#Mytravelokaescapade bawalah daku ke Melbourne

#Mytravelokaescapade, please please approve my leave! eh… mesti kawan2 aku cakap baru balik bercuti nak berjalan lagi. Korang paham tak perasaan bila ketagih travel.. serius punya ketagih nih….tapi aku bukanlah orang ‘have -have’ yang senang senang dapat travel.  Kena menabung weh! sbb kena pikir untuk 3 orang. AKU, HUSBAND and ANAK sorang. Jadi selain dari tabung travel aku nak sangat menang #mytravelokaescapade ni.

Travel ni satu yang ‘priceless’, susah nak gambarkan perasaan tu. Especially bila ko susah payah nak simpan duit kan. Setiap satu sen yang ko belanjakan nnt besar nilainya. To be frank kami anak beranak kena buat tabung travel RM600 sebulan sebagai kos untuk untuk travel nanti. Heheh kenalah berpijak di bumi nyatakan. Kalau tak..memang tak merasa

Jadi kalau kali ni #mytrravelokaescapade pulak bawak aku ke bumi OZ nnt… camnalah agaknya perasaan aku tu…. tak pernah lagi ni menang peraduan ni.. Aku nak sgt “PERASAAN atau FEELING tuuuuuu… please approve my leave#mytrravelokaescapade.

Perasaan ” menang +  dapat travel “. Sure OSEM kan!!

#mytrravelokaescapade nih offer banyak tempat percutian, Aku pilih Melbourne!

Eh Btw.. korang tahu tak apa ini traveloka? haaa rugi woo tak tahu.. sbb aku pun lambat tahu. Tu pun bila we all sibuk2 nak plan utk family day. Anak sedara aku sorang ni yang suggest traveloka. Tulah… aku dah terbiasa sangat dengan 2/3 travel website yang lain. Should have tried this earlier.  Nanti aku sambung citer traveloka.. Aku tengah Berangan nak pi Melbourne ni… alamak.. tak booking hotel untuk CNY ni lagi la… Kena masuk traveloka web jugak ni.

Cakap pasal travel,  aku dah pernah pi Europe itu pun dengan konsep bajet travel yer… Aku dah sampai US.. itu pun sebab ada training.. Latest aku baru balik dari JAPAN… ( yang ni aku menabung since 2015) 1 tahun setengah uolls. Gigih kan. Hong Kong dah … Indonesia dah .. tapi disebabkan duit sendiri makanya semua taraf bajet traveller lah. Tak rasalah naik bas persiaran yang antar depan depan tempat yang ko nak pergi tu.

WHY Melbourne

So why melbourne? Aku tak pernah lagi sampai mana mana continent di bawah bumi Australia ni. Konon macam dekat nanti boleh pergi tapi sampai hari ini we all tak sampai lagi hahahah…sedey!

Tapi kalau lah #mytrravelokaescapade berjaya terbangkan aku kesana… aku dah ada wish list dah… laki aku cakap..

kita jangan jadi tourist.. kita kena jadi traveller. Barulah best!

 

Meh ikut aku berangan …

Haa aku berangan bukan main main tau, aku dah sampai dah tempat tempat wish list aku ni… dah tau dah camna nak posing hahahah… OVER kan! tapi kata orang kita kena berangan baru sampai hajat. Alhamdulillah tercapai.

1. Royal Arcade

#mytravelokaescapade

interior yang memang klasik

Royal arcade ni adalah yang pertama arcade di melbourne dah paling lama bertapak. Yang first okay.!  So semestinya ada sejarah yang besar di sebalik bangunan ni.  Aku ni memang peminat design, maklum lah bekerja dalam creative industri. Seni bina ni memang meberikan impak yang besar dalam hidup aku. Aku sgt sgt suka tengok building lama dan baju baju zaman orang dulu kala. . Kalau ikut sejarah  bangunan ni di siap pada tahun 1870 an.. uishh memang lama. Tapi mereka berjaya ‘preserve’ bangunan ini dan akhirnya jadi kawasan tumpuan tourist pulak.

Kalau korang tengok gambar yang aku share ni.. flooring yang kotak kotak ni stylo kan..

Camna cara aku posing kat atas tu? Okay? hahahaha… nanti kalau aku dah sampai.. confirm aku akan amik gambar macam ni.

