Peek A Box membawa dunia kecantikan dengan cara yang lebih istimewa

Korang suka surprise tak?  Kalau dah namanya perempuan opkoslah suka kalau bab bab surprise macam ni. Tipu lah kalau tak suka. Tambah-tambah pula dari orang yang tersayang. Macam familiar jer bunyi  Peek A Box kan?

yerlah kita selalu acah anak kita dengan ayat “peek a boo.. cak” haa gitu.

Opps sebelum tu, Terima kasih sekali lagi kepada Kelab Blogger Ben Ashaari yang bukan sahaja membawa Bengkel Personaliti diri bersama azie sam tapi turut menjemput Peek A Box untuk membuat surpise kepada kami pada hari tersebut.

Sebenarnya aku lah yang selalu acah iman macam tu dulu sbb ada beli satu buku cerita ‘peek a boo’.  So Ayat ni  memang sangat bermain – main  dalam kepala aku.

Jadi bila syarikat peek a box memperkenalkan konsep ini kepada kami, jelas sangat muka keterujaan kawan kawan semua. hahah tak kira lah mak budak atau tidak.

Contohnya aku dan kawan kawan semasa bengkel ini … sewaktu kami diberikan kotak tersebut dan diberi count down untuk membukanya terus kedengaran…“waa….” wooo….” ” bestnya”…”fuyoo…”

Semua teruja dan senyum meleret.

Peek a box telah bertapak lewat tahun 2016. dan memulakan penghantaran seawal Januari 2017.  Aku summarize kan apa yang aku faham pasal Peek a box ini.

Apakah Peek A box

  • Kotak Kecantikan
  • Packaging yang menarik sesuai dijadikan hadiah
  • Menawarkan barangan kecantikan 4 hingga 5 produk dalam masa yang sama
  • Penghantaran terus ke rumah.
  • Berkonsepkan majalah mini, informasi produk juga diselitkan dalam kotak tersebut
  • Nilai barangan hampir RM150 tetapi boleh dibeli dengan harga RM59.00 sahaja
  • Setiap bulan, barangan kecantikan adalah berbeza
  • Juga menawarkan pakej langganan.

Konsep Peek A box yang sangat menarik

Mungkin aku yang terlewat dalam pendedahan Peek A box ini. Tapi bagi aku yang pernah mempelajari subjek advertising dan marketing di zaman Universiti dahulu terus merasakan apa yang kami pelajari dulu telah obsolete. hahaha. Seriously!

Sangat Brilliant lah idea ni.

Konsep marketing ini  bagi aku adalah alaf baru. Ianya satu medan dimana win win situation antara pengguna dan pengeluar. Produk diiklankan dalam sebuah kotak Peek-A-Box, kita sebagai pengguna dapat merasai, melihat dan lebih tepat merasai pengalaman sendiri untuk setiap satu produk yang diletakkan dalam kotak tersebut. Dan of course dengan harga yang sangat menarik hanya RM59.00. 

Peek a box

harga langganan mengikut pakej plan

Sangat berbaloi untuk kita sebagai pengguna untuk melanggan  Peek A box ini sebab nilai barangan tersebut boleh mencapai RM150.00.  Jadi sekiranya kita telah mencuba dan memakai beberapa barangan tersebut dan kita happy pastinya kita akan terus membeli produk tersebut kan? So untung lah pihak pengeluar sebab telah mendapat pelanggan setia secara tidak lansung

Jadi aku suggest korang intai intailah IG  Peek a box dia orang ataupun promosi yang sering diadakan dibeberapa marketplace seperti di shoppee.  Kadang-kadang mereka sering memberikan teaser melalui IG mereka. hurmm kind of interesting kan. You never know apa yang akan dapat nanti. Memang surprise. tadaaa….

Jadi untuk korang yang selalu kekeringan idea untuk membelikan hadiah untuk sidia atau BFF aku suggest korang cuba langgan sekali. Confirm teruja.

DIY Bersama Peek a box

Peek a box juga meletakkan kecantikan itu sangat serasi dengan wanita. Mereka telah mengadakan satu sesi DIY untuk membuat face mist dan Lip Balm

Laa.. senang rupanya. Seriously senang.

Betullah kata orang, kalau nak cantik dan nampak presentable kata kuncinya adalah RAJIN!

DIY face mist

  • Drinking water , Rose Water , Honey , Essential Oil
  • Campur kan Rose Water bersama drinking water , masukkan madu dan essential oil
  • Sukatan drinking water  kena dua kali ganda dari rose water yand di letakkan

DIY Lip Balm

  • Cocoa Butter , pewarna , vaseline , air mendidih , madu
  • cairkan cocoa butter tu dulu dalam air mendidih , tambag sedikit vaseline , boleh letak pewarna atau  madu sahaja pun boleh .
  • Pastikan Sebati kemudian biarkan ia sejuk dan keras.
  • Boleh di bawa kemana sahaja.

Tutorial Make up dan Hijab MUA Khai Azwan

Dari seorang photographer akhirnya menjadi MUA. Sangat menarikkan! Aku  pernah attend beberapa kali kelas Make up ni. Tapi tak pandai pandai jugak .. hahaha. Tapi boleh lah adalah improve sikit. Adaalah  pandai juga kalau banding dengan dulu.

Khai  Azwan cakap yang penting practise.. practise practise. Barulah dapat perfect. hehehe aku p opis pun make up light light sahaja.

Yang penting bagai aku adalah bab penjagaan muka. Prep sebelum make up.

Peek a box

cantik je brush tersusun

Tips yang di kongsi

  1. Prep sangat penting untuk elak muka rosak, elak foundation masuk ke dalam pori pori.
  2. Prep termasuk serum, moisturizer dan primer
  3. Pastikan pakai sunblock
  4. Pemilihan Foundation amik code yang agak gelap sikit dari kulit dan powder cerah
  5. Make up mulakan dengan bahagian kening
  6. Kemudian mata  untuk elakkan eye shadow berterabur selepas pemakaian foundation
  7. Pemakaian concealer penting untuk menutupi parut dan jerawat
  8. Brush pastikan ada beberapa jenis, paling kurang 2 wajib ada.
  9. Pastikan Brush sentiasa di basuh

Model yang pada hari tersebut memang mempunya feature yang sedia ada molek. Dari bentuk mata, pipi dan semuanyalah . Memang seronok tengok khai mengoleskan warna warna ke muka model tersebut. Nampak senang sangat.

Kalau aku hahah.. agak tersekat sekat rasanya.  Katanya konsep yang di kongsi pada hari itu ala ala have have. Dan aku lihat penekaanan di buat  pada mata dengan kaler rona gold. Lipstick yang di gunakan pun senang cantik warnaya. Ala nude tapi sangat natural.

Takapalah.. nanti kita cuba try test jugalah. Tapi paling tak tahan, khai pakaikan model tersebut dengan tudung bawal. Alahai.. lilit-lilit je dah jadi molek.  I is jeles dengan skill yang dia ada .

Korang boleh follow khai azwan di IG dan Fb.

So apa lagi… cepat lah langgan Peek A Box tu… Aku pun plan nak belikan hadiah untuk kawan nanti.

7 Comments

  1. Nina Mirza July 30, 2018
  2. Eyqa Hasnan July 30, 2018
  3. Nadia Johari July 31, 2018
  4. Dura Norell July 31, 2018
    • azni July 31, 2018
  5. mas saari July 31, 2018
  6. qaseh August 2, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!