Nasi Minyak NOXXA step by step dan terperinci

Kali ini aku nak share cara  buat nasi minyak noxxa step by step untuk first timer, atau orang yang agak was was nak masak menggunakan noxxa. Haa cuba tengok cara cara di bawah yang aku tunjukkan dari mula sampai habis secara details. Aku dapat cara masakan ni dari salah seorang kawan yang terer masak of course laa..

 

nasi minyak noxxa

Image Credit: http://www.ishrynavenue.com/

 

Tujuan aku letak sini hahaha.. untuk aku sebenarnya, sebab blog sendiri ni kan umpama diary, jadi senanglah aku nak refer nanti. Yang penting naiwatu nak masak tu ada.

Jom kita tengok bahan bahan yang di perlukan.

Bahan-bahan untuk nasi minyak noxxa

  • 1 kg beras Bhasmati – basuh & rendam.
  • 1 tin besar Susu Cair – ambil 1 cawan PC sahaja.
  • 1 tin kecil Minyak Sapi / Majerin.
  • 2 sudu besar Air Mawar.
  • 1-2 biji Bawang Besar – di mayang halus.
  • 2 inci Halia                    – hiris halus-halus.
  • 3 ulas Bawang Putih     – hiris-hiris
  • 2 helai Daun Pandan    – siat, pintal & simpul.
  • 1 tub kecil Plain Yoghurt
  • 8 cawan Air eSpring.
  • ½ cup Sunquick Orange.
  • Bunga Cengkih, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang.
  • ½ cawan Biji Gajus.
  • 1 tin Green Peas.
  • ½ cawan Kismis.
  • ½ cawan Bawang Goreng.

 

BACA : Nasi Daging NOXXA

Caranya :-

  1. On kan STIR FRY.
  2. Panaskan MINYAK SAPI.
  3. Tumis 4 SEKAWAN & DAUN PANDAN
  4. Masukkan hirisan BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH, HALIA.
  5. Bila dah wangi, masukkan BIJI GAJUS.
  6. Masukkan AIR, SUSU CAIR, SUNQUICK ORANGE, GARAM, kacau. Biar mendidih.
  7. Sudah mendidih, masukkan YOGHURT, AIR MAWAR, BERAS, kacau, tutup periuk.
  8. HIGH PRESSURE 8 minit.
  9. Buang wap, masukkan KISMIS, kacau. Biar panas dalam periuk.

Waktu hidang, tabur dengan BAWANG GORENG & GREEN PEAS… menarik kan. Kalau tak dapat buat masa berbuka puasa jom buat masa raya.

One Response

  1. Anuar May 17, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!