Rawatan untuk liang pori besar dengan carbon laser

Makin banyak menulis dan research makin banyak benda yang tahu. Tambah-tambah bila dah jadi blogger ni makin ramai kenal orang dan berpeluang untuk mencuba pelbagai benda. Tambah pulak pesen aku yang suka bertanya. So aku nak kongsi dengan korang, baru baru ni aku Rawat liang pori besar dengan carbon laser

Pancaran laser ini adalah penghasilan tenaga haba yang merangsang kulit untuk meningkatkan pengeluaran kolagen baru dan sel kulit baru.

Selalu aku nampak dalam fave dan juga promosi   yang lalu lintas dalam fb ads. Maklumlah aku bukanlah generasi millenium yang berada di kalangan kawan kawan yang betul betul kisah pasal ini. Aku adalah Gen X, dikalangan mak mak berusia 40an.

 

Korang jaga tak kesihatan kulit muka?

Ada kawan kawan aku yang memang kisah jaga bab muka, tapi ada juga memang yang tidak kisah lansung untuk menjaga. Aku perasan sejak pandai pakai make up ni aku rasa macam pori-pori agak besar, korang baca terus kat bawah ni sebab apa.  Banyak kali juga aku terpikir jugak pasal rawatan liang pori ini.

Jadi ini kisah aku from side mak  mak yang  memang kisah pasal bab penjaagaaan diri. Dalam masa yang sama memang aku gigih ambil surya cholorphyll untuk kurangkan masalah dark spot    (kenalah terima hakikat dah tua kan.

Pengalaman aku ke klinik skin valet ini aku memang mengharapkan dapat buat treatment facial biasa sahaja sebab heheh memang dah lama tak buat di spa mana mana. Lagi satu sebab sejak dah pandai jaga muka sikit aku memang pastikan cuci muka, exfoliate, mask dan yg sewaktu denganya. Tapi liang pori ni macam susah nak improve pulak.

 

 

Alhamdulillah aku memang berpuas hati dengan pencapaian aku sendiri yang dah pandai  jaga muka hahahah.. bab make up  pulak jatuh no dua. Macam macam aku cuba untuk pastikan kulit muka aku okay.  Sebab kalau pandai make up tapi tak pandai jaga muka tak guna juga. Abis break out nanti . Ini yang aku tengok banyak berlaku pada anak anak muda…

Dalam masa yang sama, aku masih berusaha untuk kurangkan masalah pigmentasi atau jeragat, fuh ini memang parah. Perlukan ongkos yang banyak untuk masalah ini.

Yang pasti masa jumpa beauty consultan ni kata kulit muka aku dah even or sekata.

Sesi menganalisa kulit dengan beauty consultant

So bila aku sampai sini, berdua dengan seorang lagi blogger ika. Beauty consultant tu scan , analyze muka kita orang.

Memang berbeza antara kami berdua, walaupun jarak beza hampir 20 tahun. Tapi alhamdulilah masalah aku tidak serius, maybe sebab muda muda dulu aku memang kurang berjerawat cuma aku tak pakai sunscreen sebab aku tak tahu hahaha.

Tapi… aku pernah melalui juga saat getir masa zaman U sebab pakai cream tradisional. Hahah tudia punya jerawat naik tiba tiba. Nasib baik aku cepat cepat pergi farmasi dengan amalkan pemakaian Dalicin T . Terus elok dah muka aku nih .

 

 

Untuk ika dia, ada masalah jerawat pasir, dan kesan parut jerawat.

Aku pula masalah yang paling ketara adalah kulit berminyak di T zone. Pori- pori pun besar. Tak sanggup nak tengok screen tu. Perg! macam kawah

Selain itu ia dapat mengecilkan kelenjar minyak dan pori menjadi lebih halus. Ramai tidak tahu kulit berminyak menjadi punca kepada pori terbuka sehingga menyebabkan pengumpulan bintik hitam, selain peningkatan usia, jantina dan genetik. Untuk mengecilkan pori, kita perlu mengurangkan lebihan minyak menerusi rawatan karbon,” – harian metro

Tak sangka kulit berminyak

Adeh… aku ingat aku ni kategori  kulit kering yang akan bawa kepada masalah kedut. Ini based on analisis kulit yg aku buat tahun 2017 dahulu. So aku tanya kenapa pula mcm tu .. memang mati mati aku ingat aku ini kulit kering

Katanya… haaaa.. Ini point best.

Dia cakap kulit kita memang boleh berubah berubah mengkut pemakanan kita dan juga apa yang kita letak kat muka. Hahaha aku rasa aku tahu  sebab apa, sebabnya aku memang pulun cari moisturiser bila Medispa sebelum ini  kata muka aku kering dulu

So hari ini aku dikatakan mempunyai masalah kulit berminyak dan pori pori besar. Dan yang paling mengejutkan di kawasan dahi.. aku ingat di pipi sebab boleh dilihat dengan mata kasar. Serius aku terkejut bila aku ditunjuk visual tersebut.

