Pre travel ke Jepun hujung tahun nanti

Perancangan  travel ke Jepun  ambil masa setahun

Korang tau, aku laki bini now campur anak lah memang suka sangat travel. But… bajet travel in style hahaha. So kali ni, entri hanya pasal pre Travel ke Jepun ke jepun hujung tahun ini. Insyallah.

url

Kita orang beli tiket ni November 2015 so  pada hari ini bulan October 2016 dah hampir cukup setahun. Jadi maknanya we all ada 1 tahun preparation  dari segi nak buat planning itineary Travel ke Jepun, dan juga kumpul duit.  Setiap bulan kami husband and wife akan masukkan RM300 kedalam akaun tabung haji iman.  So sebulan we all sumbang RM600. Kalau setahun secara kasar rm7200.00 kan.  Tambahan pulak senang nak keluar duit tabung haji di maybank2u, mudah untuk we all track duit keluar masuk. Setakat ni dah ter negatif, sbb duit untuk november belum masuk lagi hahaha.. so terpakslah dahulukan duit dari akaun lain dulu.

Total kos sekarang untuk per person sekarang ni dah hampir RM3600 per person for 11 days untuk flight, hotel, makan, accomodation, and entrance fee. Ingat yer.. ni travel with family so tak bolehlah duduk hostel semata mata. We all banyak amik AIRBNB.

Baca : Airbnb alternatif percutian jimat

Sebenarnya we all dah starat menabung dari March 2015. so total jumlah akan lebih lagi dari amount tadi. Ini semua sebab iman dah naik darjah 1. We all tukar konsep menabung and then akan selalu tengok tarikh flight yang bersesuaian dengan cuti sekolah. Kalau dulu we all main hentam jer, tak kira cuti sekolah. Cuti sekolah ni selalunya harga hotel dan flight memang akan mahal sikit. huhuhuhu

Baca : Tips menabung untuk travel

So apa yang we all buat untuk Pre travel ni?

  1. Compare and observe harga tiket. Jepun paling murah RM580. so kalau hit sahaja harga tu maknanya memang murah lah .
  2. Study pasal Jepun di blog and website berkaitan
  3. Prepare itineari trip ke jepun. Sbb banyak option sama ada nak kansai sahaja atau sampai ke tokyo or hokkaido or hiroshima.  semua tu akan impact pada different route, plan and of course total kos nnt.
  4. Refer pada group travel dalam FB.
  5. Pergi matta fair sbb we all ada setahun untuk plan boleh tengok itineary yang travel agent buat.
    Matta fair ada setahun 2 kali, so we alla da byk masa kali ni nak study
  6. Beli tiket JR pass masa matta fair yang dekat dengan tarikh nak pergi sebab validity hanya 3 bulan
  7. Tengok accomadation samada melalui air bnb, agoda, or booking.com or hostel.com
  8. Create Excel file untuk rekod tabung travel keluar masuk, sebab nak dekat nnt akan byk transaksi keluar masuk sbb nak kena bayar accomodation dah. nanti susah tau nak rekod. Save di google drive. Senang nak refer.
  9. Create Excel file untuk itinenari di google drive untuk share husband and wife. so dua dua boleh access. Husband aku ni yang paling rajin buat research, so kalau dekat opis ada masa we all akan visit balik kalau tak ada kerja.
  10. Share itinari dengan family members supaya semua faham kenapa kita pergi visit sesuatu tempat. Sbb ada hero kecik sorang tu yang ada preference nya sendiri untuk melawat aquarium.

so basically ini lah pre Travel ke Jepun untuk #fairasaznitravel.  We all ada beberapa hari lagi nak berangkat ni.  Tak sabar sangat.!! Moga segalanya di permudahkan.

Add Comment

CommentLuv badge