Nasi lemak paling best di Melaka

Nasi lemak paling best di melaka

haa nampak tak tangan budak mia tu nak amik paru…

Alkisah… aku ni memang susah betul nak suka nasi lemak…Kalau acara makan makan nasi lemak di ofis, aku sekadar makan secubit.. dua cubit. hahaha.. entahlah pasal apa… dulu sbb nak diet abis tu terus susah nak suka makan. Terbayang bayang kalori. Jadi disebabkan inilah laki aku pun tak der lah nak bawak aku p gerai mana mana nasik lemak. Tapi……Kedai ni bagi aku memang terbaik, Nasi lemak paling best di Melaka lah.

Haa.ini yang nak citer nih..

Sebelum ni selalu jer dengar pasal nasi lemak lejen kat ujong pasir ni. Tapi macam tak terbuka hati nak p makan.. bagi aku nasi lemak ni macam cliche lah kalau nak makan. Nothing special . Especially orang KL, merata kan orang jual nasik lemak.

Owner nasi lemak ni katanya dah berniaga lebih puluhan tahun, dah turun menurun.  dan yang meneruskan legasi nasi lemak ni sekarang adalah kawan kepada abam aku ni. haa.. nak marah lah nih… hahahhaha.. sebab laki aku ni tak reti nak promote bisnes kawan dia ni.

nasik lemak ujung pasir

owner and olso kawan abam

Dah banyak kali rupanya kawan abam ni ajak makan di situ, tapi selalu tak berkesempatan dan abam kata sbb tau bini dia ni tak baper nak favour kan kalau makan nasi lemak. Kali ni.. pada cuti CNY 2016, abam kata nak jumpa kawan dia. rupanya kedai nasi lemak lejen ni lah.

nasi lemak paling best di melaka

Best jer lepak kat sini..

Sebab nak jaga hati kawan abam ni, order lah jugak nasi lemak walaupun kekenyangan… so we all cakap 2 cukup lah.. budak budak pun kenyang juga. dari pagi makan macam masa ronda bandar melaka.

so mailah 2 pinggan nasi lemak. hurm.. menarik.. ada kangkong… ada timun, ada telur lagi… and bilis seperti biasa.  Lepas tu tengok nasi cantik berderai .. hati tak terbukak lagi nak makan. Pastu.. angkat sudu tu suap kat mulut… urmm…. dapnya.. cukup lemaknya… tak lebih tak kurang.. budak2 tu pun sibuk nak jugak suap mulut derang. aduii kan dah tak cukup… Tapi sebenarnya perut kenyang .. tang mulut ni rasa tak puas nak makan.

Pastu kawan abam antar lauk paru sambal.. ayam goreng.. sambal bilis… haaa.. budak budak ni cekau satu.. lepas tu terus tak berenti sebab sedap katanya… hahaha siap berebut okay… aduii… mmg sedap..Iman tak pernah makan paru, terkejut tengok dia makan. hahaha satu improvement yang besar untuk dia.

nasi lemak paling best di melaka

depa pakat rebut sambal paru pulak. tak cukupp… tambah satu lagi

so sepanjang dok makan tu .. bebel lah jugak kat abam.. kenapa tak pernah nak bawak mai makan sini…  sampai hati tak bawak tempat makan best … bla bla.. bla… hahah tergelak abam bila dengan aku bebel. abam pun cakap…

” hai.. awak kan tak suka nasik lemak” kih kih… kan dah kena sebijik

Bila post kat FB ..hurmm.. saja nak test org tau ke dak.. hurmm.. mmg ramai yang selalu makan kat kedai ni.. ish.. 17 tahun kawan ngan orang melaka ini lah  first time dia bawak mai makan sini. sakit hati kan…

Kedai ni agak klasik bagi aku.. katanya siang kedai lain…. so derang ni meniaga malam. aku perati jer orang yang mai makan sini. tu dia.. segala bangsa ada.. melayu, india , china, and portugese opkos.  Lokasi kedai ni betul betul berhadapan pintu gerbang portuguse settlement. Korang follow jerlah location yang aku share nih.  Kalau dari bandar melaka you all terus menuju ke padang temu. Kedai ni betul betul tepi jalan. Kalau tak suka makan nasi lemak, ada orang jual satay jugak. Owh. kata kawan abam… adik dia bukak kedai makan dekat belakang tu sikit kalau pagi pagi.. selain nasi lemak ada juga benda lain. Yang ni nnt balik melaka lagi nak p trylah.

nasi lemak paling best di melaka

haa tu satu gerombolan family india mai…. confirm depa ni pelanggan setia

Oh yer.. aku kena gelak dengan kawan aku yg juga dah jadi cousin aku tu.. sebab tak pernah mai sini…hahaha… sbb derang tahu aku ni jenis Jalan Jalan cari makan merata..  Katanya next time trylah sambal udang kat situ sebab  cara masakannya seperti masakan sambal orang dahulu kala.

So next time, a must visit kalau balik melaka nanti… mu tunggu aku

Nasi lemak paling best di Melaka, Nasi lemak paling best di Melaka, Nasi lemak paling best di Melaka

One Response

  1. lokmanamirul March 9, 2017

Leave a Reply to lokmanamirul Cancel reply

CommentLuv badge