Kenapa susah sangat nak bayar hutang PTPTN? kan dah kena tahan ..

Arini nak bebel jap boleh? Bab hutang PTPTN!!

Smlm ada terbaca satu status yang dimuat naik dalam FB kisah satu couple ni nak pergi Jepun. Katanya sebelum pergi dah check nama kena blacklist ke idak, cantik.. tak der masalah.. unfortunately ..huhuhu masa gate terakhir kena tahan. Tak lepas dekat Imigresen.  ada hutang PTPTN belum jelas berjumlah RM18k.. well sebenarnya aku pun pelik gak kenapa mula mula clear tapi masa dkt airport selalu kes macam nih

 

hutang PTPTN

kisah couple yang dah sampai di imigresen KLIA yang tak boleh fly gara gara tak bayar hutang PTPTN

So pemuat naik status ni dok bising bisinglah layanan MAS yang tak pikir keadaan derang yang dah siap bayar tiket, bayar accomodation dekat sana and bla bla  bla… Kesian.. mmg kesian.. paham perasaan tu. Sbb aku ni selalu travel. Perasaan nak jejak negara orang ni berbunga bunga 3/4 bulan sebelum tu. Memang looking forward nak berjalan kan. Sapa tak seronok weh ..

Berbalik kepada kisah ni… so derang kena settle amount RM18k, but the husband kata hanya boleh settle 10k on the spot, and maybe ada bantuan orang lain rasanya. Sebab memikirkan amount yang derang dah spent kan sana.

Tapi… I cannot Brain this la….. sorry…

Walaupun isu yang dibangkitkan pasal layanan MAS tu tak membantu lansung. tapi first and foremost kenapalah tak settle Hutang weh.

Ini bukan kali pertama dengar, ada jer kawan kawan yang lain pun up status yang sama . aku mmg pandang sinis jer.

Paling tak tahan, setiap kali musim pilihanraya ada pulak parti memana yang ckp akan hapuskan hutang PTPTN.. owh.. kemon laa.. dah lah meminjam.. berhutang untuk belajar.. pastu tak nak bayar.???

Memang lah dengar interest yang dikenakan agak tinggi dan tidak munasabah tapi dengan mengambil pilihan tak bayar adakah itu yang terbaik??

Duit PTPTN tu untk generasi yang lain nak sambung belajar kut.. esok esok anak ko jugak.  dan alhamdulillah ramai jugak yang sependapat dengan aku.

Cakap pasal hutang belajar ni kan.. Paling best dengar ada yang kes hutang berhutang dengan MARA. disebabkan bapaknya ada tak bayar hutang so anak tak dapat masuk MRSM .. heheh.. padan muka. sorrylah.. bunyi agak kasar .. tapi Fair kowt. tang diri sendiri nak yang jalan mudah jer kan..bila dah kena batang hidung sendiri baru tau yer dak

Kalau masuk dalam group travel di Facebook ni. banyak jer kisah kisah di atas tu.. ada yang kena hentam . tapi ada jugak yang menolong. kesian .. memang kesian .. tapi tulah .. tak adil kan untuk orang lain

Jadi untuk yang masih berhutang tu korang plan laah financial tu elok elok, nanti diri sendiri yang merana.  Bukan sahaja kat “sana” ko susah.. kita kat dunia nnt pun tersekat-sekat…

kalau sapa sapa nak travel.. korang kena check 2 tempat nih

  1. Semakan ptptn  https://www.ptptn.gov.my/penyatapinjaman/index.html
  2. Semakan imigresen ‘ http://sspi2.imi.gov.my/

kalau tak.. menyesallaaa korang nnt ..  hehe nasihat dari kaki travel bajet… nilai RM10 tu pun besar nilainya weh …. kalau betul nak travel ni akak nak ajar korang menabung untuk travel tapi yang penting jangan lupa bayar hutang yer adik adik.

 

5 Comments

  1. Nany March 27, 2017
    • azni March 27, 2017
  2. Fatin March 31, 2017
  3. Ibu Mifzal April 3, 2017
    • azni April 3, 2017

Add Comment

CommentLuv badge