Osemnya Kedai sukan Decathlon Malaysia

Dapat jugak jejak di Decathlon Malaysia

Sejak dua menjak berusaha nak kurus nih,  atau ayat sebenarnya semenjak dah tembam hahah…, aku ni  dah pandai dah berjinak jinak dengan barang sukan. Tapi aku rasa sebab abam KJ lah promote  #healthylifestyle baik punya..hik hik… eh betul apa .. cuba tengok sekarang, semua rakyat kita dah pandai nak bersukan, berbasikal. Cuba korang p taman memana sekarang ni.. ramai kan orang bersukan. I lap u lah abang KJ .. Postive Vibe. Bila Decathlon Malaysia dah viral, mau hati aku tak tergugat… huhuhu..

Dalam group wassap mesti terselit pasal bab healthy lifestyle. Baguih dah orang malaysia nih.

So now aku nak citer pasal barang barang sukan aku yang  dah masuk dalam wish list. Tapi aku nak buat pengakuan sebenaranya dulu aku ada dah barang sukan, tapi main tangkap muat. dah lamaaaa sangat, tapi setengahnya hahah tak pakai sampai rosak pun ada.. hot hot chicken shit. so bila berat badan dah naik 61.5kg maka kelam kabut lah aku cari barang barang sukan yang baru untuk bersesuaian dgn aktiviti sukan aku nih .

Aku bebetul serius nak bersuka sejak sejak aku masuk  program NECK (under shaklee) yang aku follow tu hanya buat di rumah tapi  sepatutnya sports gear ni  tak boleh lah main tangkap muat. Untuk pengetahuan korang aku main pakai jer kasut yang untuk running untuk indoor aktiviti. Bukan apa takut sekerat jalan, takut jadi seperti sebelum ini.

Jadinya list barang barang yang aku aim nak beli banyak weh.. huhuhu cuma Ogkos nak kena pikir jugak. So barang yang aku aim tu salah satu nya kasut lah. Walaupun  dah ada kasut adidas yang aku beli kat US dulu dengan rega rm130 tapi macam aku cakap kat atas tu untuk acara lari lari gitew… maka cik abam kita pun kesian kan kita sebab setiap kali nak work out dekat rumah, kenalah basuh kasut tu dulu.. letih taww…

 

 

Bukan apa .. kalau ada sports attire yang betul .. barulah rasa confident and dapat feel, penting untuk terus istiqamah dalam aktiviti macam nih… orang perempuan ni berat bontot kut. payah benor nak bersukan .. amacam..?? alasan kuat dak untuk kita nak p shopping barang sukan dekat Decathlon Malaysia..

So dapatlah bodek abam kita ke Decathlon Malaysia. heheh nasib baik abam kita ni jernih support segala aktiviti riadah.  Bagi abam pula, sukan ni salah satu cara untuk aktiviti family, almost every week we all akan p putrajya.

Okay nak citer masa perjalanan nak pergi Decathlon Malaysia. We all ikut waze jer tapi sampai salah jalan sebabnya  kalau uolls dari damansara kena cepat-cepat U turn dan cepat cepat masuk kiri.  haa tu jer tak best dari segi akses jalan ke sana. Sampai we all kena patah balik ikut jalan lain. Geram tul, dah lah situ tengah ada construction, sampai kena hon dengan orang lain lah sebab salah jalan …tapi ..yang selebihnya pengalaman yang osem.

Baca : Bila last korang buat full check up

Lokasi Decathlon Malaysia

Decathlon Malaysia ni terletak dekat bandar sri damansara , on the way nak p tol sungai buluh kalau korang dari ikea atau selayang. belah kiri yer.

map ke decathlon

Sampai sampai jer t parking kat depan tu tengok orang dalam kedai mak aih.. beratur paanjang. Barang barang kat rak pun macam dah kurang. Giler ramai orang. Tu belum lagi hiruk pikuk budak budak nih melompat lah… main pingpong, main badminton.. hura hara tul jadinya…

Osem tul kat #decathlon rasa nak beli semua benda..

A photo posted by azni (@azni) on

Kualiti barang di Decathlon Malaysia

Kalau ikut pemerhatian aku, barang barang kat sini memang berkualiti dan harga yang berpatutan. Aku bukan kena bayar pun promote ni tapi tapi sebab aku suker .. ahhaha…

Boleh beli sports bra dengan murah… jenuh dok survey kat 11street aritu .. tapi sebab tak dapat pegang and feel so memang tak terbeli… so mai kat Decathlon Malaysia ni.. haaa amik ko.. macam macam ada….. boleh rasa and test lagi

Baju baju dia banyak made in Turkey.. and bukan China made… and also imported from France.

Memang banyak pilihan, masa tulah aku baru tau jenis jenis baju yang sesuai dengan aktiviti lasak. kalau untuk indoor macam yoga and zumba kena kain yang light2 and soft gitu.. kalau p outdoor material pun berbeza.  Boleh kata brand yang ada tu memang tak berapa kenal tapi nampak kualiti.

Untuk baju baju sukan, aku sebat jer… sebab aku pegang soft .. asal sedap mmg best aku sebat

Untuk kasut ni susah sikit. sebab kebetulan aku memang cerewet bab kasut.. hahaha so tak berani beli . Baju swimming budak budak .. murah weh … geram jer. Sebab ssebelum ni beli untuk iman ogival satu pasang pun dekat rm100. yang ni boleh dapat RM60 kut.

Apa yang aku beli di Decathlon Malaysia

  1. Seluar zumba
  2. Baju Zumba
  3. sport bra
  4. headscarf
  5. tali skipping
  6. Bag yg kecik boleh jadi besor
  7. training mat
  8. towel untuk swimming
  9. tempat simpan gogle
  10. Beskal Iman

 

Beskal iman ni made in france. siap boleh test, and pusing pusing area situ. Riuh rendah budak budak nih … aku pulak siap takut benda ni rosak. Tapi staff situ bagi jer bebudak ni main..

Satu lagi baju winter pun macam murah… ish murah lah semua .. definasi murah ni compare dengan butik sukan yer… bukan dengan giant… murah bagi aku juga dari segi kualiti dan harga yang dikenakan. So berbaloi baloi… untuk orang bajet ada ada macam aku .

Confirm ada datang lagi, kena tunggu tabung penuh balik hahahah..

Add Comment

CommentLuv badge