Next destination…. Jakarta

rm380 ticket Flight AA for 3 persons?  Okay dak? Boleh sgt lah kan..And then 1 month before fly baru sedar kena bayar airport tax indo terlebih dahulu. Rm50 per person. Rasanya sebelum ni kena bayar kat airport shj, but this time kena byr siap2.

I mmg blur pasal jakarta.

5 kali sudah sampai di bandung, tp kurang hati nak sampai ke jakarta ni.. Entahlah. Maybe sbb byk dgr macet macet. Tp adalah buat research sikit2.. Yg pasti tanah abang top of the list.  Mangga dua, sendayan mall ..  tapi …Tu semua tempat soping.

Walaupun dah 5 kali ke bandung i x pernah sampai puncak, dok dgr org cerita safari park. ingatkan mcm zoo negara sahaja. katanya boleh bergambar dgn harimau and org utan. Itu jerlah yg tau pun. So setelah buat research sikit sebanyak? hubby decide yg kita kena tidor di puncak kalau x mau tempuh jem. So mission mencari hotel di puncak 2 weeks before berangkat ke sana.

I think we all dah buat decision yg terbaek. Sampai jakarta aja.. Adoh pening . Mujor we all hire  pak supir. Oh… citer pasal pak supir ni.. heheheh  pak supir pulak we all hire 5 days sblm ke sana.. Selamba rileks. Konon nak p naik train lah.. Amik baslah. Nak adventure konon. Tp oppss lupa ada hero kecik. Hehehehe. So we all amik pak supir ni dr blog. Namanya pak rido. Org nya putih n segak n kemas, not a typicall pak supir.  Okay thanks to whatssapp, our communication sgt smooth. Sampai airport pun ada wifi. Yang senang gitu. dan dia bukan islam.. tapi baek bangat!!

We all terus menuju ke bogor sbb kononnya dgr kat situ pun ada factory outlet seperti di bandung. Ni kes tak puas tak  dpt ke bandung lah ni. And, owh ada juga masakan padang simpang raya. Sampai aja di bogor kelaparan n terus makan nasi padang tu. Lepas tu jalan2 cuci mata di factory outlet. Yaa mmg macam di bandung. Ada blossom factory outlet juga. Sempatlah bersoping baju 2/3 helai.. Tp baju iman aja yang ada pun.

Lepas tu we all terus naik ke puncak.  Ingatkan sampai sana sejuk or dingin.. Urmm tak sangatlah. We all lepak di hotel parama, booking through booking.com. Urmm what do i feel about this hotel? Hehehe sangat basic. Bilik okay but microwave pun takda. Tp swimming pool ada pulak. Breakfast ada haha tp hanya ada makan dll 2/3 dish shj.

10957129_10152877996127712_6062227785430646306_o

Mlm tu we all sempat jalan jalan sekitar hotel. Bagus jugak.. Maybe sebab kawasan pelancongan so beberapa fasiliti penting ada seperti kedai 24hrs. And then mlm tu we all rasa teringin nak urut pulak, we all amik angkutan ke grandusu resort.. Selain ada massage kat situ, hotwel ni mcm best jerk.. Harga pulak lebih kurang mcm hotel yg we all duduk cuma x der dlm list booking.com. So next time boleh try hotel ni. serius nih.. korang p google hotel ni.. mmg nyaman sgt.

2nd day di puncak safari indonesia

We all sempatlah bg iman seround mandi swimming pool tu. Kang bising pulak x dpt satu hari. Lps breakfast we all jalan2 kat dpn hotel.. Tu diaa mmg berator abis kereta yg nak ke puncak. Macet!

11154652_10152878010987712_7814896712785882605_o

No choice. We all kena lalu jalan yg sama. Pak rido sampai we all terus jer menuju ke safari park. Di pintu masuk, nampak byk org jual carrot, utk bg binatang2 mkn. So we all beli dua ikat dlm 20,000 rp. Sib baik ada kawan kawan yg ckp beli byk2.

puncak safari bogor

selfie ngan rusa uolls

  11134026_10152878008962712_103531560520433421_o

Utk masuk dan drive pakai kereta sendiri ke dalam  park  ni we all kena bayar 140,000rupiah utk dewasa. 130,000 utk bdk2. Oh ya kena bayar utk supir juga yer.  Lepas tu teruslah masuk ke kawasan safari. Haha mcm nak masuk jurassic park pulak. Sbb kita akan bawa kereta masuk ke dalam. Binatang yg mula2 we all jumpa adalah rusa. Hehe kita bg jer carrot mmg binatang tu dtg tp kalau kita turun dr kereta derang lari.. So setiap kawasan akan jumpa binatang yg berbeza beza.. Untalah… Kerbau.. Llama, rusa, kambing. And paling tahan n paling sporting kuda belang.. Haha mampoh tak tahan gelak sbb terbayangkan muka chris tucker dlm madagascar. Asben dpt pegang dia.. Pastu sampai muka masuk dlm kereta okay.. Gigi dia masyallah.. Besor n gross. I pecah perut tgk zebra ni. Kebetulan rakam video, rasa x percaya gelak kuat mcm tu.  tour dengan kereta tu ambil masa dalam 2/3 jam jugak. Lepas tu we all terus gerak ke main center. dekat situ ada food court and gajah .. so masa makan tu adalah bau taik gajah sikit heheh.. tapi view bestlah…silap silap makanan kita dia amik. 11155132_10152878009022712_6530683579993697246_o

Kebetulan masa we all datang hujan agak lebat so susah sikitlah pergerakan. pak supir lah hantar we all ke tempat tempat show. so sempat tgk dolphin show, ish nak habaq mai.. memang terkesima dengan show dolphin ni. pandai sunggoh lah, pastu comel and cute.. siap ada nama tu. sorang tu nama Justin, sorang lagi luna maya.. sorang lagi lupa daa.. masa tgk show ni memang rasa meremang sangat. tak tau nak cakap mcm mana. sebab binatang ni bijak benor.

