Ramadhan buffet di Paya Serai, Hilton Petaling Jaya tawarkan ratusan juadah istimewa

Bila tiba musim ramadhan, kebanyakkan hotel dan restoran pasti akan menawarkan pakej yang menarik khas untuk buffet ramadhan. Antara yang menjadi bualan hangat dari dulu  hingga kini adalah  Ramadhan buffet di Paya Serai

Kehebatan sajian yang di sediakan di sini memang menjadi bualan bagi penggemar makanan ala buffet terutamanya pada musim ramadhan nanti. Pilihan menu yang banyak dan pelbagai telah dirancang dengan rapi oleh pihak pengurusan Hotel semata mata untuk memberikan kepuasan pelanggan yang berkunjung ke sana kelak.

 

 

Ramadhan buffet di Paya Serai ini sering menjadi tumpuan syarikat korporat untuk mengadakan majlis rasmi sempena bulan ramadhan untuk meraikan pelanggan setia mereka, kerana mereka yakin Paya serai tidak pernah menghampakan dengan juadah yang pelbagai.

Bukan sahaja masyarakat Muslim, malah kaum lain turut tidak ketinggalan untuk menikmati beraneka juadah yang dihidangkan dalam buffet seumpama ini. Pilihan menu tersebut menjadi tarikan utama kepada orang ramai untuk berbuka puasa di buffet Ramadan, meskipun harga yang perlu dibayar sedikit tinggi.

Harga Buffet

3 Hari Pertama
15th May – 17th May
RM 169 Nett (dewasa) & RM 89 Nett (kanak-kanak)

Minggu Seterusnya
18th May (Saturday onwards)
RM 189 Nett (dewasa) & RM 99 Nett (kanak-kanak))

3 Hari terakhir
11th June – 14th June
RM 169 Nett (dewasa) & RM 89 Nett (kanak-kanak))

*Purchase Early Bird vouchers at RM 149 Nett / RM 79 Nett

Untuk tempahan, Boleh hubungi +03 7955 9122 or visit www.zestPJ.com

Preview Media Ramadhan buffet di Paya Serai

Baru-baru ini kami telah dijemput khas untuk sama sama menikmati yang disediakan oleh pihak hotel. Sejujurnya aku memang mengidamkan berbuka puasa di sini sejak dari dulu, namun sering tidak berkesempatan kerana tempat ini sentiasa Fully Booked oleh orang ramai.

 

Bila sebut sahaja paya serai, ramai kawan kawan aku sendiri memberikan feedback yang sangat positif atas juadah mereka yang tidak menghampakan. Malah mereka boleh bercerita Menu kesukaan yang disediakan.

Pucuk di cita ulam mendatang, jemputan ini tidak akan aku sia siakan bila dijemput untuk merasakan dan menikmati sempena Ramadhan 2018 yang tinggal berbaki 2 bulan sahaja lagi.

 

BACA : Korang juga boleh lihat Senarai Ramadhan Buffet 2018  untuk semua hotel terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor

 

Melangkah masuk ke Paya serai ini disambut dengan deretan makanan yang tersusun rapi, dan konsep kampung seperti di bazaar ramadhan. Konsep dan penggunaan buluh sebagai deko utama, balang air di pasar malam seperti menggamit kenangan ramadhan seperti zaman 80an untuk aku.

 

 

Terdapat banyak sangat pilihan yang disediakan, juadah masakan melayu, cina, barat dan juga ala food truck dengan deretan makan seperti char koay teow, laksa , rojak juga disediakan di kawasan parking di hadapan hotel ini.

Sambil mendengar alunan muzik angklung, aku terpaksa pandai memilih makanan setiap satu dalam portion yang sedikit dengan niat untuk mencuba kesemuanya. Harus…..untuk mencuba kesemuanya hahhaa.. Aku juga sempat mengajukan apakah signature dish yang disediakan oleh pihak hotel disini, mereka mencadangkan aku mencuba nasi kandar istimewa. Memandangkan aku bukan lah peminat nasi kandar aku terus mencari apa yang istimewanya disini.

