Day 8 Menjejak Amerika Coney Island dan New York Pass

Tak cukup masa jelajah New York, ubah tarikh balik ke Malaysia.

Kita orang nak pergi juga Coney Island, tapi kitorang kena membuat sedikit perubahan dengan trip ni. Setelah difikir byk kali, rasanya tempoh stay kat sini perlu dilanjutkan. Flight balik yg sepatutnya Jumaat depan, kitorang extend ke hari Ahad. After calling pejabat Qatar Airways , benda ni boleh dibuat secara online without any additional cost. Bukan sekali kita orang call tapi berkali kali untuk make sure memang boleh. But ipad yg kitorang bawak ni cuba punya cuba mcm tak go through, so kitornag terpaksa mencari ala2 mcm cyber café.

Cyber cafe in New york

akhirnya jumpa cyber cafe.. aduiii.. jenuh nak tukar tarikh flight. rasanya we all pusing 2 jam cari cyber cafe

So pagi Sabtu hari ketujuh ni, first thing ialah mencari cybercafé. Cari punya cari jumpa satu tp dia bagi ipad jugak utk guna..alamak same case takleh go through jugak. So finally dpt jumpa satu tpt yg ada workstation yg connected to internet. Sementara azni ubah flilght, aku cargas kejap untuk ambil our 2 Day NY Pass. Tpt dia about 10 min walk dari cyber café tu. It cost us dalam RM600 untuk ubah tarikh filigh Qatar untuk 3 orang, tapi this value rasanya kecil jika dibandingkan dengan experience yang akan kita orang dapat.  And memang betul pun kami rasa satu percutian yang sangat best !

korang boleh refer dekat website nih, https://www.newyorkpass.com/

New york pass

Ofis New York pass

Ny Pass

bila dah decide nak tukar tarik baru pergi amik new york pass

Lepas dah confirmed flight tukar, aku ubah2 pulak accommodation yg kitorang dah booked. Mmg all of hotels booking yg kitorang buat ni boleh cancel/change date within certain dateline. Bookinglah jugak hotels lain yg terlibat dlm perjalanan kitorang nanti. hehehe ginilah kalau jenis terjah kan.. acah acah berani sahaja. so far hotel and Inn yang kita book mmg ok. Kali ni we all tak amik airbnb sbb we all sendiri tak tahu pukul berapa akan sampai nnt.

Itulah gunanya internet, senang untuk kita ubah ubah ni. Tapi rasanya apply untuk semua negara melainkan china.. hahaha.. dah kena dulu. Jangan buat main terjah sahaja kalau kat sana yer.

 

Coney Island

Lepas settle tu, kitorang mulakan penggunaan NY Pass tu, sebab harinya diaktivatekan ikut hari yg kita ambil. We took the metro subway train to Coney Island. Lama jugak perjalanan dia sebab kena masuk Brooklyn balik. Rasanya dalam sejam jugaklah. Tapi yang paling tak tahan.. iman tidor dalam stroller. Dia boleh terkencing dalam stroller tu.. adeh.. malu nya… tapi kesian pulak iman kena marah masa tu.. hahah bukan dia nak kencing pun.. dia terkencing masa tgh tidur.

Perjalanan memang terasa lama sebab banyak stop. Rasanya we all salah amik train lah kut.

More info psl Coney Island ni boleh korang google je. Basically tpt ni ialah  satu theme park called Luna Park yg klasik yg terletak dekat dengan pantai. Yg lejen adalah ‘Cyclone’ roller coaster yg dah beroperasi sejak zaman tv hitam putih lagi. Sejak dulu lagi mmg femes dan dlm movie pun mmg baynyk shoot kat sini. Bukan tu je, bagi yg main game tu sure korang tau Coney Island ada di feature dlm some games. Antara yg aku main ialah Need For Speed-Most Wanted. Bila jln kat area tu, terbayang geng2 polis dgn helicopter bagai dok kejar aku dlm Lamborghini aku..hahaha.

coney island

bau semerbak jer nathan ni.. tapi takat ambik bau jelah

NY Pass gives us free for entrance and for all rides..unlimited for 4 hours. Apa lagi we all pulunlah. Mmg best dan teruja sepanjang masa especially Iman. Walaupun hari tu hari Sabtu, queue nya takla sampai 30 jam pun. Satu lagi tptnya tak mcm genting Hiland theme park yg penuh dengan foreign tourist yg mcm semut. Sini mmg lebih ramai locals yg bwk anak jenjalan drp foreign tourist. Tapi tak semua rides yg kitorang naik sebab ada yg rasanya mmg sedikit extreme utk kitorang. Kang tak psl2 kena carik clinic pulak…so..hmmm.

coney island

iman request nak main pasir kat sini, aduii

Satu lagi yang best lokasi Coney Island ni dekat dengan pantai, so ada boardwalk untuk lepak-lepak. Makan waffle. Nak mkn hot dog Nathans tak boleh. Kat sinilah mulanya outlet Nathans yg la ni da ada kat Mesia. Habis Coney Island around 7pm.

coney island

New York Pass

ni mmg kena utilize betul2. Lagi byk tpt kita pergi, lagi untung dari segi kosnya. So next ialah balik semula ke Manhattan utk Night Hop On Hop Off. Masa kitorang sampai kat tpt tu dah dlm pukul 8.30mlm dan our trip was the last trip. Kitorang dok belah atas yang open air tu. Memula syok tapi lepas lebih setengah jam, satu badan sudah menggigil. Sejuk tuuu. Mesti local cakap kita ornag ni giler. Iman tak sanggup tunjuk muka ke depan.. dok peluk dalam baju mama jer. The tour took about 1.5 hours. Banyak jugak tempat yang dia lalu. Selesai Hop on Hop off…one more chicken kebab and lets balik.

gayat weh

NY pass

buat kerja gila, naik bus malam hari yang sejuk nak mampus

 

view new york malam hari, terus teringat cerita sex in the city kan selalu view macam ni

Add Comment

CommentLuv badge