Endometriosis dan zuriat masalah yang sering menghantui wanita

Endometriosis dan zuriat

Perempuan penuh misteri, begitu juga dengan kisah penyakit. Unutk orang yang tidak bernasib baik macam aku ni , penyakit Endometriosis dan zuriat merupakan isu paling besar dalam hidup aku,

Mungkin ada kawan2 yang tahu, betapa struggle nya  saya untuk mendapatkan Hero sorang tu.  setelah 8 tahun berumah tangga barulah dimurahkan rezeki untuk punya zuriat sendiri.  hurm.. nak citer bab kesusahan tu sebenarnya dah lupa bila jer si hero ni muncul.

Sebenarnya apa yg saya nak share dekat sini, sekiranya ada adik atau anak sedara  atau kawan perempuan yang menghadapi sakit period pain ini jika berlarutan bawak bawaklah berjumpa dengan Dr pakar. Kesilapan saya dahulu, saya ingatkan period pain ini adalah biasa jer.. tak payahlah nak heboh heboh.. mcm dah kira suratan takdir yang harus diterima oleh kaum wanita. Sebenarnya TIDAK!!

Setiap kali datang bulan, kadang tu sampai cramp dari kaki hingga bahagian pinggang. saya ni dok bayangkan ini adalah lumrah or biasa jerlah kan. disebabkan susah untuk mendapatkan zuriat setelah mencuba beberapa tahun, so saya pun teruslah berjumpa dengan pakar O&G yang terkenal prof. hamid arshad. SAH.. saya mengalami sakit endometriosis yang akhirnya mengacau sistem penanakan saya dimana telah terbentuknya “spider web” yang akhirya telah mengecilkan saluran falupian dan kawasan sekitarnya.

BACA : 15 tips ikhtiar dapatkan zuriat

Saya akui lifestyle saya yang terlampau sempoi.. makan tak tentu masa.. makan main hentam sahaja.. err.. dulu saya peminat jeruk yang dlm bekas air kuning tu.. siap hirup lagi. Muda muda lagi senang sgt berangin .. dan sakit kepala. ish ish.. mmg teruk.. so kalau boleh hindarkan lah makanan yg macam tu.  mmg tak bagus.

Bermulalah ikhtiar untuk dapatkan zuriat

So atas nasihat dr. saya pun menjalani laproscapy.. untuk betulkan rahim yang kebelakang dan juga endometriosis.. Mmg selepas tu saya rasa kurang sakit. rasanya tu pada tahun 2001. kemudian pada tahun 2003, masa nak kalut pindah rumah baru tu.. saya kena serangan sakit endometriosis yg punyalah sakit.. masa tu tengah bershopping di bukit bintang.  Ya Allah punyalah sakit. rasa perut ni kena tumbuk tumbuk.. so pada masa tu hospital yang paling dekat adalah Gleaneagles… sah saya kena serangan endometriosis.. bila dibuat scan.. haa. tu dia.. ada kolam darah dalam perut… punyalah besar.

Endometriosis dan zuriat

sistem peranakan perempuan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Endometriosis untuk kes saya ni.. dimana tisu2 endometrium di hasilkan di luar rahim.. sepatutnya di dalam rahim.. ia terbentuk dan menunggu telur disenyawakan.. heheh betul ker ayat ni.. hurm.. lebih kuranglah.  so sekiranya tidak berlaku implantation so ia akan gugur sebagai darah period.  Jadi bagaimana dengan luar rahim?? haa.. kan takde saluran nak keluar.. so terbentuklah darah kotor dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman dan of courselah sakit.. 🙁 so kali ke2 saya menjalani laproscapy ni… tapi kali ni teknik laser pulak.. so takdelah parut sangat.

Setelah balik dari umrah pda 2005, alhamdulillah saya sah mengandung.. tapi.. kegembiraan tu tak lama.. kes luar rahim pulak… haishh.. susahkan nak dpt anak.. kes budak budak dok buang buang  anak pulak suka hati sahajakan..  haa.. sakitnya rasa nak pecah perut ni.. atau dengan lebih tepat satu bahagian badan lah. rupanya tak semua dr dapat detect kes luar rahim ni. Pada mulanya saya ni dah lewat period.. Kebetulan masa tu nak dapatkan Dr. hamid arshad tak dapat slot so saya rujuk kepada dr. lain di hospital pantai. Unfortunately memang tak nampak 2 line tu. So saya balik  jerlah rumah. malam tu saya kena serangan sakit yg amat sgt.. saya hanya yakin pada prof. hamid arshad sahaja. Nasib menyebelahi saya.. saya dapat jumpa dengan prof hamid. dan mmg saya amat terhutang budi dengan kawan saya tu sehingga hari ni.. TQ  kak nini.

Okay back to my story… prof hamid terus spot luar rahim and terus buat operation hari yang sama. owh.. rupanya kalau terlambat, nasib saya ni entahlah… huhuhu wallahualam.. boleh bawa mati rupanya.. so terpaksalah buang janin tersebut.. dan saya mmg dah sedih sbb selalunya kes luar rahim mcm ni salur fallopian kena buang. tapi .. alhamdulillah.. prof.hamid sekali lagi berjaya menyelamatkan fallopian saya so chances untuk concieve akan masih tinggi.

Selepas proses pembuangan endometriosis dan lain lain.. mmg setiap kali dtg bulan saya dah tak sakit lagi.  malah kadang kadang tak sedar. so  kalau ada sapa2 yg punya simptom yg sama seperti saya ni.. better ambil tindakan yang sepatutnya yer..

Macam macam penyakit perempuan

ha.. ini baru citer Endometrios.. belum andomyiosis.. pCos .. and lain laina.. uish byk byk.. kalau betul betul nak tahu.. rajin rajinlah lawat blog prof hamid arshad. http://hamidarshat6.blogspot.com/ banyak info info yang boleh dipelajari.  Memang ada kaitan Endometriosis dan zuriat.

Akhirnya terjawab

So kisah atau journey saya tidak terbantut di situ sahaja.. actually it was a good sign yang mmg saya ni boleh mengandung. so selepas tu sayacuba jadi org yg stress free.. positif, dan terus berubat lah baik yang tradiosional dan moden.  akhirnya pada 2/7/2008 bersamaan tarikh hari jadi mr. asben.. saya disahkan mengandung.. dan pada 1st march 2009 lahirlah muhammad Iman rifqi. dan sekarang saya masih mencuba untuk mendapatkan yg kedua. Mungkin faktor umur yang nak masuk 4 series ni mcm agak susah.. tapi.. takpalah.. kita cuba juga… kesian pulak tgk iman takder kawan kan.   Moga usaha saya ni dapat termakbul tahun hadapan. AMIN

 

4 Comments

  1. Qider October 25, 2013
    • azni January 3, 2014
  2. Sohoque May 27, 2016
    • azni May 30, 2016
  3. Pingback: rawat pigmentasi dan melasma October 25, 2017

Leave a Reply to Qider Cancel reply

CommentLuv badge