Projek label pantri

Semua gara gara masuk group FB deko bersama ikea.!!

Aduhai rajin rajin nya adik kakak dalam group tuh,  tapi terus terang cakap rasa malu tapi bersemangat juga nak kemas rumah. hehehe. Semua pakat share dalam group FB ni interior rumah dengan menggunakan produk ikea selain bertukar pendapat mengenai produk ikea.  Tu yang asyik terkenang nak pergi ikea.

Tapi tak semua orang punya skil untuk kemas rumah yang cantik. Like my case ni selalu hot hot chicken shit hahaha.. bila tgk gambar terus berangan nak ubah ubah layout dalam rumah tu macam ni lah.. macam tu lah.

Untuk wanita yang bekerjaya mcm aku ni mmg kadang kadang tak sempat, dan mana nak lipat baju dan iron baju semuaTapi sesungguhnya skil mengemas rumah ni tak semua orang ada. Memang tabik spring yang terer ni…byk jugak geng laki yang power power okay.  terus rasa kecik jerrr… heheeh

Takpalah.. one step at a time

So langkah pertama. aku mulakan dengan menyediakan labelling untuk barang barang dapur. so alang alang aku share dengan semua orang. Label ni untuk barang barang dapur untuk orang Malaysia. Sebenarnya ramai jer yang buat tapi dalam English, tak sesuai lah kan untuk kita .. mana nak tulis asam keping, garam kunyit.. haaa.lokal gitu

Label nih aku dah set dalam A4, korang cuma print jer…

Sebaiknya cari lah paper sticker siap siap , dan source file dalam PDF insyallah Sharp.

DOWNLOAD

Free label pantri.

Free label pantri.

Add Comment

CommentLuv badge