Pertama kali cuba Sport massage

Kalau ikutkan nama Sport Massage ni mulanya aku bayangkan hanya untuk orang yang terlibat dalam sport atau sukan sahaja. Sebenarnya tidak. Sport Massage sesuai untuk semua orang. Tetapi istimewanya kita akan  diurut oleh mereka yang terlatih dan mendapat bimbingan professional. Tidak seperti urutan tradisional. Jadi untuk korang mencari sport massage in kuala lumpur, boleh lah tuju terus ke PRO M Sport Massage & treatment ini.

Hati  aku ni memang tertarik dari dahulu lagi untuk mencubanya tapi tidak tahu dimana. Maklumlah aku and abam memang suka kalau aktiviti-aktiviti massage ni. Pantang kalau travel kemana mana kami suka mengunjungi dan mencuba massage yang disediakan di hotel-hotel.

Sport Massage

amboi kemain abam menikmati massage

Selain dari itu, mungkin disebabkan percubaan kami untuk mendapat zuriat dahulu  telah membawa kami beberapa tempat untuk mengurut.  So itu yang membuatkan kami berani, Heheh macam macam kami dah cuba tau, Ikhtiarkan namanya.

Sehinggalah sekarang walaupun dah berjaya mendapat hero kecik tu, amalan mengurut tu macam satu kemestian sekiranya aku rasa badan agak keras atau tegang.

Hampir 12 tahun aku setia dengan kakak urut yang berdekatan dengan rumah aku ni. Kadang kadang kalau jadualnya penuh aku pergi kemana mana massage center dari china yang banyak di Puchong tu.

Kali ini setelah mendengar cerita dari rakan berkenaan sport massage ni aku memang tergedik gedik untuk mencuba. Jadi kalau aku kata best, haa memang bestlah.

Apakah sport Massage

Ia adalah sejenis urutan yang melibatkan manipulasi tisu lembut  dalam tubuh badan manusia.  Tisu lembut adalah tisu penghubung  ke tulang dan tulang rawan; ia termasuk kulit, otot, tendon, ligamen dan fascia (satu bentuk tisu penghubung yang melengkung dan memastikan tisu lembut yang lain).

Sport Massage ini akan membantu dalam membetulkan masalah dan ketidakseimbangan dalam tisu lembut yang disebabkan oleh aktiviti fizikal dan trauma berulang.

Kebaikan sport massage yang dibuat sebelum dan selepas senaman, dapat meningkatkan prestasi, pemulihan bantuan dan mencegah kecederaan.

sport massage in kuala lumpur

Masa yang tepat untuk ke Pro MMR Sport Massage

PRO massage ni terletak di Bandar Tasik Selatan, memang berdekatan dengan ofis dan rumah aku. Akhirnya setelah 2 kali tertunda kami berjaya juga mendapat slot temujanji. Bukannya dari pihak Pro M tapi kesibukan masa kami yang tak mengizinkan. Jadi sebaik pukul 9 malam 2 massuer telah bersiap sedia menunggu kami. Jadi korang boleh suggest untuk kawan kawan yang mencari sport massage in kuala lumpur

Kebetulan aku tengah ikut program  #fitsuperb5 di bawah selian kaptblack, setiap hari isnin dan rabu. Huhuhu hampir koyak rasa badan aku. Abis tu complete dengan squat lah, pumping lah..

Yelah dah 3 bulan aku bercuti dari aktiviti work out memang terasa badan ni hancor hahaha. Yelah Masuk bulan syawal makan tak ingat ingat kan. Haa tu dia jawab.

Jadi tepat sangat bila aku amik keputusan ke sini, Sebaik sampai kami perlu isi borang terlebih dahulu untuk berkongsi sebarang masalah yang pernah dihadapi dengan massuer. Ini untuk memudahkan kerja mereka sekiranya kita pernah ada history accident, patah , terseliuh atau apa sahaja.

Penting tau informasi ini untuk mereka korang jangan hide apa apa pulak .

nurul tengah interview aku masa nih …

Proses urutan bermula sama seperti tempat yang lain, dan aku betul betul  nak faham proses yang mereka akan lakukan. Mungkin disebabkan aku sudah terbiasa pergi massage aku lebih berminat untuk perhatikan teknik urutan mereka. Apakah kelebihan mereka ni.

Hampir sama tapi tidak sama hahaha..aku cuba explainkan nanti.