Original images by @kadinugroho

2.Philips Island

#mytravelokaescapade

Konsep traveling aku adalah family traveller… aku bukan solo traveller. So my itinari should include my son punya minat. Iman as always, Animals Lover.  Yang aku tau disini boleh lihat haiwan berkeliaran dari kanggaroo, pengguin, burung burung liar dan confirm iman akan paling suka kalau dapat join group melihat Paus.  Bestnya kalau dapat experience macam ni.  Haa cuba tengok gambar iman kat atas tu… heheh.. dah boleh bayangkan muka iman yang geram nak kejar and peluk kanggaroo tu.

Selain dari tu kat sini katanya memang ramai yang akan berenang dan surfing. Wah tak pernah lagi ni berenang di laut luas selain dari pulau perhentian dan andaman. Agak agaknya sejuk tak? Wah best best

Original image by @photo_rangers

3.Laneways

#mytravelokaescapade

Vibrant kan grafik di Unione late by talented artist @froskeyo_one and @sillysullys

Katanya di Melbourne banyak laneway menarik yang pernuh dengan grafika dan juga cafe cafe menarik. Ini salah satu laneway yang ada kat sana. Kalaulah dapat sampai sana.. harus aku posing macam nih… ada baca dalam http://www.traveller.com.au/six-of-the-best-melbourne-laneways-12wkbf ada tunujuk 6 laneways yang harus pergi. Hosier lane, AC/DC lane, Tattersalls Lane, Meyers Place, Hardware Lane. Aku suka tengok orang dan culture sesuatu tempat. So this one is a MUST visit list untuk aku nanti.

Satu lagi aku peminat Coffee. Katanya di sini terdapat coffee yang best di dalam cafe yang osem. Alahai bestnya kalau dapat sampai sini. Mau aku duduk berjam berjam dalam cafe tersebut sambil menikmati orang lalu lalang.

Original images by @visitmelbourne

4. Puffing bill railway

puffingbillyrailway2

Kunjungan aku Jepun baru baru ni telah membuatkan mencuba pelbagai jenis train. So Kalau lah ada rezeki sampai kesini, Puffing bill railway ni kiranya HARUS untuk aku terjah. Cuba korang tengok gambar yang aku share ni. Aku dah tau dah macam mana nak posing hahaha.. mesti selfie macam ni . Korang tunggu lah nanti.

#Puffingbilly ini akan membawa kita melewati Dandenong Ranges yang sangat menarik terletak hanya timur melbourne dah mengambil masa satu jam sahaja untuk ke sana. Kita akan dibawa melalui kawasan hutan yang menarik dia antara Belgrave dan Gembrook. Puffing billy ini adalah keretapi steam, giler klasikkan. Cuba tgk track tersebut..mereka masih mengekalkan kayu kayan sebagai track.

Original image by @rubyruby_z

5.Queen Victoria Markets queenvictoria

Tempat ini kiranya salah satu historic landmark untuk Melbourne dan terletak di southern Hemispere. Katanya di sini boleh dapat segalanya dari buahan, sayuran- sayuran dari bumi australia sendiri. Disebabkan ianya adalah berkonsepkan open air – atau terbuka, aku rasalah tempat ni memang menarik sebab ianya sangat significant dengan budaya dan warisan Melbourne. Kalau tak, takkan lah termasuk dalam Victrourian Heritage Register.

Selain dari membeli produk produk lokal, aku memang plan nak amik gambar di sekitar kawasan begini. Mesti menarik dengan warna warna buah buahan dan sayur yang dijual di market ini. Harga aku tak pasti, tapi kalau berpeluang berada di kawasan ini kita akan lebih dekat untuk mengenali budaya mereka berbanding kita shopping mall atau di kawasan lain. Korang rasa macamamna?

Original images from Herald sun

6. Visit great ocean

#mytravelokaescapade

confirm aku nak amik gambar tepi tebing ni dengan pegang signage with #mytravelokaescapade

Bila kita sebut Great ocean ni, aku terus terbayang satu yang “great’ dan “maginificent’. Sebenarnya banyak pakej pakej yang menawarkan tour ke kawasan ini. Tapi kalau lah lah aku dapat peluang ini . aku rasa nak lepak di kawasan pantai dan mengadap laut luas terbentang dan  melihat pemandangan dan alam semujadi di kawasn ini.

