Nampak orang susah, asyik salahkan pusat zakat

Zaman IT and teknologi ni , memang senang sesuatu benda tu nak viral atau pun tular. Kali nih aku nak sentuh pasal perangai Netizen atau sesiapa sahaja  yang suka membuta tuli salahkan pusat zakat. Sepatutnya cuba pejam mata, tanya diri sendiri, pastu pikir apa yang aku patut buat? Ini … senang jer jari telunjuk tu keluar.

Entahlah memang pantang betul rasanya. eh… emo pulak.

Setiap kali kisah gelandangan atau orang susah yang tidak dapat bantuan zakat , cuba korang baca komen komen netizen. Haihh sedap mulut jer, banyak aku nampak kata kata yang memang tidak sedap didengar. Kalau aku kerja di pusat zakat sah aku kecik hati!

Bukan sekali, tapi berkali kali aku tengok benda ni berlaku. Biasalah kan,  bila sesuatu yang tak elok berlaku cepat sahaja sampaikan, tapi yang baik boleh senyap pulak. Kadang aku boleh jadi hilang sabar bila baca komen komen dalam FB Kadang tu aku membalas juga hehehe..

Ada beberapa kes/situasi yang aku nak petik kalau korang ingat laa. .

Situasi 1.

Kisah seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan sehingga terpaksa berdepan kemungkinan kehilangan isteri dan anaknya, antara pihak yang paling terkesan adalah pusat zakat.

Bukan aku nak back up pusat zakat, tapi proses permohonan bukan lah sekelip mata, Mestilah melalui SOP tertentu yang telah ditetatapkan, agar penerima tersebut genuine atau sah.  Ramai sangat yang “kreatif” dalam memanipulasikan kes kes sebegini sebab rakyat malaysia memang baik dah prihatin.

Sebenarnya kalau korang masih was was,  korang follow sahaja FB pusat zakat, boleh PM untuk inform dan untuk mendapatkan kepastian untuk sesuatu kes.

Situasi 2.

Setiap kali orang susah seperti ibu tunggal yang kematian suami, pastikan ada netizen cakap mana “pusat zakat ni”, padahal tidak ada pun sesiapa pun yang membantu ibu tunggal untuk inform pihak zakat. Kebetulan ibu tunggal tersebut tidak punya akses dari segi pengangkutan dan tidak tahu arah tuju.

jangan salahkan pusat zakat

ini salah satu contoh, jiran yang baik membantu keluarga ini

 

Antara yang suka orang viralkan

  • Zakat ni susah, banyak birokrasi
  • Pihak zakat ni tak buat kerja, dah viral baru nak buat kerja
  • Kenapa tak tolong orang susah ni.

Kalau nak tulis banyak lagi, tapi ini lah yang paling banyak aku tengok. Kalau yang aku baca di beberapa portal zakat menyatakan antara sebab berlaku kemiskinan. Kemiskinan mungkin diwarisi tapi banyak faktor2 lain yang membawa kepada situasi ini. Jadi berilah ruang kepada pihak berwajib untuk memantau dan menyaring mereka yang layak menerima sumbangan dan bantuan.

Antara sebab berlakunya kemiskinan di negeri Perak ialah : sumber dari majlis agama islam & Adat melayu perak 

1. Ketua Keluarga Tidak Bertanggungjawab

Keadaan ini berlaku apabila ketua keluarga gagal memikul tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, meninggalkan tanggungannya, penglibatan jenayah sehingga di penjarakan atau sebagainya.

2. Ekonomi

Faktor situasi ekonomi yang tidak menentu memainkan peranan penting di dalam peningkatan kadar kemiskinan seperti kehilangan pekerjaan, muflis, peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.

3. Kematian

Kematian ketua keluarga yang menjadi tunjang ekonomi keluarga juga akan menyebabkan sesebuah keluarga itu terjerumus kepada kemiskinan.

4. Penceraian

Keruntuhan institusi kekeluargaan juga menyebabkan sesebuah keluarga itu boleh menjadi asnaf fakir atau miskin. Bekas isteri dan anak anak menanggung beban perceraian yang berat.

5. Musibah

Musibah seperti penyakit kronik, kemalangan , kebakaran dan sebagainya akan menjerumus sesebuah keluarga itu kepada kemiskinan.

