Rawat masalah pigmentasi di Premier Clinic

Aku rasa cerita aku menangani masalah pigmentasi ni memang tak akan habis. Dah umur umur macam aku yang dah 40an or 44 to be exact this 7 may hahaha memang kena banyak buat maintenance servis lah nampak gayanya. Korang bersabar jelah yer kalau aku cerita pasal Rawat masalah pigmentasi ni tau.

Untuk kes aku, pigmentasi terus menjadi MELASMA. Ia adalah tompokan perang muda atau perang kelabu pada bahagian kulit yang terdedah kepada matahari seperti dahi, pipi, bibir atas, hidung dan dagu.

No choice, aku terpaksa buat laser kali ni. Sebab aku tak boleh nak makan kollagen sebarangan disebab history aku yang ada masalah cyst yang dikenali dengan nama endometriosis. Kalau rajin boleh baca kisah aku dan endometriosis ni sebab faktor hormon pun penyebab pigmentasi atau orang panggil jeragat.

Lagipun pakar kulit percaya bahawa punca utama permulaan dan penularan melasma ialah pendedahan kepada cahaya ultra ungu matahari. Statistik sedia ada menunjukkan bahawa melasma bermula semasa di zaman remaja kerana faktor dan ciri genetik, heheh betul sgt lah tau… sbb dulu aku tak tahu lansung bab bab jaga muka ni

 

nampak tak tompok kat pipi aku tu.. itulah melasma

 

Oh ya, entri aku sebelum ni pun dah panjang lebar usaha aku nak fight masalah nih.  Aku dah cerita lama dah pasal ni pada tahun 2014. Korang boleh baca juga apa treatment dan supplement yang aku makan. GItulah entri aku dalam Pigmentation oh Pigmentasi, Panic Attack. Giler tak panik hahah. Naik 40 an perasaan panik tu macam kalut sangat sebab tak dapat terima hakikat yang ko dah 4 series.

Aku cuba buat laser treatment pulak

Alkisahnya aku dah dengar lama pasal treatment laser ni. Tapi aku takut takut sebab banyak dapat feedback yang bermacam macam lah. Ada yang kata okay.. ada yang kata tak okay. At the end ikut keserasian kitalah kan. Haa.. mai aku nak citer experience aku pasal rawat masalah pigmentasi ini.

Bukan apa, orang lain mungkin tak tulis atau share benda benda ni macam ni. Tapi aku ni memang suka share dengan orang dengan harapan orang lain pun dapat bagi input lah. Ilmu tak payah nak simpan sorang kan.

 

Rawat masalah pigmentasi

Jenuh dr tu pakai tutup cermin mata khas sebelum dia pancarkan laser tu kat muka aku.

 

Sebelum tu aku nak bebel kejap. Sapa yang ada anak dara tu korang belikan lah sun block yer.. sekarang ni kan panas bukan main. Tapi bukan sun block nak pi pantai tu hahaha.. korang cari yang pakai daily tu. banyak jual kat farmasi. Sebab ini lah puncanya pigmentasi beranak dengan jayanya di muka aku ni haaa..  Memang koboi lah aku dulu. Letak bedak dan lipstik je masa zaman U and zaman awal awal kerja.

 

 

Pengalaman di Clinic Premier

Masa aku pertama kali ke clinic ini atas recommendation oleh kawan. Barulah aku paham betul betul perbezaan antara Beauty Center dan juga Clinic. Kesemua mereka yang akan buat treatment ini hanya terdiri dari  Dr yang khas dalan bidang Aesthetic. haaa bukan calang calang orang. Jadi of course la harganya sedikit mahal dari beauty centre yang biasa tu.

Masa aku sampai je aku tengok bunting pasal rawatan laser ni boleh hilangkan masalah pigmentasi ini sampailah untuk hilangkan tatoo tetapi of course lah dengan wavelength yang lebih tinggi.  BIla jumpa dengan Dr ni pun aku tengok cantik je kulit dia dan sangat moisture. Wah kali pertama pandang pun dia telah berikan aku satu pandangan yang sangat positif. Terus lah semangat aku ni kan.

 

sessi konsultansi dengan dr

 

Aku dibawa masuk ke dalam bilik yang ada segala machine tu, tapi aku terkejut tengok kerusi tu hehehe memang lain dari beauty center tapi lebih macam diklinik Gigi. Aku siap tanya Why? very makcik bawang kan.. tapi sebab aku nak tahu laa.  Katanya supaya dr dapat lebih fokus untuk lihat keadaan muka aku tu. hurmm… make sense lah. Sangat Ergonomik lah kalau kerusi begitu.

