Beli produk brahim dengan harga murah

Korang korang yang selalu travel mesti selalu akan standby produk brahim’s kan? Selalunya kita beli dekat mana mana hypermarket sahaja. Meh nak share dengan korang kat mana nak beli produk brahim’s dengan harga murah.

Memula aku tahu pun masa orang share kat dalam group travel. Aku ingat aku yang ketinggalan hehehe…  tapi bila aku share kat fb personal aku pun ramai tak tahu jugak. Benda yang best macam ni wajib share hehehe. Ramai pulak yang intersted.

Korang boleh beli sikit or banyak. No hal. tak semestinya kena beli berdozen dozen. So kalau nak pakai untuk rumah pun sesuai kan.

Kalau orang bajet traveller macam aku, kalau boleh apa yang boleh bajet kena squeeze segalanya. Hehehe nafsu berjalan ni besor benor. Salah satu benda yang akan affect bajet kita mestilah bab makan. Kalau kat London nasi lemak pun RM40 kowt.. huhu. so cara yang terbaek belil produk brahim’s dengan harga murah. Borong abis abisan.  Korang tengoklah perbezaan rega seperti dibawah ni. so kalu p situ, baik borong byk banyak..

  • Nasi Goreng Kampung – RM7.90 (Brahim’s Shoppe) / RM12.71 (Giant)
  • Nasi Goreng Ayam – RM8.80 (Brahim’s Shoppe) / RM10.59 (Giant)
  • Nasi Beriani Ayam – RM9.00 (Brahim’s Shoppe) / RM12.71 (Giant)
  • Nasi Beriani Kambing – RM9.50 (Brahim’s Shoppe) / RM11.65 (Giant)
  • Lauk sedia dimakan – RM4.95 (Brahim’s Shoppe) / RM6.67 (Giant)
  • Kuah instant – RM3.50 (Brahim’s Shoppe) / RM4.49 (Giant)

 

produk brahim

pintu pagar utama untuk masuk ke kilang brahim. haaa apa lagi jom borong produk brahim

produk brahim

mai sini jer kalau nak beli produk brahim ni. berbaloi baloi

Kilang Brahim’s ni terletak dekat bangi

Lot 9 & 11,
Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor,

 Kalau korang Waze  akan keluar DEWINA FOOD INDUSTRIES.
    Kilang ni berdekatan jer dengan Warta dan Seksyen 7 yang banyak jual baju muslimah tu. Betul betul berdekatan dengan pusat servis HONDA. Masuk simpang yang sama. Alang alang dah sampai area situ  pergi jelah jenguk.  Masa aku pergi tu aku tak tahu boleh parking kat dalam. so menapak jugaklah parking di luar kilang yang banyak kereta. Pakcik guard tu cakap boleh jer bawak masuk kereta ke dalam… laa.. letih jer aku park jauh.. Kena tulis nama lah opkos.

 

 

Kat situ ada 2 building kilang brahim’s, tapi masuk jer pintu masuk  boleh nampak terus building yang macam kat atas tuh. Kedai nya kecik sahaja, tapi ada semua jenis produk brahim’s. Kalau pergi supermarket tak semua ada kan.. haa sampai sini semua ada.  aku refer kat blog lain sebelum nih, ada share waktu operasi, Rehat kul 1-2petang. Kemain aku pecut, nak sampai before kul 1 tapi dah tanya adik yang jaga kedai tu. Katanya ada orang ganti dia jaga. So tak der masalah lah untuk korang soping.

 brahim5
Sebenarnya aku pun tak pernah try semua produk brahim’s ni. Tapi kebetulan terjumpa dengan sorang akak ni yang kaki travel jugak. Katanya sedap paste semua tu. hahaha.. terus aku tambah lagi selepas aku bayar yang memula tu hahaha… Kalau tak habis masa travel nanti boleh jer pakai kat rumah.  Yang nasi goreng tu pernah try tapi, aku rasa untuk orang yang travel memang senang. Masuk jer dalam Microwave kan.
So aku dah share ni, apa lagi belilah produk brahim’s dengan harga murah. Jadilah pengguna bijak muahahaha….
Napa aku beria sangat nak cari produk brahim ni? hehehe insyallah aku nak p Jepun, sbb aku rasa kat situ susah nak cari makanan halal. Cadangnya nak masak pagi pagi sebelum kita orang start berjalan. Hero kecik tu nanti kang lapar tak tentu masa especially masa sejuk sejuk ni. Walaupun dia dah paham makna halal haram tapi tu lah, kang dia buat ngamuk
produk brahim

produk brahim ni semua precook. masuk jer dlm microwave

masukkan nasi dlm bekas pepel tupperware tu yang memang khas masak nasik dlm microwave

masukkan nasi dlm bekas pepel tupperware tu yang memang khas masak nasik dlm microwave

 

dah masak masukka dalam bekas tu.. senang

dah masak masukka dalam bekas tu.. senang

 

4 Comments

  1. Pingback: Japan trip - part 1 - Modern Mum's Thingy December 8, 2016
  2. Azwan April 8, 2017
    • azni April 9, 2017
  3. nadia September 15, 2017
    • azni September 20, 2017

Leave a Reply to Azwan Cancel reply

CommentLuv badge