Bagi aku, aku paling suka masakan siput sedut masak sambal yang sangat best dan Rare bagi aku. Selalunya ia disajikan dalam masak lemak. Yang ini memang sangat sangat best, sesiapa ke sana pastikan korang cuba okay. Kedua aku sangat suka dengan lemang dan rendang rusa. Kombinasi yang sang sangat best juga. Bukan senang untuk merasa daging rusa. Jadi dengan deretan makanan sebegini berbaloi dengan amaun yang dikenakan.

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

sambal dia memang power sebelah tu ketam kari yang aku suka sangat tu

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

bila lagi nak rasa daging rusa kan

 

Kalau ikutkan pendapat salah seorang kawan aku pula, kehebatan Paya serai ini juga terdapat menu set Tempura, nasib baik aku sempat mencuba beberapa menu di kaunter tersebut. Memang tidak mengecewakan hahah.. nasib baik aku cuba walaupun  perut hampir penuh .

BACA : Resepi mudah di bulan Ramadhan

Satu lagi istimewanya di Paya Serai ini, aku terkejut terdapat dereten food truck yang disediakan diluar yang mempunya pelbagai menu yang menarik tetapi yang paling terbaik ialah kaunter durian. Asalnya aku ingin mencuba beberapa ulas sahaja tapi hahaha.. gagal.. sebab duriannya sangat sangat best bagi aku. Mana ada hotel yang menyediakan buahan durian seperti ini. Untunglah untuk kaki durian. Nasib aku sedar diri kerana perlu simpan perut untuk juadah yang lain pula.

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

laksa tak sempat cuba, tapi geng semeja kat sedap

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

nyesal makan sikit oitt

 

Kalau juadah seafood, pula korang jangan terkejut tau, aku lihat ketam sahaja disediakan dalam 3 jenis masakan, cool salad, ketam masak kari dan tempura. fuh!! terus aku…terbayang pula ketam kari ya amat sedap.

Sambil menulis ini sambil aku flashback apa menu yang aku lihat hari tu, mulalah rasa menyesal bila tak sempat ulang lagi ..huhuhu.

Jadi untuk korang yang sudah bercadang cadang untuk berbuka puasa di hotel pastikan Paya Serai Holiday Inn ini dalam senarai, pasti berbaloi.

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

buffet ramadahn tak lengkap kalau takda kambing tergolek macam ni kaaan

 

Sotong kangkung ini best, kuah mantap

 

penggemar lidah lembu pasti akan suka

 

haa.. sup gear box pun ada uolls

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

set mee kari

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

haa popia vietnam pun ada tauaa

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

aduhh.. memang kalah dengan dessert comey macam ni

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

peminat cold salad confirm akan teruja tgk udang dan ketam tu

 

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

seksi ya amat kaan…

 

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

Mula mula sampai dah nampak yang ini. Tapi sedikit manis untuk aku.. atau aku yang tak tahan manis yer

 

Ramadhan buffet di Paya Serai

haa.. coklat fountain memanggil manggil

 

 

surau di sediakan di tingkat 2

Tips berbuka puasa di hotel

  • Kurangkan minum air
  • Jangan ambil nasi dalam portion yang banyak
  • Cari hotel yang sediakan surau
  • Tanya pihak hotel lokasi surau terlebih dahulu sebelum masuk waktu maghrib
  • Jangan ambil makanan berlebihan, membazir
  • Ambil portion pertama dengan jumlah yang kecil terlebih dahulu, jika suka barulah ulang juadah yang sama

8 Comments

  1. lisak March 14, 2018
    • azni March 14, 2018
  2. Lya March 14, 2018
    • azni March 14, 2018
  3. mas saari March 14, 2018
  4. Mama Kembar Tiga March 14, 2018
  5. Huda March 14, 2018
  6. Hans March 15, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!