsi `STIR FRY’ dan On. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan kismis. Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia kisar, bawang kisar dan daun pandan.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum, masukkan Kimball Tomato Soup, Kimball Tomato Puree, susu cair, serbuk buah badam, dan air yang telah disukat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa kemasinan air. Biarkan air mendidih.
4. Apabila air mula mendidih, masukkan beras dan kacau perlahan.
5. Off fungsi STIR FRY. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE’. Tekan fungsi `HIGH PRESSURE’ 10x (10 minit) dan On.
6. Selepas tamat masa, putar tombol ke arah `STEAM’ untuk keluarkan wap.
7. Selepas habis wap dikeluarkan, buka tudung. Ambil chopstick dan buat beberapa lubang kecil pada nasi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (yellow egg) ke dalam setiap lubang tadi. Kemudian gaul rata.
8. Biarkan dalam status WARM/PRE-HEAT untuk nasi senantiasa panas.


SPAGETI GORENG

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato (dadu)
  • 2 batang sosej
  • Sedikit isi ayam cincang
  • Sedikit serbuk oregano atau italian herbs
  • Sedikit lada hitam
  • 5 sudu Tomato puri atau sos tomato
  • 1 kiub ayam
  • 500gm spageti, patahkan 2.
Guna Noxxa:
1. Stir fry bawang, tomato, sosej, ayam, serbuk oregano dll.
2. Masukkan sos tomato, kiub ayam, air 500ml, spageti. Kacau sikit.
Offkan stir fry.
3. Tekan high pressure 3 minit. Tekan start.
Dah cukup 3 minit. Boleh release wap. Stir fry skali lagi utk keringkan, jika suka.
Taraaaa.. dah siap.

Nasi lemak

  • 5 cawan beras
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Halia
  • Bawang besar
  • Daun pandan
High pressure 7 minit.

Wajik

  • 5 pot beras pulut
  • Air paras pulut.
  • High pressure 3 minit.
  • Sementara tu sedia
  • 1 cawan air gula merah
  • 1 cawan santan pekat
  • Pastu buka tudung periuk.. masuk air gula dan santan.
  • Steam 1 minit.
  • Pastu biarkan pulut tu dalam periuk (dgn kepanasan periuk), utk lebih berkilat.

LAKSA JOHOR

SPAGHETTI REBUS NOXXA
  • 1 peket spaghetti
  • Air
  • Sedikit minyak
  • Garam
  • patah 2 spaghetti dn letak dlm inner.
  • masukkn air paras spaghetti, sedikit garam dn minyak.
  • HP 5 minit. Toskan

SAMBAL BELACAN 

  • 10 – 15 tangkai cilipadi
  • 2 btg lada merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Garam & gula
  •  kisar atau tumbuk semua bahan
  • perahkn jus limau kasturi.
  • Siap

ULAM-ULAMAN LAKSA JOHOR

  • Taugeh – dibersihkn
  • Kacang panjang – hiris halus
  • Daun kesum – hiris halus
  • Daun selasih – hiris halus
  • Timun – buang biji dn hiris nipis
  • Bunga kantan – hiris halus
  • Lobak asin – potong kecil
  • Limau kasturi.

KUAH LAKSA JOHOR

  • 1kg ikan parang / tenggiri
  • 250 gm udang basah
  • 4 sdb udang kering
  • 1 kpg isi ikan kurau
  • – kisar halus semua bahan
  • – tulang ikan, kulit udang direbus dn jadikan stok ikan dn udang.

 

Bahan kisar:

  • 6 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 in lengkuas
  • 1 in halua
  • 15 tangkai cili kering

Bahan rempah:

  • 2 sdb jintan manis
  • 2 sdb ketumbar
  • – sangai dn kisar halus

Lain2 bahan:

  • 2 sdb rempah kari ikan
  • 2 sdb kerisik
  • 3 kpg asam keping
  • 1/2 kotak santan (100ml)
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 ikat daun selasih
  • 1 kuntum bunga kantan – belah 2
  • 1 btg serai – titik
  • 1 buku gula melaka
  • Garam & gula.

Cara2:

  •  SF minyak dn tumis bahan kisar, serai hingga wangi
  •  kemudian masukkn bahan rempah, kari ikan, isi ikan, isi udang, udang kering, ikan masin dn stok ikan dn udang satu persatu. Renih.
  • masuk santan, daun kesum, selasih, kantan, gula melaka, asam keping, santan dn kerisik. Garam dn gula. SF
  • SF jika kuah belom memekat.