Sepanjang urutan tersebut masseur yang bernama Nurul ini menerangkan secara terperinci sistem badan kita secara saintifik. Membuatkan aku lebih memahami sistem badan dan bagi aku amat menariklah.

Katanya badan kita ni terdiri dari 3 lapisan. Surface, pertengahan dan dalam.  Cara dia mencari bahagian sakit tersebut bagi aku sangat special dan memang terasa perbezaannya. Terutama dia bahagian upper body atau lebih spesifik untuk bahagian belikat yang telah di demo kepada aku. Memandangkan nature of work aku yang sentiasa mengadap komputer  plus juga aktiviti separa lasak yang selalu aku ikuti, maka lojiklah kawasan tersebut lebih rasa sakitnya.

Sepertimana urutan tradisional selepas urutan badan kita akan diregang regangkan. Abis semua dikepakkan badan kita ni. Tapi kali ini amat berbeza. Tidak sama seperti urutan tradisional dan shiatsu. Memang sedap sangat. Kalau nak tahu korang kena pergi rasa sendiri. Serius aku nak suruh korang rasa.

sport massage in kuala lumpur

Sport Massage Berbeza dengan fisioterapi

Expectation  aku pada mulanya  seperti fisoterapi yang aku pernah pergi di SJMC untuk kes sakit ketumbuhan lump tetapi hehehhe aku dirujuk kepada bahagian ortopedik.. Pelik sungguh aku rasa pada masa itu dan yang paling tak tahan pulak DR. tu suruh aku attend fistioterapi pulak, macam tak kena but good things kalau tak aku pun tak tahu fisioterapi tu bagaimana.

Jadi,  sambil sambil mengurut  dengan Pro M sport massage aku sempat bertanya beberapa soalan dan aku baru perasan fisoterapi ini banyak menggunakan alat sampingan sekiranya kita berada didalam kesakitan. Atau lebih dikenali dengan teknik “pain management”. Berbeza dengan sport massage.

Kalau ikut dalam bidang sport massage ini normally ada pre massage, post massage dan juga penyelanggaraan. Selalunya Ahli sukan selalunya akan melalui proses2 ini terutamanya sewaktu tournament. Katanya kita masih kekurangan lagi di negara kita.  Pro M juga sering dijemput oleh majlis sukan negara sekiranya ada tournament besat seperti sukan Sea baru baru ini. Jadi sport massage ini diyakini dapat meningkatkan prestasi, pemulihan bantuan dan mencegah kecederaan.

Yelah kalau lihat mereka yang dalam tournament tidak berhenti pusingan perlawanan. Kita tengok pun naik letih. Maka pastinya urat2 mereka tegang dan stress.

Kesemua masseur ni bagi aku  mereka juga boleh dikategorikan bidang professional. Kesemua mereka ini memang telah mengikuti program akademik dah terlatih. Bagus kan. Aku rasa dia orang semua  ini ada future, dan akan berkembang dalam beberapa tahun lagi.

Nak Ulang lagi ke Pro M Sport Massage?

Of course,  kalau ikutkan kata husband aku nak pergi tiap bulan. Puas sangatlah tu. Sebab sebelum ni dia agak skeptikal untuk mencari tukang urut katanya. Berbeza dengan aku yang memang ada tukang urut tetap. Tapi macam aku sendiri pun agak tertarik dengan servis mereka sebab mereka sangat tahu anatomy badan kita. Memang rasa confident sangat sangat.

Jadi kalau korang pun berminat untuk pergi boleh cari mereka disini.

Pro MMR Sport Massage

Facebook: PRO M – Sport Massage & Treatment
Instagram: pro_m.sportmassageandtreatment
Alamat: No 20-4 jalan 3/146, Metro centre, Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 012-3992109

Waktu Operasi:

Isnin hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga 10 malam

PRM MMR akan buka cawasangan di Pusat Akuatik Bukit Jalil pada 9/10 nanti. haaa lagi senang korang yang selalu berjogging di kawasan ini boleh jengah disini. Stay tuned,, nanti akan diupdate dalm IG dan FB mereka.

12 Comments

  1. Mama Kembar Tiga July 23, 2018
    • azni July 23, 2018
  2. mas saari July 23, 2018
  3. shark July 23, 2018
    • azni July 24, 2018
  4. Saidila Rahman July 23, 2018
  5. TATI MANSUR July 23, 2018
  6. ai July 24, 2018
  7. Nadia Johari July 24, 2018
  8. Dorsett Pink July 25, 2018
  9. Qaseh July 25, 2018
  10. spinal solutions July 29, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!