Nak cuba Mellowhite lah pulak

Wanita dan kecantikan

Wanita dan bab kecantikan pastinya tak boleh dipisahkan. Tipulah kalau seorang wanita tak kisah bab nak jaga kesihatan dan kecantikan ni. Aku? opkos lah aku sendiri memang concern bab bab ni, tambahan dah masuk usia 40an kan.  Bila tengok gambar lama hahah sendiri tak lalu, or maybe kamera yg amik masa tu sengaja buat muka tak lawa hahaha.. (alasan sangatkan). So apakah kaitan dengan mellowhite ini? 

Setiap wanita akan melalui fasa fasa tertentu .. remaja, awal 20 an, 30 an 40an dan seterusnya.  Awal remaja pertumbuhan hormon sangat aktif dalam menyokong dan struktur pertumbuhan perkembangan otot, tedon dan ligamen. Begitu juga dengan kolagen untuk bantu perubuhan dan mengaktifkan pengjagaan semula sel baru.

 

 

BACA : Masalah Pigmentasi 

 

Tetapi Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi.

Masalah aku adalah, kulit kusam dan pigmentasi disebabkan masalah hormon.  Kalau pergi kemana mana facial centre mengatakan aku ada masalah pigmentasi bawah kulit, disebabkan masalah ini lah muka nampak kusam.  Lebih teruk lagi pada usial 30 an muka aku telah mengeluarkan pigmentasi dan melasma di bahagian kiri, betul betul di bahagian pipi. Dahulu memang aku tak pernah pakai pun sun block dan lain lain.. jadi terima shj lah untuk kesan tersebut huhuhu.

BACA : Detox facial dia MBH Medispa

 

Apa yang mampu aku buat pada masa ini, aku sendiri merasakan terpaksa “bekerja “lebih sedikit untuk memastikan tahap kesihatan dan keanjalan kulit berkekalan. Selain daripada kunjungan medispa dan penjagaan rapi di rumah, aku sendiri merasakan aku perlu mengambil supplement tambahan untuk meningkatkan prestasi dari dalam dan luar. Jadi aku memilih mellowhite sebagai supplement tambahan, salah satu sebabnya  aku tidak boleh mengambil produk berasaskan kollagen dimana ia boleh membawa  masalah cyst aku berulang kembali.

 

 

Aku pernah mengambil tomato crystal tapi harganya tersangat mahal mencecah RM450 per kotak untuk sebulan.  Jadi kerana itulah aku mencuba Mellowhite pula dan aku mengharapkan kesan yang berpanjangan untuk aku  nanti. Dan harganya sangat berpatutan.

Aku tertarik dengan bahan bahan yang digunakan untuk mellowhite ini, malah ada salah seorang rakan blogger aku memberikan feedback positif katanya kurang keguguran rambut. Wah menarikkan !!

Aku akan update kan entri ini setelah aku habis menggunakan produk mellowhite, korang tunggu nnti okay… Aku memang sangat tertarik di sebabkan kelebihan yang dinyatakan oleh pihak pengeluar seperti bawah ni.

Kelebihan  Mellowhite

  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan dan menggebukan kulit
  • Memberikan tona kulit yang sekata & seimbang
  • Melembabkan kulit wajah
  • Mengurangkan cela
  • Mengecilkan pori-pori kulit
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Memudarkan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan kedutan dan garisan halus
  • Memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit

 

korang tahu tak, aku pernah follow IG neelofa, antara rutin harian dia dalam menjaga kecantikan adalah pengambilan beet root atau ubi merah, tapi di blend setiap pagi. huhuhuh ini yang aku tak mampu nak buat kalau minum sebegitu. Tapi korang tengoklah kulit neelofa memang cantik sangatkan.  Disebabkan ada kandungan beet root dalam mellowhite inilah yang membuatkan aku berminat untuk mencuba .

 

Antara Bahan Dan Manfaat Yang Terkandung Dalam MelloWhite

Ada pati delima , ubi bit merah , ekstrak buah zaitun , ekstrak bunga mawar , ceri acerola dan lain-lain seperti yang tersenarai dibawah.