Oleh itu, aku di cadangkan oleh beauty consultan  Skin Valet untuk buat rawatan carbon laser ini khas untuk rawat masalah pori pori aku yang besar dan akan mengeluarkan sebum yang banyak

Seperti biasa muka aku akan dicuci bersih terlebih dahulu, di wapkan juga sebelum satu satu bahan seperti carbon diletakkan ke muka. Dah macam kunta kinte dah muka aku tengok, tergelak besar aku.hahaha. korang pernah tgk drama kunta kinte? heheh okkay lupa .. akak Gen X..

Kenapa Liang pori menjadi besar

  1. Bila kuit berminayak, sebum dan dan daki terkumpul akhirnya buatkan kulit mengembang
  2. Orang kulit berminyak confirm akan buatkan liang pori jadi besar
  3. Proses penuaan kerana kulit hilang keanjalan
  4. Cahaya matahari akan membuatkan kulit jadi tebal, sel kulit tambahan akan tumbuh di pinggir dan mengembangkkanya.

 

Pengalaman rawatan Carbon laser untuk Rawatan liang pori besar

Satu alat khas di bawa masuk, besar haaa… so beautician tersebut meletakkan kan alat yang seperti pen tu pada muka, terasa macam gigitan semut semut. Ada part tak rasa sakit tapi bila part nipis especially dibawah mata tu haaa… ngeri jugak hahah.. okay ini perasaan aku …jer.. nasib baiklah mata aku ditutup dengan kapas basah dan jugak spek spesel tu.

rawatan liang pori

Setiap kali pancaran tersebut dikeluarkan terasa macam lightning atau cahaya kuat.

Setelah habis proses tersebut, muka aku akan diletak mask yang agak tebal juga. Sejuk sahaja rasanya, kali ni jadi tepung komak pulak hahaha.. putih aih.

Untuk beberapa minit mask tersebut dibiarkan kering, dan mudah sahaja untuk ditarik. Perghhh.. feeling tu rasa best sangat. Muka macam putih bersih gitu .. rasa sahaja lah kan..

Carbon laser ni jugak selain dari boleh merawat masalah pori pori ia boleh membantu supaya kulit kita nampak sekata.

 

Eh, kulit nampak cantiklah!

Kisahnya hari keesokannya, kawan aku tegur .. ahaha.. biasalah geng mak jemah memang macam ni, Nampak yang elok sikit pasti nak tau, katanya memang nampak kulit aku putih dan sekata, cuma di bahagian mulut sikit sahaja yang boleh improve lagi

Waa surpise kan.. seronok aku dengar… komen yang jujur gitu bukan dibayar hahaha… maknanya treatment ini memang bole menampakkan hasil walaunpun hanya sekali. Bayangkan kalau aku continuous buat treatment ini. Confirmlah akan okay,

Tapi bak kata beauty consultant tersebut, untuk kes orang yang buat whitening treatment memang boleh membantu pelanggan untuk dapat kulit yang cerah dan cantik. Tapi sebaik keluar dari klinik mereka terpulang kepada pelanggan sendiri untuk menjaganya.

Betullah jugakka, dah buat whitening treatment lepas tu pergi berjemur tengah panas memang cari nahaslah.

Banyak medispa yang menawarkan rawatan carbon laser ni. Tapi sekiranya korang berminat nak datang tempat yang aku pergi ni info seperti dibawah. Dia orang ada juga offer pakej yang menarik. Haaa nanti aku sambung cerita lagi

 

betul betul lepas rawatan ni

Skin Valet Bangi

  • 62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8,
  • Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
  • 03-8922 9181
  • Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
  • Waze : Skin Valet Bangi
  • Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Facebook : Skin Valet Bangi 
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi

 

 

21 Comments

  1. Ann Noura January 29, 2019
  2. Ema January 29, 2019
  3. Nina Mirza January 29, 2019
  4. Ayu Rafikah January 29, 2019
  5. Bonda chanteq January 29, 2019
  6. Hanny Abdullah January 30, 2019
  7. Mimi January 30, 2019
  8. emi January 30, 2019
  9. Julia Mahir January 30, 2019
  10. Syiera Mat Saman January 30, 2019
  11. henrytan January 30, 2019
  12. Mommy irra January 30, 2019
  13. Nadia Johari January 30, 2019
  14. Mek Onie January 30, 2019
  15. Zharif Azis January 30, 2019
  16. Faries January 30, 2019
  17. precious cla January 30, 2019
  18. Alia January 31, 2019
  19. kylie January 31, 2019
  20. ina azlina February 1, 2019
  21. Huda February 11, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: