Nak buat Penangguhan bayaran PTPTN, kenalah kemaskini maklumat dahulu

Penangguhan bayaran PTPTN

Hai.. untunglah korang yang membuat pinjaman dengan PTPTN. Hari ini 16 julai Pihak PTPTN secara rasmi telah memaklumkan  bahawa mana-mana baki peminjam dibawah gaji RM4000 sebulan boleh buat Penangguhan bayaran PTPTN di sini… ( iyer… klik lah link sebelah ini tapi korang bacalah dulu apa yang nak cakap di bawah).

Tapi dengan syarat setiap peminjam mestilah update atau mengemaskini maklumat penting sepert alamat, nombor telefon dan jugak emel.

Agensi seperti Kementrerian kewangan , LHDN dan KWSP juga akan membantu dari segi perkongsian data antara mereka untuk memudahkan lagi proses berkenaaan.

Betul lah kan, kalau tidak mana mungkin data tersebut boleh di ‘sync‘ kalau maklumat wajib tersebut tidak dikemaskini.

UPDATE 23 july 2018 ; tidak tahu kesahihan news inj. Terkini peminjam boleh dijadikan muflis pula jika gagal bayar satu hari nanti. Baca dicapaian ini. Klik sini

Secara logiknya IC hanya ada satu untuk setiap orang so boleh lah trace kan,  melainkan ia telah digunapakai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penangguhan bayaran PTPTN

Cuma sekarang mereka menghadapi masalah untuk ‘sync’ semua data disebabkan oleh hak privasi kita. Aku pun tak tahu macam mana dia orang nak handle isu macam ni. Susah jugak tau kalau tak boleh akses.

Melainkan  dalam PTPTN tu ada ‘input form’ yang boleh masukkan maklumat gaji terkini dah disahkan oleh pihak kwsp. Dah jadi kerja pulak dia orang nak update sistem nih. Tak gitu?

Aku cakap ni, sebab aku tahulah tidak semudah yang orang nampak. Sebab aku bekerja dalam environment IT ni.

So first thing first, pergi lekas update info tersebut kerana korang hanya ada masa sehingga tarikh Julai 25 sebelum ianya di audit oleh pihak PTPTN.

Seiring dengan jaminan 100 hari manifesto PH (Pakatan Harapan), PTPTN akan membenarkan penangguhan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan

Tapi aku nak korang fikir

  1. Bila korang akan mula bayar kalau ada tawaran penangguhan macam ni ?
  2. Kalau 10 tahun gaji tak naik RM4000 macam mana?
  3. Kalau korang tak kerja sampai bila bila nanti macamamna ? sebab ramai perempuan jadi full time housewives kan.
  4. Setuju tak kalau korang tak bayar, anak korang nanti pun tak layak dapat loan PTPTN nanti? – aku setuju sangat. Barulah adil
  5. Korang tak takut bab hutang ker? korang berhutang dengan semua rakyat malaysia tau. Jenuh nak cari sorang sorang di akhirat nanti.
  6. Korang jangan samakan dengan negara Europe yang ada education free sebab sana tax tinggi ya amat. boleh sampai 40%  potongan gaji korang.

Macamamana pun aku paham keperluan sesetangah korang yang perlu travel ke luar negara untuk urusan kerja, Jadi tersekat pulak.

Tapi sangat tidak patut kalau korang boleh habis beribu untuk travel tapi hutang tak bayar. Hutang ni melibatkan progress development negara kita dan untuk anak anak cucu cicit kita tau. So Jadi lah warganegara yang bertanggungjawab okay.

Entri aku sebelum ni aku ada share pasal satu couple ni travel ke oversea tapi disekat oleh pihak imigresen dan meroyan di FB. sumpah bagi aku rasa kelakar ya amat! boleh pulak settlekan hutang berpulung ribu sebelum FLY.

Banyak cara yang aku tahu untuk korang speed up hutang ini. Mula mula korang pergilah tukar sistem ujrah dengan interest yang lebih  rendah. Kalau tak ada duit sangat paling kurang RM 50 sebulan pun okay, janji hutang tu berjalan.  So apa lagi pergilah ke portal PTPTN

Atau korang boleh tengok brader ni share di youtube cara nak selesaikan hutang PTPTN dengan pantas. Sis nak tolong sampaikan jer

4 Comments

  1. Ema July 18, 2018
  2. ayunieramli July 22, 2018
    • azni July 22, 2018
  3. adranathrex August 13, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!