Resepi kuih kerbau guling

kuih kerbau guling viral ni bunyi macam kelakar kan, kuba tu sebenarnya adalah dari perkataan Kerbau, di femeskan dan diviralkan di Kelantan.  Tiba- tiba sahaja ramadahn 2018 kuih Kuba guling ni menjadi femes dan viral. Jadi nama sebetulnya dalam bahasa kebangsaan kuih kerbau guling lah kan.. hahaha..
Unik nama kuih ini kan. Rupanya memang tak indah, namanya pelik tapi tersangat lah viral tau.

 

Kredit : featured image from NST, korang boleh baca link di page dia orang. hehe nak sampai ke kelantan tu entah bila. Nanti aku pergi aku amik gambar yer..

 

Kalau ikut kata kawan aku dulu namanya lain., dan memang ramai yang jual sebelum ini lagi. Tapi tempat yang tersangat viral ini rasa kuihnya memang sangat berbeza. kerana itulah kawan aku sanggup berator panjang untuk merasa kuih ni.
Jadi aku titipkan resepi kuih kuba guling tu disini manalah tau aku nak buat satu hari nanti sebab rasa pelik bila ada part tempurung bakar tu. Macam manalah agaknya taste tu kan.
Yang pasti ramadahan baru ini salah seorang kawan aku gigih beratur dekat 2 jam untuk merasa keenakan kuih dan memang sedap katanya.. Katanya memang rasa menyesal pun ada, tapi alang alang dah beratur tu hahah gagakan juga dari kempunan nanti.
One day I akan rasa juga.
kuih kerbau guling

haa ini gambar kawan aku yang puas dpt beli jugak katanya .. 2 jam tu beratur..

Bahan-bahan Resepi kuih kerbau guling :

  • 250gm tepung beras
  • 150gm tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung pulut
  • 200gm gula
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 liter air
  • Tempurung bersih yang dibakar (tumbuk, tapis & ambil airnya sahaja)
  • Secubit garam
  • Kelapa parut yang digaul bersama garam (bahan ini untuk digulingkan kuih yang telah siap)

Cara-cara  masak  kuih kerbau guling

  1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali, gaulkan serata dan kemudian hidupkan api.
  2. Kacau semua bahan menggunakan api yang kecil sehingga pekat (proses seakan membuat kuih koleh kacang)
  3. Sediakan loyang atau bekas yang disapukan sedikit minyak
  4. Tuangkan adunan yang likat tadi & biarkan sehingga sejuk
  5. Apabila sejuk, potongkan kuih tersebut dan gulingkan di dalam kelapa parut yang digaulkan sedikit bersama garam.

 

Kalau sesiapa yang dah mencuba resepi ni apa kata korang komen dekat blog akak ni haa. Bila aku sampai kelantan memang akan jejak jugaklah menacari satu hari nanti.

Kalau korang tengah plan nak masak untuk raya nanti , jangan lupa singgah entri aku cara-cara masak ayam rendang pencen dengan noxxa. Walaweh.. sedap oit.

4 Comments

  1. Anuar June 3, 2018
  2. Nany Adifah June 3, 2018
    • azni June 3, 2018
    • azni July 4, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!