 

kek sunquick kukus

bahan bahan blend

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minya
  • 1/2 cawan pati sunquick

 

bahan ayak

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1sdb baking power

cara cara

  • campur bahan blend n bahan ayak ,
  • kaup balik dah seh sebati griskan loyang dengan minyak tuang adunan bakan kukus 30 minit

 

SUP SOTO AYAM NOXXA
( editan Cik Kiah Kicen)

  • 1 ekor ayam – belah 4
  • Air
  • Kiub pati ayam

Bahan kisar:

  • 1 sdb ketumbar
  • 1 sdt jintan kasar
  • 1 sdt jintan halus
  • 2 in lengkuas
  • 2 btg serai
  • 1 in halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 1/4 biji buah pala
  • 1 sdt lada sulah
  • 5 biji buah keras
  • 1 in kunyit

Bahan tumis:

  • 4 sekawan
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris

Cara2:
masukan ayam kedalam inner letak sedikit air ( paras ayam) HP 10 minit.
asingkn ayam dgn air dn carik2 isi ayam. Bhgn spt kepak dn leher biarkn dlm air rebusan td.
Ketepikn isi ayam carik td. Sedikit air rebusan direserve utk cili kicap. Dlm 4 sdb camtu.
SF minyak dn tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkn air rebusan ayam kemudian bahan kisar dn isi ayam carik. Ada stail org johor yg campurkn terus isi ayam dlm kuah dn ada juga yg asing dn tabur kemudian. CKK suka masuk dlm sup terus.
tekan HP4 minit, perasakn garam dn kiub pati ayam.

CILI KICAP NOXXA ( editan Cik Kiah Kicen)

  • 4 sdb air rebusan ayam
  • 1/2 cawan cili padi
  • 5 ulas bawang putih – digoreng sedikit.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 sdt gula

rebus cili padi dn air rebusan ayam dn kemudian kisar dgn bawang putih.


 

NASI HUJAN PANAS NOXXA (Edited by CKK)

Bahan A

  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji tomato – cincang
  • 1 btg serai – titik
  • 2 helai daun pandan – simpul
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sdt garam
  • Pewarna hijau merah dn kuning
  • 1 sdb minyak sapi
  • 2 sdb butter/margerin

Bahan B

  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 in kulit kayu manis
  • 1 in halia – tumbuk
  • 3 biji bawang merah – tumbuk
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk

Cara2:
SF minyak sapi dn margerin, tumis bahan B dn daun pandan hingga naik bau.
masukkan air dn garam dn didihkan.
masukkan susu cair, kiub ayam, tomato dn beras, kacau rata.
tekan HP3 minit. Bebas wap
buka tudung dn buat lubang kat nasi dgn copstick bbrp penjuru dn titikkn pewarna berselang seli.
tutup sebenar dn biar keep warm seketika dlm 3 minit. Kemudian gemburkan masa nak hidang atau masa nak salin nasi kedlm bekas lain.
hiasan taburan bawang goreng dn daun bawang.


AYAM KURMA  (Olahan CKK)

Bahan A

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 5 sdb rempah kurma ( adabi)
  • 3 biji kentang – potong 4
  • 1 labu bawang besar – potong 4
    1 biji tomato – potong baji
    2 biji cili hijau – potong 2
    1 kotak santan – 200 ml
    1 biji limau nipis – amik jus
    Minyak masak & garam
    2 sdb kacang tanah kisar – penyedap rasa.
  • Bahan B (tumis)
    5 biji bawang merah – hiris
    3 ulas bawang putih – hiris
    2 in halia – hiris
    3 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih
    1 in kulit kayu manis
    3 biji buah pelaga

Cara2:
SF minyak dn tumis bahan B hingga wangi.
masukkan rempah kurma dn kacau hingga pecah minyak.
masukkan ayam dn sedikit air (1 cawan), tutup dn tekan HP15 minit.
buka tudung, masuk kentang, bawang besar, cili, tomato, santan, garam. Tekan HP 5 minit.
SF dn masukan kacang tanah kisar. Siap kbai

DAGING GORENG BERLADA NOXXA
(Olahan Cik Kiah Kicen)

  • 500gm daging
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1 labu bwg besar – potong bulat
  • 1 in halia – ketuk
  • Air asam jawa
  • Garam & gula

Bahan Kisar

  • 5 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cilipadi merah
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara2:

  • daging cuci dn HP25 minit dn hiris nipis. Gaul kunyit dn garam. Goreng seketika dn ketepikn.
    SF minysk dn tumis bahan kisar dn halia. Masuk air asam jawa, garam dn gula.
    masukkn daging dn bawang besar. Gaul rata dn siap. Tabur daun bawang. Kbai💨💨💨

ACAR TIMUN NOXXA (Olahan Cik Kiah Kicen)

  • 1 batang timun
    1 batang karot
    1 labu bawang besar
    2 ulas bawang putih
    2 biji cili merah
    1 sdk biji sawi
    Serbuk kunyit
    3 sdb cuka
    3 sdb gula
    Garam
    **********************************
    hiris timun, karot dn cili memanjang dn rendam dlm air garam
    bawang besar buang pangkal dn belah 4 dn putih belah 2.
    mode stirfry, panaskn minyak dn tumis bawang merah dn putih. Masukkn biji sawi dn serbuk kunyit. Tumis hingga wangi.
    masukkn air, cuka, gula dn garam
    masukkn karot dn cili. Gaul rata. Off stirfry dn masukn timun.
    siap

