Me’nate memang layak memenangi anugerah

Nama Me’nate itu sendiri sangat catchy bagi aku. Katanya dari perkataan “man + ate”. Golongan yang memakan daging. So to make it interesting di tambah jadi lah Me’nate. Selalu dengar orang kelantan sahaja cakap ‘menate mu’ kaaan. Dan kerana nama “menate” inilah berjaya menviralkan restoran ini bila azwan ali tersalah faham bila salah seorang peminat mencadangkan padanya tempat makan best di “me’nate” ini.

Baca : Tahniah Me’nate

Kedua, adalah kerana salah sorang pelanggan telah menviralkan bahawa dia telah dikenakan caj RM10,000. wah…betul ker?  Mestilah kita terkejutkan. Tapi persoalaanya betul atau tak yer? Entahlah saya pun tak tahu. Tapi bak kata owner Me’nate sebenarnya ada banyak pilihan untuk daging yang sediakan mengikut bajet dan kesesuian.

 

me'nate

ni kongsi ramai ramai… iols tak abis makan sorang

 

Atas isu isu di atas ni, secara tak lansung kita pun terus mencari siapakah owner Me’nate ini dan sejarahnya. Bagi aku sangat sangat menarik kerana bukan calang calang orangnya. Pernah bekerja dengan Ratu Elizabeth pulak tu.


Baca
: Demi Islam, Pakar Daging Ratu Elizabeth ini buka restoran Me’nate

 

 

me'nate

starter weh

Pertama kali kenal Wagyu di Me’nate

Kerana Me’nate lah aku pertama kali mengenali Wagyu, suka betul aku dengar nama ni. macam nama special kan. lembu wagyu (wa bermakna Jepun, sementara gyu bererti lembu) yang berasal dari Kobe, Jepun. Dari sini lah aku pandai cari daging wagyu bila pergi ke jepun pada tahun 2016 dahulu. Harga huhuhuhu memang lah mahal. Tapi demi nak rasa daging tersebut. Rasa?? ummm sedap oit.

Ofis aku ni ada beberapa group ni memang suka sangat untuk makan daging wagyu di sini. katanya memang sedap ya amat.  dikatakan dagingnya lembut umpama mentega, cair ketika di dalam mulut . Tak terbayang aku weh. Aku pulak prefer daging kambing, memang jarang order steak kalau kemana mana. Selalunya abam sahaja yang pilih steak ni.

 

me'nate

proses dry aged

 

Tapi pada Tahun 2015, sempena birthday abam so aku pun bawak lah dia kesini. Special lah sikit kan. Kebetulan masa tu baru  sahaja di buka di bangi. Maka sampai lah hajat nak sampai ke sana. Kena test and try barulah kita tau sedap atau tidak. tapi aku tetap order kambing abam pula dengan wagyunya. hurmm memang lembut.. dapat rasa dua dua kan. Iman pula tak habis habis dengan spagethi.

Sebelum buat pilihan, pekerja kedai di Me’nate normally akan guide and explain setiap daging tersebut jadi kita dah boleh congak congak harga nanti. Jadi aku hairan untuk kes orang terkejut kena bayar RM10k tu.

 

Next time aku nak cuba Dry aged pulak ataupun tomahawk   .. nyum nyum

 

Tips terbaik kalau nak cuba daging ni pastikan medium well sahaja, barulah dapat menikmati hidangan sebenar daging yang lebih juicy

Baca : Dotty’s syurga pastries

 

me'nate

Chef menerangkan jenis jenis daging yang terdapat di me’nate

Yakin dengan tahap halal Me’nate

Sebagai food hunter memang banyak jugak restoran- restoran lain yang aku pernah cuba. Tapi bila ko jejak ke restoran ini memang rasa happy kut.. hahaaha. Sebab ownernya orang islam yang sangat mementingkan tahap halal dalam setiap menu yang disediakan .

“Saya buka restoran ni sebab saya sahut cabaran, iaitu untuk menyediakan steak terbaik tanpa menggunakan arak. Dan saya berjaya lakukannya. Kita kan ada Allah” – owner Me’nate vocket

 

me'nate

proses untuk siapkan rib eye dan tomahawk

Anugerah yang dimenangi

  • “Malaysia International Business Awars 2017- Excellence in Western Steak House” anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada 12 Disember 2017 dan
  • “The Brandlaureate Best Brad in F&B – Steak House 2017-2018″ anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF)” pada 8 Februari 2017.

 

Kelebihan Me’nate

  • Me’nate telah mempunyai beberapa cawangan di sekitar kuala lumpur dan selangor. Setapak, Ampang Jaya, Bandar Baru bangi dan Shah alam
  • Akan membuka beberapa cawangan di beberapa negeri
  • Mempunyai tempat pemotongan sendiri
  • Daging import terbaik dari jepun, australia dan new zealand tapi masih dapat mengekalkan harga walaupun berlaku kenaikan currency baru baru ini.
  • Menyediakan pelbagai jenis hidangan selain dari daging.

 

Tahniah me’nate, aku suka betul kalau orang melayu sukses dalam bisnes perniagaan seperti ini. Apa kata korang pergi cuba try bawak pasangan di hari istimewa barulah rasa berbaloi baloi.

16 Comments

  1. Lya February 27, 2018
    • azni February 27, 2018
  2. Huda February 27, 2018
    • azni February 27, 2018
  3. Haida February 27, 2018
    • azni February 27, 2018
  4. mas saari February 27, 2018
    • azni February 27, 2018
  5. Hans February 27, 2018
  6. Qaseh February 27, 2018
  7. IQ aka Izyan Balqis February 28, 2018
    • azni February 28, 2018
  8. Moha March 1, 2018
    • azni March 1, 2018
  9. lisak March 1, 2018
  10. azrinros March 6, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!