Vitamin C :

Manfaat Vitamin C antaranya dapat mencerahkan kulit secara semulajadi dan meningkatkan paras gluta dan Vitamin E dalam badan . Saintis mendapati bahawa protien kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekul mencapai konfigurasi yang terbaik .

Vitamin C juga bertindak mempertahankan keanjalan kulit dengan mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak .

Antara manfaat Vitamin C jika diamalkan ialah dapat membantu mencegah selsema , meningkatkan sistem imun badan membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi , menjaga kesihatan mata , menguatkan gusi dan mempercepatkan penyembuhan luka ( jika ada ) .

 

Buah Delima  : kaya dengan Vitamin A , C & E juga kaya dengan antioksidan dan zat besi bagi melambatkan proses penuaan , membantu peredaran darah , boleh mengurangkan inflamasi , dapat membantu mengurangkan gejala anemia dan mempertingkatkan sistem imuniti .

Barli Hijau Organik : pembekal nutrien semulajadi yang mudah diserap tubuh badan seperti vitamin , mineral enzim , klorofil , asid amino dan juga antioksidan . Ia juga dimanfaatkan sebagai detoks , mengekalkan keseimbangan asid alkali dalam badan , meningkatkan stamina , memperbaiki sel-sel kulit rosak dan tinggi dengan antioksidan .

Ubi Bit Merah : kaya dengan nutrien- folate ( vitamin B9 ) , manganese , kalium , zat besi , vitamin C dan mempunyai sumber fitonutrien yang dinamakan betalain seperti sifat antioksidan , anti radang dan anti kanser .

Toksin yang terkumpul juga merupkan salah satu penyebab kulit menjadi kusam .Ubi Bit Merah juga berfungsi sebagai bahan detosifikasi yang dapat membersihkan toksin dari badan , memperbaharui sel kulit rosak , memberi nutrisi yang diperlukan supaya kulit menjadi sihat .

Ceri Acerola : antara sumber terkaya dengan Vitamin C , Vitamin A , Thiamine , Riboflavin dan Niancin .  Ia mampu membantu kesihatan mata , mengekalkan metabolism badan , mencegah tekanan oksidatif dan merangsang pembentukan kolagen dalam badan.

Dengan kandungan antioksidan yang tinggi , Ceri Acerola mampu melindungi kulit dari ancaman radikal bebas sekaligus melambakan proses penuaan kulit . Ceri Acerola juga mengandungi pelbagai jenis nutrien untuk mambantu menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit .

Ekstrak Zaitun : dapat merendahkan risiko penyakit jantung , mencegah pengoksidaan Kolestrol LDL , mengurangkan keradangan , mengurangkan intensity atau tindak balas akibat alahan .

Alpha Lipoic Acid ( ALA ) : ia juga dikenali sebagai antioksidan universal kerana ia mempunyai antioksida yang kuat , dapat meningkatkan pemulihan otot selepas senaman , mengurangkan keradangan , mengurangkan komplikasi diabetes dan juga mampu menangkap dan melawan radikal bebas badan yang kuat dipersekitaran larut air dan juga larut lemak .

ALA juga mengitar semula Vitamin C dan gluta , mengecilkan liang pori , memudarkan garisan pada kulit dan membuat kulit semakin sihat dan cantik semulajadi .

Berminat untuk mengetahui info lebih dari mellowhite boleh kunjungi FB mereka di www.facebook.com/mellowwhitehq/

 

Senarai Ejen Sah ,

  • Azian Suratman  : Perak 019-4732120
  • Norin Faridah : Selangor 019-2195949
  • Norhana : Penang 012-4854942
  • Haslin : Selangor 017-6908322
  • Hezla : Johor/Selangor 016-2155875
  • Hj Ghazali : Penang 019-4793684
  • Yahya/Pak Ya : Johor 019-7610010
  • Sha : K/Lumpur 019-3421127
  • Nani : K/Lumpur 012-3004117
  • Zahariah : Putrajaya 016-6704240

Add Comment

CommentLuv badge