Photoshoot raya #kbba 2017

Kecoh!… sangat kecoh… Memang feel macam nak sambut raya sangat dah.  Heheheh itulah pengalaman bila berjumpa dengan semua ahli kelab blogger ben ashari  atau lebih dikenali dengan  #kbba9 sempena photoshoot baru baru ni. Keterujuaan kita orang ni semua sebab akan shoot di Muzium Warisan Melayu UPM dan juga gambar2 we all semua akan di ambil oleh photographer yang terkenal pulak tu, Wan Izhar.  Mau tak kecoh!!

Yelah walaupun semuanya blogger, tapi jarang dapat berada di hadapan tabir, selalunya we all inilah bertindak sebagai orang dibelakang tabir  untuk membantu promosi event dan produk.  Sesiapapa nak buat produk dan event review boleh contact iolss okay…

Founder KBBA. Inilah Ben ashaari yang sado

Sebenarnya kebanyakkan we all ni berhubung dalam alam maya sahaja, dan masing masing hanya mengikuti dan follow blog ahli kelab. Bila ada occasion dan event macam ni lah baru berkesempatan nak berjumpa dan bersuai kenal. Ada yang datang dari pahang, perak… in fact ada di utara dan jugak kelantan. Tapi tak berkesempatan untuk turut serta.

Blogger gegirls yang meletop

AJK yang sempoi

Walaupun begitu, tapi aku memang respek lah dengan ahli kelab member yang lain. Semua sangat ramah dan happening dan pening hahahha. Untuk persediaan antara AJK pula hanya  berkomunikasi melalui whatssapp, ini baru betul dipanggil ahli mesyuarat tingkap.  Semua bertungkus lumus nak pastikan event ni berjalan lancar.  Bukan senang tau. Dari nak dapat sponsor, nak set agenda dan macam macam lagi lah. Aku pun AJK jugak.. tapi hanya mampu untuk siapkan design poster untuk viral. heheh tu jer kelebihan aku. team AJk yang lain memang terbaek.. tq tau uolls.. saidila.. ayu..yanie.. nani , lan, laila and opkos lah Ben sebagai penaung.

Mencari MUA

Aku.. bernasib baik dapat cari MUA pada minit minit terakhir. Lega.. hahaha sebab nak make up sendiri memang kelaut lah jawabnya.  Memang tak reti weh!!! Last Make up pun pada 17 tahun yang lalu. Masa hari kahwin.. giler lama kowt.  Tambah sekarang muka bertambah bolat.. camna lah agaknya gambar nanti. so permintaan kepada MUA.. tolong jadikan muka akak ni kecik sikit yer.. hahahah.. you all boleh intan MUA ni di @byezzaharon

Nak citer pasal baju pulak.. huhuh  baju tak sempat nak cari sponsor. Nasib baiklah dah standby untuk baju raya dari Jakel haha.. lega. Cuma  mmg dah plan nak invest nak cari tudung jer,  Ish.. aku gatai nak pakai tudung DUCK.. so boleh lah pakai sampai hari raya. Al maklumlah mahal.. pakai biar berkali kali yer dak.. nanti event reunion sekolah nanti boleh pakai jugak.

nilah MUA iolls yang meletop.. top top

D day

Fuh haritu hujan kemain lebat dari kul 3 pagi, dah lah tak boleh tidor masa tu sebab batuk kuat. Confirm muka sembab and tak cun ( macam lah cun kan) Seawal pukul 7 pagi ada yang dah sampai. Aku pulak sebab tak berapa sihat badan. hanya sampai kul 7.45 pagi. Sian MUA dah sampai   awal kan.  Padang pulak lecak.. adui camna nih… abih lah kasut iolss…

akak viral laila, kawan sejak 30 tahun yang lalu

So MUA pun mulakan lah acara men-touch up muka aku yang macam monster nih.. sure dia kena touchup abis abiskan. #sisredha. hahah.. tapi.. errr seksa betul rasanya acara make up nih yer.. berlayer layer dan amik masa. Nak citer pasal pakai contact lense , nasib baik lah MUA tu tolong pakai kan contact lense. aku tak reti lansung weh. Lepas tu paling tak tahan hahaha.. pakai bulu mata pelsu tu. rasa macam pakai awning. Mata tak boleh bukak. Rasanya memang tak pernah pakai ..sebelum nih. Masa kawin pun tak pakai.  takpala for the sake of experience. Kita try jer kan.

control .. control.. tapi ni bukan gambar dari wan izhar… ni kamera i jer

 

So, ahli KBBA ni ramai .. yang datang pun hanya sebahagian tu pun dah tak cukup tanah. Nak menunggu untuk ambik gambar pun jenuh, faktor panas tu tak boleh kata apa lah kan . tapi photographer wan izhar tu kemain sabor. Krew nya pun sabor jer. Senyum jer dia. Kita orang pulak yang cakap. cukup ler setakat 3/4 keping gambar. tapi ini berkeping keping. Terus terpikir ..errr patutlah gambar yang aku amik tak lawa sebab tak sabar hahaha..  hehe balik terus godek IG dia.. rupanya dia yang ambik gambar album stacy tu.. perghh mantop.

Harapan aku agar gambar aku pun mantop nanti walaupun wan izhar kata aku ni agak keras dan ganaih heheh.. aku tau dia lawak jer.. Iols kan “RAWK”  Tapi nak buek camno.. dah umor 43 baru meraso nak posing..  Eh.. jap jap.. lupa.. dulu aku   pernah lah kuar newspaper cover depan lagi tau…heheh so pernah lah jugak.. tapi Ganaih is my DNA… so keras and kayulah jadinya.

 

acah acah bersalaman

 

Makanan yang disediakan katanya superb… tapi disebabkan aku letih and panas so cari ayaq sirap jerlah… tak boleh nak makan.itu memang peel aku dari dulu .. termasuk lah p travel. katanya masak lemak rebung tu mmg UMPPH! .. uihh.. rugi rugi.. bila tengok gambar derang makan siap bersimpuh berbaju melayu… I is JELES.  hahaha..

 

Insyallah nanti ketemu lagi  dari jamuan raya pulak yer….

13 Comments

  1. ema April 26, 2017
    • azni April 26, 2017
  2. rozita April 26, 2017
    • azni April 27, 2017
  3. Afiq Halid April 26, 2017
  4. Mama Kembar 3 April 26, 2017
    • azni April 27, 2017
  5. anazarin April 26, 2017
    • azni April 27, 2017
  6. Shazillahsani April 27, 2017
    • azni April 27, 2017
  7. mas saari April 27, 2017
  8. Nany April 30, 2017

Leave a Reply to Afiq Halid Cancel reply

CommentLuv badge