11154631_10152878009547712_6610778518343324417_o

sebaik abis sahaja abis show ni we all lari naik tengok cowboy show. ikut apa yang hubby baca dalam trip advisor, one of mat salleh punya comment katanya” mula mula ingat biasa sahaja tapi quite impressive”. so we all pun cuba mencari apa yang menariknya itu. communication in bahasa indon.. sound tak berapa best. ada yg tak berapa paham.

tapi  props,setting, effect and pelakong2 best. yang paling terkejut… tikus putih pun pandai berlakon .. caya dak.. mcm tau jer masa bila nak masuk line heheh.. belum lagi itik, ayam, burung helang..acaner tu..impressive.. impressive..

11118983_10152878009787712_7780994953081945799_o
selepas tu we all continue dengan Seal pulak.. kawasan semua berderkatan. best jugak show yang ni… tapi dah boleh agak show mcm mana. next move with tiger show.. pembukaan show tuh ada performance dari penjaga penjaga harimau. siap nari tau.. talented betul derang nih . harimau tu pulak mcm jinak betul. suka pulak tgk. tapi tulah harimau ni jenih tak duduk diam agaknya… bergerak sahaja.

kemudian we all amik kesempatan untuk sembahyang dekat situ. musollah di sediakan. so jangan risau. Masa tu pun dah dekat pukul 5 petang. ada beberapa tempat lagi yang we all tak sempat tengok.  hubby teringin benor nak bergambar dengan baby tiger. tapi pukul 5 petang dah tutup pulak.  takder rezeki.

tulah nak cerita.. satu hari perjalanan di safari bogor ni mmg tak cukup masa. itu belum main lagi dekat tempat permainan yang lain. and mujor iman pun tak mintak.

so we all terus gerak ke jakarta .. seperti yang dijangkakan perjalan pulang mmg akan macet. ambil masa dekat 2 jam setengah untuk smapai hotel di jakarta.

3rd day: Explore Jakarta

we all mmg plan nak ke tanah abang. so pagi pagi dah siap untuk breakfast and makan di sana. dengan menaikit Tut tut atau pun bajak. kos dalam 15000 rupiah. kalau ikut orang hotel katanya 10,000 rupiah sahaja. takpalaa.. halalkan sahja.  sampai di tanah abag.. tu dia.. mmg banyak blok smapat tak tau nak mula mana. orang belum ramai lagi. antara misi utama nak cari lace sprt yang pernah dapat di bandung.  tapi jenuh dok pusing takder. I ni pulak kalau motif berjlan untuk rileks2 mmg terus tak jadi nak bershopping. my wish list nak beli baju renang. sahaja. pusing punya pusing akhiprnya baru pandai. hahahha. setiap tingkat ada bahagian masing masing.  telekung tak minat nak beli sbb prefer yang vietnam version.  kainnya lebih labuh.

11174373_10152878011162712_3743669743839945722_o

so apa yang we all beli, jersey beskal dapat dlm Rm 20-RM25, baju renang dalam RM30, seluar sukan pun dlm RM20-25, gitulah… harga anggaran. lepas tu bila orang dah ramai we all pun pusing.. terus menuju ke sendayan mall untuk lunch. Barang2 mcm di pavilion. so tengok jerlah yang mampu. next,  we all gerak ke ITC sendayan pulak sbb ada koleksi kedai basikal. saja jer mr asben nak survey. kut terlajak murah boleh lah terbeli hehehehe…

basikal di sendayan ITC

4th day : hari balik 

We all tinggal di hotel amaris di thamrin city. rupanya mmg ramai malaysian dok sini sbb berdekatan dengan tanah abang. hotel ni konsep dia mcm tune hotel. so jgn lah letak high expectation. cuma dia sediakan makanan untuk breakfast. berdekatan dengan hotel tu ada nasi padang. dan yang paling penting hehhe baru sedan bawah hotel tu kira mcm pusat dagangan jugak. dapatlah pulun last soping 3 blous yang berharga RM30 satu.. jadilah.. kalau kat mesia dlm RM60-70 kut. dan jugak skirt jeans. bila balik mesia baru tau kat sini murah.. again.. I ni kalau barang byk mm tak reti nak soping .

11154860_10152878013872712_6308487948846813047_o

Berdekatan dengan hotel ni ada perkhidmatan untuk ke airport yang dikenali dengan nama damri. mcm van besar. 40,000 rupiah seorang. setelah bertanyakan pada pak taksi yang we all naik sebelum ni. dia yg advice kita untuk ke airport naik damri. sbb kalau macet harga tetap sama. kalau taksi agro naik nnt buk…  cuma yang tak puas hati damri ni.. aircond tak kuat.. paneh sikit lah. selalunya perjalanan ke airport ambil masa dlam 40mins- 1 hr. tapi kalau nasib tak baik boleh sampai 3 jam. haaa… boleh caya…. cayalah weh.. byk orang kena tinggal plane. sana macet tahap gaban. so we all tak sanggup amik risiko. we all sampai awal. cuma airport jakarta ni tak mcm klia. agak boring lah jugak.. nak jamu mata pun susah.. tempat makan pun tak best.

akhirnya we all selamat sampai kul 9.00 malam waktu malaysia. wajib kalau di klia2.. we all suka makan pastamania.(tiberrr)

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge