Nasi daging NOXXA

Resepi Nasi Daging NOXXA yang sempoi

Mula mula kenal nasi daging masa kawin abang n kak ipar tahun 1991 kut. Kak ipar cek orang utagha orang bukit mertajam… ehh.. terus cakap utara pulak. Katanya masa kenduri kebanyakkan orang sana masak nilah. Uishh.. nikmat sungguh makan masa tuh, sebab cicah ngan air asam weh.. kecur mulut nih. So kali ni share resepi nasi daging noxxa lah.

So setiap kali g rumah abang memang akan demand kak ipar masak nasik daging la. Masa tu takder lagi periuk noxxa ni. Tapi bila ada kenal ngan periuk noxxa nih… huhh…. kerja kak ipar pantas giler. So in i lah salah satu aku mula ber NOXXA. heheh sebab kerja jadi senang ya amat.

baca : panduan menggunakan noxxa

Masa puasa pertama baru ni dah agak semua pasar ramadhan tak banyak orang menjual lagi. Tambah pulak cuti sekolah kan. Nak jadi citer petang tu hujan. Ya allah nasib baik masak nasi daging siap siap. Puas! haa dah share kat FB ramai pulak tanya resepi… meh lah kita share nasi daging noxxa ni. kalau takder… boleh jer pakai periuk yang lain, yang penting nak rebus daging tu bagi lembut. Ini yang amik masa lama kan..

Juadah ni sangat sesuai untuk berbuka puasa, malah sangat sesuai untuk juadah hari raya. Sebab kalau menggunakan NOXXA semua kerja jadi sedang dong!

nasi daging

haaa.. nasik daging real.. tak sempat hias… ngap terus masuk mulut

Bahan Bahan nasi daging

  • 4 pot Beras Brasmathi cucu dan toskan
  • 1kg Daging Batang Pinang (aku suka part ni sb lembut) Rebus dgn halia dan ketepikan
  • 1/2 tin susu sejat
  • Bahan tumis
  • 3sudu minyak sapi
  • 1 pek rempah kurma (tapi aku tak pakai pun) terpulang laah.. boleh cuba try
  • 1 bijik bawang besaq
  • 2 bijik bawang putih (cincang)
  • Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dgn buah pelaga
  • 1 helai daun pandan
  • 2 bijik buah tomato (potong dadu)
  • 1 kiub sup daging
  • Daun ketumbar

baca : Resepi lengkap noxxa

BAHAN-BAHAN air asam 

  • 10 biji cili merah besar
  • 15 biji cabai melaka
  • 1/4 ketul belacan
  • 1 sdb garam
  • sedikit gula
  • air asam jawa
  • sos tomato and cili
  • kerisik
  •  2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar
  • nasi daging

    antara bahan bahan penyediaan air asam. Lupa nak beli cili besar. … hehehe

Cara cara masak nasi daging noxxa

–> Mula mula you all rebus daging pakai High pressure yer,  kalau daging pinang dah lembut kan. so 15 minit pun boleh dah. simpan air rebusan daging ni. owh daging ni masukkan lah halia and garam juga

–> on noxxa tetapkan pd stir ,masukan minyak sapi, masukan bahan2 tumis kecuali tomato dan daun pandan lepas tu dah naik bau masukan rempah kurma, bila rempah dh masak masukan beras dan gaul sebati, masukan susu, air rebusan daging ikut sukatan beras, daun pandan, tomato dan masukan separuh daging rebus td dan last masukan kiub.. dan daun ketumbar yg di potong panjang2…

gaul sebati —> tutup periuk.. dan tekan high presure 4 minit(if 4 pot beras) ikut pot. pastu biarkan laaaa sampai masakbg yg guna rice cooker biasa., sama juga jer, tumis bahan2 dlm rice cooker pun boleh, atau atas dapoq biasa dulu then last masuk dlm rice cooker.. set masak mcm nasi biasa ja

6 Comments

    • azni June 1, 2017
  1. Haidar June 1, 2017
    • azni June 1, 2017
  2. ema June 2, 2017
    • azni June 2, 2017

Leave a Reply to Haidar Cancel reply

CommentLuv badge