 

kerusi untuk pesakit.

 

Sebelum tu muka kenalah di bersihkan terlebih dahulu oleh pembantunya. Dan siap bersih barulah DR masuk untuk lakukan rawatan seterusnya. Memang seperti berada di klinik lah. Kan macam ni cara rawatan dia orang kalau kita ke klinik.

Mata aku ditutup rapi. Mula-mula aku dikenakan wavelength yang agak tinggi untuk spot yang paling obvious, yakni di pipi kiri aku lah, dan juga di beberapa tempa lain. Dr mungkin nampak spot spot yang affected dengan lebih jelas.

Apa aku rasa?

Hehehe, tak sakit, tapi rasa lah jugak seperti digigit gigit manja. Kadang kala keluar juga bau seperti daging hangit hahaha. Tapi jangan takut, sebab dalam masa yang sama ada juga angin sejuk di sembur kebahagian muka.

Haa inilah teknik laser, dahulu kan pengalaman aku di Shakura pigmentation macam pakai dawai panas yang di oleskan dimuka. Giler pelik aku rasa masa tu.

See… inilah perbezaanya dari segi equipment yang di pakai di Premier Clinic ini.

 

Rawat masalah pigmentasi

haa ini muka aku betul betul lepas treatment tu… scary kaaan

 

Selepas itu Dr set wavelenght yang lebih rendah untuk letakkan di seluruh bahagian muka. Kalau pakai wavelength sama hahaha jenuh jugak rasanya. Terutamanya betul di bahagian bawah mata dan atas bibir. Nerbes oit.

Proses semua tu dalam 20-30 mins rasanya. Sekejap sahaja, lepas tu aku terus masuk opis. haaa gitu

Post rawatan.

Dr Dah pesan, pakai moisturiser dan juga sun block sahaja. Tapi hahaha ada jugak kedegilan aku sebab aku tengok macam okay. Kesannya aku gatal gatal tapi rasanya masa tu muka aku berpeluh dan buatkan aku tergaru sekejap. Makanya jadilah macam area tumbuh jerawat plak. Memang salah aku.

So esoknya serik dah aku.

 

Rawat masalah pigmentasi

Nih hari ke 4/5 kut… dari yang solid hitam dah kurang sikit obvious sgt kan. tona muka aku tak sekata. ishh…. or masa ni memang lepas kesan aku buat treatment ni sbb skrg aku rasa muka aku putih sikit hahaha

 

Aku hanya maintain pakai recovery cream yang aku beli di klinik itu juga, plus marula+argan oil, dan juga sunblock untuk tempoh seminggu.

Dalam tempoh itu juga, muka muka aku adalah parut parut hitam kesan daripada Rawat masalah pigmentasi tersebut. Tapi dalam masa 5/6 hari semuanya jatuh dan hilang.

Phew… lega

 

Nih kulit yang dah jatuh tu..

Kalau ikut kata Dr. sepatutnya aku kena buat berulang kali, kalau sekali sahaja tidak akan hilang. Kos dalam RM900.00 yer, memang agak tinggi juga tapi sangat berbaloi dengan treatment yang diberikan.

Aku tidak pulang begitu sahaja sebab aku nak pastikan kulit aku betul betul elok. so aku sebat satu recovery cream yang berharga RM280.00 untuk aku. huhu boleh tahankan harganya. aku tutup mata jugak sbb nak pastikan kulit aku betul betul elok. kalau sun block or whitening serum aku memang dah ada. Pakai sahajalah apa yang ada, haai itulah kisah aku dan Rawat masalah pigmentasi

Setelah 2 minggu

Aku makin yakin, memang nampak kesannya. Pigmentasi pun makin kurang sgt kalau compare dengan sebelum ni. Insyallah nak kumpul duit lagi .. ada rezeki nak pergi buat lagi . Setiap malam aku pakai cream untuk brightening dari body shop.   Terasa la muka aku ada putih sikit hahahah. Memang itu pesar Dr. tu Sun block, moisturiser, and night cream tak boleh tak pakai.

Kalau betul betul nak hilang of course laa kena repeat lagi treatment kan. Insyallah One day aku nak buat lagi.

Cawangan Premier Clinic

  • TTDI: 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
  • BANGSAR: 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
  • PUCHONG: G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
  • KL CITY A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
  • General Contact Details: +6012-6625552
    Websites: www.premier-clinic.com
    Email Address: contactus@premier-clinc.com

3 Comments

  1. Qaseh April 24, 2018
    • azni April 24, 2018
  2. Dura Norell April 24, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!