Pigmentation oh pigmentation : Panic attack

Korang ada tak masalah pigmentation… ?

okay.. akak ni dah umor patlploh tau (40) .. nih nak buat confession.. dahulu kekonon ala ala tomboy… malas sgt nak pakai skin product. pakai bedak  and liptstick jerk.  so kesannya .. sejak lepas bersalin maka pigmentation pun muncul dengan jayanya.

Korang pakai produk apa erk.??..  kalau ikutkan byk  jugak produk akak pakai bila dah berkemampuan sikit nih… and antara yang paling setia adalah sheseido nih..  produk shiseido.. dok ulang yang tu sahaja. Kan selalu ada promosi … akak selalu beli yang promos set tu dlm Rm150 dapatlah dari cleaser, toner and moisturizer. kira mcm basic abislah ..

Tapi korang pernah dengar tak yang kulit cepat immune.. setelah pakai beberapa bulan… kulit tu nampak biasa balik. Selain dari tu pernah juga try yg produk local . aura maya .. masa mula mula pakai mcm okay .. lepas tu.. ada problem ngan kilang kut..terus dah lari plak kualiti dia. Actually takut nak try produk local nih.. takut bab pengelupasan yang teruk … in fact my sis in lawa disbebakan byk pakai product local muka jadi berjeragat yang amat teruk.

 

imgres

shiseido

 

Facial pulak pernah lah amik dengan new york skin punya pakej… dalam thn 2008 dulu.. bayar bulan bulan ikut credit card. masa tu umur 34 tahun. kiranya 7 tahun dulu barulah pandai nak p facial. masa tu tak byk pendedahan pasal produk produk nih.  atau pun akak yg jenih tak amik tahu.. okay selepas tu akak pun continue jer dengan  shiseido sbb dah abis pakej facial tu.

 

Untuk orang yang muda muda ni.. akak nak habaq awal awal sebelum terlambat  pakai lah sun block.. itu wajib yer adik adik… heheh untuk yang seangkatan dengan umor akak ni belum terlewat. Sekarang ni akak continue pakai sub block dari shesiedo jerk. Bertindaklah sebelum terlewat.

 

let me share my journey untuk fight dengan masalah pigmentation nih.

Pada tahun 2008, pigmentation takde masalah. tapi muka akak ni agak kusam.  Ini hanya andaian yer.. selain dari masalah untuk conceive aku percaya ianya ada masalah dengan hormon lah… tgk rambut pun dah boleh agak … mcm tak berseri jerk.. Samada akak ni yang terover concern atau mcm mana erk.

Btw.. masalah tetap masalah kan ..  so kita kena cari root cause dia..

So sejak tahun lepas maka mencari lah tempat yang sesuai untuk berubat untuk memastikan pigmentation hilang

 

 

Korang pernah dengan Shakura Pigmentation beauty .. masa dok jalan kat IOI mall.. ternampak lah promosi nih.. dengan berbekalkan Rm39.90 untuk trial. so.. akak pun setlah appointment.. maka di hari  tersebut.. normally depa akan buat skin analysis dulu.. so.. sah lah mmg kulit akak ni kategori kusam and byk pigmentation bawah kulit.  maka keluarlah istilah “melasma” melanin and seangkatan dengannya..

Paling mencabar masa dia org soh sign up untuk pakej dia orang.. dari semahal hinggalah ke murah punya.. kena pandai nego.. jgn terus teruja  nak accept pakej tu.  well realitiynya mmg kena tgk poket kita kan.. pembayaran di buat melalui kad kredit… byr installment some more..hehehhe. mana mana tempat mcm ni akan cuba menggoda korang untuk amik pakej. so hati hati yer. Mcm akak mmg mencari tapi nak yang berbaloi.