Banyak sebenarnya bantuan zakat nih .. boleh refer di http://www.zakatselangor.com.my/jenis-bantuan-umum/ so nanti kita boleh advice pada orang susah yang kita jumpa.

sessi turun padang

 

Kisah Gelandangan yang menjadi isu

Bercakap soal gelandangan pulak, memang lately nampak pertambahan mereka.  Cubalah pergi ke area Pudu raya, masjid jame, masjid negara pun. Ya allah, memang ramai baik lelaki  ataupun perempuan. Ada yang bawak anak kecil lagi. Sedih sangat.

Kadang bila hati tak waras, memang mudah kita salahkan pusat zakatkan, tapi ada tak terfikir, kadang2 yang memang ada jenis memang lebih suka hidup sedemikian, suka hidup bebas. Jadi memang mereka pilih untuk hidup sedemikian sbb ada yang sentiasa memberi bantuan. Bagi mereka cukup dapat makan sehari dua kali pun. Bagi mereka itu dah memadai. Itu belum lagi kes kes scamp yang kutip derma dimedia sosial. Memang bijak dia orang manipulasikan keadaan.. tambah tambah bulan puasa ni.

Ataupun sebenarnya mereka dah pun terima bantuan dari pihak zakat, tapi masih suka nak bergelandangan supaya dapat bantuan lebih. Jadi dari kita menuding jaring kepada pihak tertentu, apa kata kita ambil tindakan sendiri dengan dapatkan nama dan kad pengenalan, alamat atau gambar mereka sendiri tanya sendiri ke pusat zakat sebelum kita buat kesimpulan yang negatif. Itukan lebih baik.

Kalau pikir lojik, Hadoii.. di lembah klang sahaja dah berapa juta penduduk kan,  susah kalau nak harapkan pihak zakat buat semua jadi kita juga perlu jalankan tanggungjawab kita sendiri. Kalau betul kita memang concern dengan keadaan seseorang kitalah yang patut bantu mereka. Kita sepatutnya bertindak sebagai mata mata untuk salurkan maklumat kepada pihak yang berwajib.

Banyak jugak aku follow NGO yang aktif dalam memberikan bantuan. Mereka sendiri terang terangan bercakap sebarang komen yang mengatakan “apa pusat zakat buat” dan seangkatan dengan ayat tersebut akan di banned di wall mereka. Sebab mereka pun tahu bukan mudah untuk mengatasi kes kes sebegini. Perlu prosedur dan lain – lain jadi mereka menjalankan tanggungjawab mereka pula.

Dalam konteks NGO sendiri pun pernah tangkap beberapa kes dimana mereka yang susah ini mengambil kesempatan dengan memohon bantuan dari beberapa pihak serentak.

Jadi sebelum kita menuding jari mari kita check diri kita sendiri

  • Bayar zakat tak?
  • Ada tolong bagi info pada pusat zakat?
  • Ada bagi bantuan peribadi?
  • Ada bagi sedekah

semua nya boleh dibuat atas talian sahaja. Nak lapor asnaf pun senang

Dari pengalaman aku sendiri, aku berasal dari luar bandar yang mana kebanyakan penduduknya bergantung hidup pada hasil pertanian. Bila harga getah jatuh, dengar cerita memang ada yang tak makan nasi berhari hari. Memang macam zaman jepun. Makan ubi.  Nak berniaga pula tidak ada purchasing power. sangat kesian.

BACA : Besarnya erti sedekah 

Sebenarnya memang ada yang telah menerima bantuan zakat, dan ada pulak yang tak dapat disebabkan beberapa faktor contohnya nama tidak di hantar ke pusat zakat. Jadi aku dan beberapa kawan telah ambil inisiatif untuk mengenal pasti beberapa keluarga dengan menyediakan Food Box  bahan asas rumah, tak banyak pun RM50 satu famili, kata mereka boleh survive untuk sebulan. Korang boleh baca dalam entri aku sebelum ni  tabung Infaq RM10 sebulan.

Jadilahkan, prinsip aku, dari suka suki salahkan pusat zakat ambil inisiatif sendiri. Toksah lah nak jadi keyboard warrior, tin kosong tapi apa pun tak ada. (alamak.. ini bukan riak, huhuhu aku cuma nak cakap kita sendiri kena ambik action) Alhamdulillah, dalam masa yang sama kawan kawan aku juga submit nama nama tertentu kepada pihak zakat.

So dari kita salah kan pusat zakat apa kata kita amik inisiatif sendiri dan seterusnya berhubung dengan pusat zakat

 

 

6 Comments

  1. YB Shehan June 6, 2017
    • azni June 6, 2017
  2. Julia Johari June 8, 2017
    • azni June 8, 2017
  3. inchenaim June 9, 2017
    • azni June 10, 2017

Add Comment

CommentLuv badge