Mencari “hang” di jonker street melaka

Ada apa di Jonker Street ??

Misi iman menjejaki  Hang jebat dan hang kasturi.

Kebetulan ada cuti panjang 3 hari, so we all balik kampung nak jumpa nenek anda atuk iman di Melaka. Kami jejak lagi ke Jonker street. Semuanya bermula bila papa iman menceritakan kisah “hang” 5 bersaudara.. dulu dulu iman kecik lagi jadi kurang faham bila kami cerita cerita rakyat sebegini. Tapi bila dah masuk darjah 1 ni, . Pasti akan ada soalan seterusnya, “macammana terjadi”..”siapa yang buat” ..” so jadi apa” haaa.. macam tu lah soalan dia. dan nasib baik papa iman rajin layan. hahahha…

Rupa-rupanya sewaktu iman and papa keluar berdua nak beli makanan untuk breakfast, 2 beranak ni bercerita sejarah melaka. Maka terkeluarlah nama Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekiu dan hang Lekir . ” hang p mana” saja yang takder.. hehehe.  Papa iman pulak tercerita yang di kawasan rumah nenek dekat dengan perigi hang tuah  so apa lagi, iman pun merengek nak tengok juga rupa perigi hang tuah. hahaha kan dah kena.. sapa suruh cerita. Iman ni dia pantang kalau kita bukak cerita , dia nak tengok sendiri. Cerita mesti kena complete.

Bila balik rumah, cerita tak berhenti disitu sahaja. papa iman cakap,

” jom jom siap siap , lepas breakfast kita pergi jonker street pekena cendol bibik “

Maka bermula misi mencari “hang” di jonker street di tengahari panas rembang.  Padahal iman ni bukannya tahan panas. budak yang dah biasa ber air cond siang malam. Tapi determination dia lain macam pulak kali ni. Macam terpesona betul gaya penceritaan papa dia pasal sejarah melaka. urmm… mesti ada papa dia kelentong jugak nih heheh.. tapi give credit to my husband lah sebab dia mmg kalau bercerita akan bersungguh sungguh, dia memang akan layan betul apa sahaja soalan iman ni. Mama kurang sabar sikit hahaha…

Kalau Musim cuti nak sampai jonker street ni agak mencabar tau, nak masuk area situ pun dah jem.. belum lagi dalam kawasan situ. Masa ni lah gunanya WAZE. So aku punya advice, korang letak kereta di satu tempat dan lebih baik berjalan jer untuk kedua dua makam ni. Kalau dah samapi jangan lupa sedekahkan al fatihah okay.

 

Rasanya korang pun pernah pergi ke jonker street tapi tak perasan kewujudan makam ni kan.??

Macam-macam ada dekat sini. Boleh kata tiap minggu kawasan ni akan pack dengan tourist. aku personally pun suka walau kena harung jem sebab aku suka tengok senibina di kawasan tu. memang cantik kalau sapa yang suka amik gambar.

Jadi kami berjaya menjejak 2 makan disitu . Makam hang Jebat dan Makam Hang kasturi. Bila dah nampak sendiri makam tu, nampak puas hati betul muka si iman. We all sebagai mak bapak hanya support apa yang dia suka. Err.. iman ni minat sejarah lah pulak Eh.. yer ker? Tapi rasanya sebab umur macam ni “curiosity” tu memamng tinggi kan. Kalau minat serjarah heheh sama macam mak pak dia jugak ni. Besar esok nak jadi apa ni Iman.?? heheh tak dpt lah mama tgk anak mama ni jadi engineer ka.. doktor ka.. pilot macam ejaz ka… .. hahah.. tak kisah lah nak.. janji dia berjaya dunia akhirat. Itu doa mama n papa yer iman..
Takpa… budak budak besar macam ni sebenarny lebih kepada “Explorer mood” so kita layankan sahaja. Jangan bunuh minat dia kan..

 


Meh nak citer apa lagi yang ada di Jonker Street 

  1. Cendol bibik ni memang sedap giler kowt… ice dia halusss sangat, santan tak muak, lepas tu gula melaka siap complete manis and lemak. pergh tulis ni pun teringat ingat tau. Tapi aku suggest korang pergi cendol bibik ni sahaja walaupun nampak ramai yang jual. Yang lain tu aku tengok macam tak berapa bersih. cendol bibik ni kepunyaan baba dan nyonya.
  2. Hard rock cafe melaka uools
  3. Muzium Baba and Nyonya
  4. Muzium Maggie yang  menjadi kebanggan orang melaka.
  5. Tugu Gan boon leong – body builder
  6. Sate sedap dikampung jawa
  7. Muzium 3D
  8. Restoran Leque – hispter cafe
  9. Masjid Kampung hulu
  10. Pasar Malam jonker street.

Kalau korang rajin.. susuri lah jalan jalan di tepi sungai melaka tu.. mmg cantik..

Sah lepas ni kena tunjuk makam hang tuah di tanjung kling pulak.

 

2 Comments

  1. myapilot October 26, 2016
    • azni October 27, 2016

Leave a Reply to myapilot Cancel reply

CommentLuv badge