Rendang ayam Pencen NOXXA

Kenapa ayam pencen

Rendang ayam pencen noxxa. Ada orang suka masa rendang dengan ayam biasa tapi sesetengah orang  memang prefer guna ayam pencen bila nak masak rendang. Ada banyak sebab kenapa orang suka, ada orang cakap sebab rasa isi ayam pencen ni lebih kurang macam ayam kampung , isinya padat dan tidak begitu lembut

Jadi Kali ini aku nak share cara-cara masak rendang ayam pencen NOXXA menggunakan periuk noxxa lah.

Pasti korang pernah mengalami daging ayam tersebut terlerai dari tulang -tulangnya kan. Kadang Kadang dia sengaja biarkan masak lemak untuk pastikan gravy tu meresap kedalam daging daging ayam tersebut. tapi risikonya seperti yang aku cakap tadilah. Habis terlerai.

Jadi ,acam mak mentua aku masa rendang pula, kebiasaanya dia akan goreng ayam tersebut sebelum direndang kan. Alasanya supaya isi daging lebih intact walaupun dah masak agak lama.  Ini untuk mengatasi masalah yang aku cakap di atas tu.

Tapi bagi aku pula, aku tak berapa suka taste tersebut sebab ada rasa goreng dan daging agak keras. So jalan terbaik adalah kita cari Ayam Pencen dan masak menggunakan NOXXA haaa.. confirm sedap dan meletup .

 

rendang ayam pencen noxxa

credit image dari http://www.butterkicap.com

 

RENDANG AYAM PENCEN NOXXA

  • 1 ekor AYAM PENCEN (old chicken) potong 20
  • 6 sudu besar MINYAK MASAK
  • Blend tanpa air- 10 ulas BAWANG MERAH
  •     3 ulas BAWANG PUTIH
  •     2 inci HALIA
  • 3 btg SERAI, dititik
  • 1 cwn CILI GILING- rendam cili kering, bila lembut, di blend, atau beli
  •            CILI GILING dari pasar
  • 1 pkt rempah RENDANG IDAMAN SURI (AMWAY)
  • 1 kotak SANTAN
  • 1 pkt KERISIK
  • 1 helai DAUN KUNYIT, hiris halus-halus
  • 3 helai DAUN LIMAU PURUT
  • 10 biji CILI PADI, dititik ß Optional

Cara-cara

  1. On kan Pressure Cooker. On kan butang merah (ON/OFF BUTTON)
  2. Tekan butang STIRFRY, lampunya berkelip-kelip
  3. Tekan butang merah lagi sekali, lampu jadi steady
  4. Bila periuk panas, masukkan minyak masak
  5. Tumis Bawang Merah, Bawang Putih & Halia yang dah di blend, masukkan serai
  6. Bila layu, masukkan CILI GILING
  7. Bila pecah minyak, masukkan Rempah Rendang Idaman Suri.
  8. Tumis sampai masak.
  9. Off kan butang. Masukkan semua isi ayam. Golek-golekkan ayam.
  10. Tutup periuk. Setkan tombol ke Pressure.
  11. Tekan On/Off button. Tekan High Pressure 50 min.(periuk biasa 3 jam)
  12. Bila siap, pusing tombol. Keluarkan wap sampai habis.
  13. Bila sudah tiada wap, buka tudung.
  14. Tekan butang STIR-FRY semula
  15. Masukkan Santan, Daun Kunyit, Daun Limau Purut,
  16. dan kalau suka Cili Padi.
  17. Tak perlu garam. Kacau dari semasa ke semasa, sampai kering,

Rendang ayam ni kira menu wajib aku di pagi raya selain menu lain seperti nasi daging dan semestinya aku menggunakan periuk noxxa lah untuk memasak. Ada kawan kawan aku di pantai timur pula suka masak nasi minyak sebagai juadah utama.

Ishh.. tak sabarnya nak raya

5 Comments

  1. ema May 28, 2018
  2. Nany Adifah May 29, 2018
    • azni May 29, 2018
  3. AhmadiKatu May 29, 2018
  4. ai May 30, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!