Korang tengok gambar aku ni tak teruja ka.. muahaha… best kan… magnificent view. Insyallah aku sampai aku anak beranak aku posing ala ala gini la…tak susah pakai jer tripod. Baju macam tu dah okay kan…Opps.. lupa sunglasses.  Okay nnt kita standby.

Ishh.. bestnya.. mesti rasa kesejukan angin laut menghembus muka aku nanti.

To be specific aku nak tengok 12 Apostles, yang merupakan higlight utama di kawasan ini dan terletak di Port cambel National park. Ikut apa yang aku baca ia terbentuk dari batu kapur daan dari 12 stacks 5 telah pun terjatuh. Jadi sebelum semua hilang, aku nak saksikan juga keajaiaban alam semulajadi ni.

Original image from http://www.bunyiptours.com/great-ocean-road/

7. Werribee Open Range Zoo

#mytravelokaescapade

Katanya zoo di sini berkonsepkan safari dan terbuka. Dah biasa bawak iman ke beberapa zoo dan aquarium, kalau lah dapat bawak ke sini mesti bestkan.!! Biasalah travel dengan family kita kena consider minat ahli keluarga yang lain .

Kalau ikut pembacaan katanya “Experience your Own Safari ” haa.. menarik kkan. Nak sampai ke afrika entah bila. Kalau Werribee Open range zoo memberikan pengalaman macam ni… ish memang takkan aku lepaskan. Iman pasti akan enjoy, Mak iman pun akan enjoy.  shopping di mana mana pun boleh tapi Experience macam ni memang susah nak dapat.

Original image from http://worldholidaydestinations.com/australia/vic/werribee/

#mytrravelokaescapade

Bestkan tempat tempat ni. Bab shopping aku tak heran sangat tapi aku memang teringin sangat nak pergi tempat tempat ni selain menikmati cuaca di bumi Australia yang sejuk. Kalau boleh aku nak pergi sana dalam cuaca yang sejuk. heheh lain ssikit dari sini …

So mari kita sambung bab Traveloka.

Di sebabkan aku bajet traveller yang selalu buat booking dan plan itinari sendiri maka banyaklah travel portal yang aku pernah masuk untuk hunt harga yang lebih murah. Surpisingly traveloka memang menawarkan harga yang sangat kompetitif. Bilangan hotel pun kian bertambah dari hari  ke sehari.

Aku sebenarnya adalah UX designer atau pun User Experience designer, yang banyak mengkaji design, experience dan navigasi untuk sesuatu portal atau web. Terus terang aku cakap aku memang suka dengan color skema yang digunakan. “Clean dan Minimalist”.

Tapi yang lebih penting navigasi dalam portal itu sangat senang untuk orang yang pertama kali menggunakannya. Selain dari itu apps juga di sediakan oleh pihak traveloka so lebih senang kita nak ‘hunt” harga hotel dan flight yang bersesuian dengan bajet kita.

cakap banyak pun tak guna kan.. korang cuba masuk dan explore.. baru lah dapat “experience’ yang aku ada cakap tu. Jangan Lupa untuk mendaftar okay.

#mytravelokaescapade

Landing page Traveloka. Pilihlah nak booking hotel atau flight

 

traveloka2

Hasil carian hotel di Port Dickson

 

Korang rasa layak dak aku menang ni.. Please aa comment.. bg moral support sikit.kih kih

16 Comments

  1. Norizah Ahmad December 20, 2016
    • azni December 20, 2016
  2. Hash December 20, 2016
    • azni December 20, 2016
  3. fairasimran December 20, 2016
    • azni December 20, 2016
  4. Hasnita Sawal December 20, 2016
    • azni December 20, 2016
  5. Sara December 20, 2016
    • azni December 20, 2016
  6. nbz December 20, 2016
    • azni December 20, 2016
  7. noorzaini December 20, 2016
    • azni December 20, 2016
  8. Abdul Halim nayan December 21, 2016
    • azni December 21, 2016

Leave a Reply to Abdul Halim nayan Cancel reply

CommentLuv badge