So akak amik pakej yg Rm200 kut untuk 12 bulan .. sampai sekarang tak abis lagi sbb takde masa nak p and appointment pulak selalu tak kena masa sbb kita byk commitment kan. My experiance dengan shakura ni.. dia ada satu serum yang buat muka kita rasa gatai yang amat.. huhuhuhu.. serius gatal… katanya untuk aktifkan sel sel kita. tak pernah lagi experience mcm tu. so this is new for me. Selepas beberapa kali buat kat situ dah biasa dah.  Tapi walau bagimanapun memamg  sedap buat facial kat sini…

Dalam masa 5/6 kali treatment dia offer untuk extend lagi… err.. disebabkan bajet tak cukup kita hold dulu… mana nak membayor nnt. Pastu dia akan bwk consultant dari singapore kononnya untuk analyze kulit kita… pastu dia tanya betul betul.. nak tak hilang kan pigmentation ni..haa.. kita ckp of course lah. pastu apa device yang dia kuarkan.. mcm laser .. hurm.. dlm hati.. looor ingatkan dengan facial and serum dia bg mampu untuk hilangkan masalah nih.. tapi selepas buat benda tu.. mmg ada kurang lah… tapi.. ia memnyebabkan akak ni tak konfiden lah lagi untuk selesai kan masalah pigmentation dengan derang.  however still continue buat facial dengan derang sbb mmg sedaplah dia org ulit muka kita and dah bayar pun

.shakura

 

Kesimpulannnya? heheh akak rasa selain dari luaran.. kena perbetulkan dengan masalah dalaman jugak nih … selain minum air byk kena amik supplement. dok baca review mcm mcm.. amik jugak stem cell..hehhe tapi bajet ciput.. makanya nak dpt hasil yang walla.. tu agak mustahillah..  itu yang org ckp istaqomah kena ada kan… heheheh…

Opps sebelum tu.. ada p amik jugak produk kat body shop.. Drop of Youth and  Vitamin C skali. hurmm.. agak slow lah… tak berapa nak memberangsangkan.. Then cuba pulak ROSA – T .. beli kat farmasi.. mcm ada improvement sikit… parut cepat hilang wpun bukan sepenuhnya..

tomato crystall

crystal tomato

Maka akak continue lah journey nak fight pigmentation dengan kwn kwn yg DR. pulak. nak tanya pendapat derang. hurm…  so latest info dari member,  dia suggest TOMATO Crystall.. sapa pernah try? harga boleh tahan weh …. Rm450 untuk satu bulan.. tapi dah boom kat obersea… kalau korang nak tau info lebih..korang gugel jerlah nnt … tapi ada rasa sikit harapan dengan produk ni..entahlah tak tau pasal apa… hehe tgh menunggu ketibaan produk nih .. hanya doktor sahaja yang boleh jual  benda ni yer… waahh.. ada sikit harapan ni…heheh..nnt kita cuba …

Selain dari tu tengah nak cuba produk yang natural nih.. ada member pakai utk eye creamnya sgt bagus.. dari mata panda ke mata yang cantik dah.. alaa.. mata yang ada hitam kat bawah tu..Feedback dari close friend sangat sangat bagus.. so .. tak salah nak mencuba yer dak? JOm sapa nak cuba …. boleh jer try click link ni..  kalau nak cuba beli nnt.

 

okay hari ini Thursday Jul 17, setelah 12 hari try TOMATO crystal… tetiba ada geng opismate ckp .. muka nampak glowing.. JENG.. jeng.. mcm ada ada harapan ni… pastu kakak pulak cakap muka nampak FIRMALAMAKKKKK… ini sudah bagus..

so nnt kita tengok ek.. sebelum and selepas.. kekonon raya nnt boleh lah nampak berseri sikit.  🙂

Nanti akak update tau… tungguu

7 Comments

  1. lisa November 12, 2016
    • azni November 12, 2016
  2. lisa November 13, 2016
    • azni November 14, 2016
      • lisa November 15, 2016
  3. wati July 21, 2017
    • azni July 21, 2017

Leave a Reply to wati Cancel reply

CommentLuv badge