Resepi mudah bulan ramadhan

Selalu kita kekeringan idea nak masak semasa bulan ramadhan kan, macam tiba tiba boleh blur pulak. so aku tepek kat sini siap siap resepi mudah bulan ramadhan untuk aku refer nanti dan pembaca lain pun boleh dpt manafaat jugak..and of course yang aku letak ada lah menu favourite anak beranak.  Yang penting cepat dan pantas dan sesedap rasa hehehe.

 

1. Ikan singgang ( kelantan style)

sumber gambar : http://recipesforkeeps.blogspot.my/

 

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan kembung/ikan tongkol pun boleh
  • 3 ulas bawang putih  (dimayang)
  • 1 inci lengkuas (dihiris nipis)
  • 4 keping asam gelugur
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji cili hijau
  • 4 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara:

  • Ikan dipotong dua atau pun masukkan terus je seekor macam tu..
  • Kemudian, masukkan or campak jer semua bahan ke dalam periuk..
  • Masakkan semua tu tadi sehingga mendidih dan mengelegak
  • Akhirnya, sedia untuk dihidangkan… Simple je kan!!

Kalau makan sekali dengan ikan rebus goreng + ulam + budu.. perghh lagi sedap ooo

 

2. Kangkung goreng kicap

Bahan-bahan:

  • 500GM kangkung
  • 100gm ayam (dipotong kecil2)
  • 3-5 Biji Cili padi*
  • 2 Biji Bawang Merah*
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • Gula dan Garam
  • Semua yang bertanda (*)ditumbuk

Cara:

  • Panaskan minyak secukupnya..
  • Tumiskan bahan yg ditumbuk tadi sehingga wangi.
  • Kemudian, masukkan kangkung, kicap sedikit..
  • Dan masukkan garam dan gula secukup rasa..
  • Sedia dihidang…..

3. SOTONG MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • 500gm Sotong
  • 3-5 Biji Cili padi*
  • 4 Biji Bawang Merah*
  • 2 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Besar*
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 Sudu Cili Giling
  • Gula dan Garam
  • Semua yang bertanda (*) dikisar atau boleh ditumbuk ..

Cara:

  • Panaskan minyak secukupnya..
  • Goreng sotong tadi bersama minyak sekadar separuh masak sejatkan minyak.
  • Tinggalkan sedikit minyak,tumiskan bahan yang di kisar tadi sampai naik wangi. Kemudian, masukkan air asam jawa…Biar kan hingga sotong masak dan pecah minyak..
  • Akhir sekali masukkan gula dan garam sedikit.. Siap untuk dihidang

4. Daging Goreng kunyit

Bahan A
  • 1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1 labu bawang besar dihirit bulat2 ( macam dalam gambar tu..)
  • 1 biji Cili Hijau hiris serong
  • 4 biji Cili Padi ( di ketuk )
  • 2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
  • 1 Inci Halia (Hiris Besar)
    (Note : bawang putih dan halia ni nak tumbuk hancur pun boleh,
Bahan C
  • Lobak Merah (potong macam dalam gambar tu)
  • Bunga Kobis (macam biasa je)
Cara-cara :
  • 1Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.
  • Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  • Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya
  • (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  •  Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali..
  • Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..
  • Masukkan Bahan C .. goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit..
  • Gaul dan ratakan semua bahan.. Rasa cukup garam tak, kalau kurang leh tambah.. kalau tak pedas leh tambah cilipadi.. dah Siap!!

So macamamna dengan resepi mudah untuk bulan ramadhan yang aku dah share so far? heheh senang kan. Jom kita sama sama meriahkan dapur bulan ramadhan nanti. Setiap hari beli dekat pasar ramadhan sahaja muak jugak yer dak?

Baca : Resipi cepat dan pantas menggunakan NOXXA

 

5. KEPAK AYAM BERBIJAN

Bahan-Bahan   

  • 8 keping  kepak ayam
  • sedikit halia
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit kicap
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara Cara

  • Perap kepak ayam dengan minyak bijan, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula selama 6 jam di dalam peti sejuk.
  • Panaskan minyak, masukkan halia. Apabila kelihatan kering, masukkan minyak bijan, ayam yang telah diperap, gaul rata.
  • Masukkan sedikit air, dan biarkan mendidih selama 5 – 7 minit, atau sehingga ayam empuk.

6.Ketam Masak Lemak 

sumber : http://www.resepilazat.com/
Bahan:
  • 1/2 kg ketam
  • 1/2 biji kelapa/serbuk santan
  • 15 biji cili api/cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2.5 sm kunyit
  • 1 batang serai
  • Garam
  • Gula
Cara membuatnya: 
  • Ketam dipotong dan dibersihkan.
  • Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan patinya.)
  • Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk.
  • Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas api yang sederhana.
  • Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna jingga kemerahan.
  • Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu.

7. AYAM SOS LEMON MADU

Bahan:

  • dada ayam 500g (potong ikut suka)
  •  tepung serbaguna (secukupnya)
  • telur sebiji (kacau)
  • madu 4 sudu besar
  • lemon 2 biji (ambil jus)

Cara membuatnya: 

  • Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
  • Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
  • Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

 

8. AYAM MASAK HALIA

Bahan:

  • 500 gram ayam, potong kecil –
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang –
  • 1 sudu besar kicap cair –
  • 1 sudu besar sos tiram –
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat –
  • 1 biji cili merah, hiris nipis –
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm –
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air – minyak masak, untuk goreng ayam – sedikit lada sulah atau lada hitam – sedikit garam dan kunyit – garam dan gula, secukup rasa
Cara membuatnya: 
  • Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 
  • Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  • Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

 

Pilihan koleksi Resepi mudah  bulan ramadhan pasti dapat memabntu semua surirumah tetapi terutamanya yang bekerja dan kelam kabut balik untuk menyediakan juadah nanti.

2 Comments

  1. Hans March 8, 2018
  2. SalinaJohari March 20, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!