Menyesal join Fitsuperb 5, tapi lepas tu bersyukur pulak

Selepas aku tinggalkan program Jom Kurus10 hari tu, aku masih lagi  bersukan dengan bermain tournament bola tampar antara ansara. Tapi bila masuk bulan puasa semua program terhenti. ( alasan sangatkan) BIla masuk musim hari raya, maknanya musim makan lah. hahahah terasa pulak badan ni di pam pam. Jadi aku tanpa lengah terus sign up unutk program Fitsuperb 5

 

fitsuperb

Plank pun punyalah banyak jenis. Ni je yang aku tahu memula tu

 

Kenapa badan di pam-pam selepas raya? haa ini aku baru tahu 1g carbs akan menarik 2-3ml air so since kita dah makan macam-macam dan makanan itu jugak akan retain air dalam badan. Jadi kena kasi balance balik lah. kasi buang apa yang tak patutu. So tak payahlah terkejut sangat kalau lepas raya tu badan naik mengejut yer hehehhe.

BACA : Kalau lepas work out selain amik protien boleh juga cuba SPORT Massage

 

fitsuperb

Group di putrajaya

 

Hari pertama join sperti biasalah kena amik ukuran berat dan juga bodt fat. mak aih… aduh! kekonon semua orang puji macam dah elok kurus tapi aku baru tersedar kurus pun bukan bermakna aku sihat. korang tau body fat aku berapa? 35 OITTT..  sebelum ni aku tak amik tahu pulak.

Dan juga pada hari pertama kami turun padang dah kena dera. dan kesannya 1 orang dah muntah 2 orang hampir muntah , salah seorangnya aku hahaha dan seorang hampir pitam. Habis tu selepas raya open house tak habis habis, bersukan pula tak ada. haa tu dia amik!! sampai nak muntah

 

fitsuperb

masa ni low blood, so kita buat slow and steady lah

 

Untuk wanita sepatutnya  body fat tidak  boleh melebihi angka 30. Untuk lelaki 25. Aduh duh duh.. Terus rasa nasib baik aku join fitsuperb kali ini.  Seriously.. aku rasa syukur. Memula rasa macam menyesal sebab kena korbankan masa malam. Tapi bila tengok result ni hahahah… adui terus kepanikan sekejap.

Maybe selepas ini aku sambung pula dengan JKIM12

Apakah program FItsuperb

  • Program dibawah seliaan Kapt Black
  • Terdapat 5 lokasi berasingan, KLCC, Putrjaya, TITIwangsa, sungai besi dan keramat
  • Fokus untuk Upper & lower Body Workout, Abs & Core Workout, Hip & Glute Workout, Advance Total Body Workout, Tabata dan HIIT Workout.
  • Selain dari kapt black ada 3 lagi assistant yang akan membantu secara alam maya dan juga fizikal

 

fitsuperb

team di KLLCC

 

Apa yang menarik program fitsuperb 5 ni

Orang kata kalau nak pandai kenalah berguru. So dalam ni ada 4 guru yang boleh kita refer untuk segala permasalahan berkenaan healthy lifestyle dan teknik bersukan yang sebenarnya.

  1. Aspek pemakanan dan keperluan badan.

  • First thing first. kenali eating habit kita dan apa yang kita makan.  Bila coach Elve cakap agak sedih dan teruk kalau luaran nampak mantop tapi dalaman kita OUT. hehe korang paham dak? contohnya kes aku ni lah body fat ni tinggi uwaaa…
  • lagi satu kena paham berapa banyak karbohidrat, protien dan lain-lain diperlukan.  Sebab setengah diet amat melarang pengambilan nasi. Tapi kalau mengikut kevin zahri kita ni dah perut melayu boleh sahaja ambik tapi dengan ukuran suku suku setengah. Instead of nak diet akan membuatkan kita lebih craving pula, Jadi diet sihat adalah jangan dibuang terus karbo ini  sebab ia adalah sumber tenaga dalam badan,
  • Kemudian bila kita dah work out kita confirm akan rasa sakit sebab tissue dan muscle kita telah koyak, jadi kenalah ambil pula protien untuk ganti semula.

2. Work out

  • Seminggu 2 kali. Untuk aku hari isnin dan Rabu di kawasan dataran Gemilang putrajaya. Tempat ni berbumbung tapi open. Best sangat, berangin dan nyaman sahaja.
  • Selain dari kedua tempat ini sebenarnay kita boleh je join mana mana tempat yang kapt black buat kalau tidak sempat join pada hari yang ditetapkan. CUma tempat utama ni penting untuk rekod kita.
  • Memang betul betul kena dera. Kalau Squat tu ada macam macam jenis Squat dan rutin tersebut di ulang ulang Sampai ko rasa tak sabar nak habis hahaha. Tapi impaknya esok pagi badan memang rasa ringan dan sedap.
  • Memang aktiviti work out yang akan buatkan badan rasa kena dera. Tapi kalau sapa nak shapping badan inilah work out yang terbaik
  • Selalu aku refer dekat youtube untuk aktiviti work out ini. Buat Tapi tak bersungguh. Tapi program ini ada coach dan pembantu coach untuk betulkan position badan kita sebetulnya. Barulah aku tau nak squat cara betul hahaha.

 

fitsuperb

hahaha nak pengsan oit

 

Kelebihan join program sebegini sebenarya kita berada dalam satu environment yang sangat positif dan mission yang sama. and we support each other. orang kata buang negatif vibe . buang yang orang kata ” ala sementara hidup makan lah” .. hahaha.. Betullah jugak. tapi aku sendiri yakin dari makanan juga bawak sakit. Pendek kata kena bersederhana.

Yang penting kita kena ada ilmu, guru yang baik, peers yang support kalau tidak kita akan lost se lostnya. (korang paham dak aku tulis nih) Contohnya aku lah, selepas habis JK1M kira terasa sangat kurang semangat. Nak kongsi dengan kawan dan famili yang bertentangan memang agak rasa terasing, sebab mereka tak berapa appriciate or paham at the end diri sendiri yang demotivated.

Jadi korang yang nak amalkan healthy lifestlye joinlah program sebegini.  Follow je IG and FB kapt black bila dia announce untuk next program.

So my mission nak kurang BodyFAT!! Doakan yer

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, hubungi:

whatsapp : +6013 3310702

Instagram : @kaptblack

Facebook : Kapten Black

Website  http://kaptenblack.com/

 

16 Comments

  1. Nina Mirza July 25, 2018
  2. ai July 25, 2018
    • azni July 25, 2018
  3. Ann Noura July 25, 2018
  4. mas saari July 25, 2018
    • azni July 25, 2018
  5. miminadam July 25, 2018
  6. ina July 25, 2018
    • azni July 25, 2018
  7. Tati Mansur July 25, 2018
  8. IQ aka Izyan Balqis July 25, 2018
  9. Shazillah Sani July 25, 2018
  10. Salina Johari July 25, 2018
  11. Nadia Johari July 25, 2018
  12. sueizza July 27, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!