 

NASI GORENG IKAN MASIN VERSI NOXXA

(Olahan CKK resepi asal dr cik gugel)

2 pot beras – cuci dn ketepikan
3 pot air – tertakluk pada jenis beras
1 kpg ikan tenggiri masin atau ikan jeruk atau kurau- siat2 atau hiris nipis.
5 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
10 biji cili padi – diketuk
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan atau guna jer pati ikan bilis tu
2 butir telor
1/2 btg lobak merah – dihiris
Sayur sawi – dipotong
Daun sup dn daun utk hiasan
Cili merah – hiris utk hiasan
************************************
dadarkn telor dahulu dan ketepikn.
mode SF panaskn minyak, tumis bawang merah dn putih kemudian masuk cili padi. Gaul rata.
masukkn ikan masin gaul rata kemudian masukkn sos tiram dn sos ikan.
masukkan air off SF. Kemudian masukkn beras dn tutup piyok. Tekan HP3 minit.
bila habis masa off button dn biar dlm 5 minit. Pasti bebas tekanan.
mode SF semula dn masukkn sayuran dn kacau rata. Dlm 2 minit.
siap utk dihidangkan atas lapisan telor dadar tadi dn hias dgn daun bawang dn sup serta cili hiris.


NASI GORENG SOTONG NOXXA

(Olahan CKK resepi asal dr cik gugel)

  • 2 cawan beras
    3 cawan air
    6 btg Kacang buncis – hiris halus
    1 biji telur – pukul sikit
    4 ekor sotong – potong cincin
    2 btg jejari ketam – dadu
    1 kpg meat loaf – carik kecil
    1 biji bawang besar – hiris
    2 ulas bawang putih – cincang
    1/4 biji red capsicum – dadu
    1 sdb cili kisar
    1 kiub iksn bilis
    1 sdt sos tiram
    Hirisan cili padi, daun bawang dn bawang goreng utk hiasan

Cara:
SF minyak, tumis bawang besar, bawang putih dn cili kisar hingga garing.
masukkn sos tiram dn kiub ikan bilis. Pastu masuk sayur buncis, capsicum,sotong, jejari ketam, meat loaf ayam dn gaul.
pukul manja telur dn masukkn dln inner , biar sekejap dn letsk air. Off SF.
masukkn beras dn tekan HP3 minit.
siap SF lagi jika masih x kering dn hidang. Tabur bahan hiasan.

 


NASI GORENG KAMPUNG UDANG NOXXA

2 cawan beras
3 cawan air
10 ekor udang
1 sdb udang kering – rendam kejap dn toskn kendisn tumbuk.
10 biji cili padi – tumbuk
1 biji bawang merah – tumbuk
2 biji bawang merah – hiris
6 btg kacang buncis- potong
1 biji telur – pukul manja
1 sdb sos tiram
1 kiub pati ikan bilis
Iksn bilis yg digoreng dn ayam goreng dipotong.
Sedikit lada sulah

Cara:
SF minyak, tumis bawang nerah hiris hingga layu. Kendian masukkn bahan tumbuk dn tumis hingga harum.
masukkn kiub ikan bilis dn sos tiram, kacau sebati dn masukkn telur dn udang dan sayur. Gaul rata.
masukkn air dn off SF. Masuk beras dn tekan hp3 minit.
SF semula dn masukkn iksn bilis goreng, ayam dn lada sulah.

 


NASI GORENG KANTAN NOXXA

2 cawan beras
3 cawan air
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili padi
1 btg serai
Sedikit Belacan
Sedikit ikan bilis
Bunga kantan – hiris
1 kiub ikan bilis

Cara:
SF minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkn air dn kiub ikan bilis. Off SF.
masukkn beras dn hp3 minit.
SF balik dn masukn hirisan kantan.

 


NASI GORENG BELACAN NOXXA

2 cawan beras
3 cawan air
Sedikit isi ayam
Sayur sawi
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 in belacan
2 sdb ikan bilis

Cara:
SF minyak dn tumis bahan kisar hingga naik bau.
masukkn ayam gaul sekejap dn masukkn air off SF.
masukkn beras dn tekan hp3 minit.
SF balik dn masukkn sayur sawi perasa garam.

16 Comments

  1. ariefatiha August 1, 2015
    • azni August 1, 2015
  2. su August 1, 2015
    • azni August 2, 2015
    • azni August 4, 2015
  3. Aini August 4, 2015
    • azni August 4, 2015
  4. Norliza October 24, 2015
  5. Mazlina November 21, 2015
    • azni November 23, 2015
  6. eda August 1, 2016
    • azni August 1, 2016
  7. nor August 1, 2016
    • azni August 2, 2016
  8. Charmie August 1, 2017
    • azni August 2, 2017

Add Comment

CommentLuv badge