Memori lama berputik kembali

Sekarang ni .. aku macam dah angau kut.. mata asyik  kat handphone jer.. kat handphone jer..

Ini semua gara gara berjumpa semula dengan kawan kawan sekolah rendah tahun 1981-1986.. cer kira.haaa… hampir 28 tahun terpisah tu.. lepas darjah 6 ramai yang berpecah, ada yang masuk asrama dan berpindah.

Mungkin korang yang muda muda ni.. rasa mcm tak ada apa apa lah kan. tapi seronok sebenarnyanya… bila dapat berjumpa dengan kawan kawan lama ni.. ish. susah nak cakap. paling kelakar salah sorang kwn aku(yassin) ni  sendiri cakap sebelum ni..   ni kira statement dari mulut dia sendiri. ” aku pelik lah.. awatlah org umor 40 ni dok gila tgk Fb” masa tu takder wassap lagi… depa dok sibuk cari kawan lama.. heheh.. thn ni kami plak dah 40 .. kan dah kena penangan orang 4oan…  mata dok kerlih kat hp.. kat Fb…  pastu …dok gelak sorang2..

Betullah.. kenangan itu sgt sgt priceless.. to be honest.. memori aku ni mcm terpadam sikit.. sgt sgt selektif… hanya benda benda tertentu yang aku ingat. mungkin sebab kurang bercerita. Bila dah masuk asrama.. mmg banyak terputus hubungan dengan kwn2 sekolah rendah. kawan kawan yang sambung di sekolah menengah di GRik ni masih simpan kenangan yang sama sebab dia orang masih berjumpa

Bagi aku … cara aku translate kenangan ni biasanya dalam bentuk visual.. bau.. dengar.. sentuhan.. ish.. ish.. byk kalau nak citer nih..

kelam kabut aku cari gambar lama lama… kata kawan kawan…aku dulu ni masam.. garang pulak tu.. pengawaslah konon… kalau duty kat pagar.. mmg ambik nama lah sapa sampai lambat.. tak kasi chance .. huhuh garang jugak aku nih rupanya yer.

Korang bayangkan zaman dulu ni dlm thn 1981-1986 .. mana lah ada handphone.. mana ada Facebook nih..  so macam mana nak cari ? cer pikir.. susah woo.. so bab ni.. aku should be thankful lah dengan kelebihan it .. especially facebook ni..mmg cepat kami dapat kumpul  kawan kawan.

memori lama darjah2.jpg

Darjah 2, Srk mahkota sari

korang jgn tak tahu.. setengah nama tu pun aku tak ingat… adalah sorang member ni dok  request add as friend kat fb, manalah nak ingat nama and muka.. rasanya memang dah lama.. akhirnya.. bila tgk mutual friends heheh.. barulah aku accept. masyallah.. kawan sekolah rendah rupanya.  tapi masih tak ingat juga.. terpaksalah soh  dia bagi gambar masa sekolah rendah. Memori aku takat tu jer.. kesian dak? heheh kalau hang baca ni zul.. heheh sorii…..

Kalau dulu balik kampung.. mcm sunyi jerk.. mcm takder apa apa. maklumlah budak asrama..mana ada kawan kat kampung tu.. harapkan jie sorang tu lah. kawan aku dari tadika sampaaai… laaaaaa… nih. Memori aku dengan jie.. aku rasa banyak.. rumah dia di syarikat hasma tu mcm rumah aku la. selamba jer p lepak rumah jie.  Jie ni dulu kira mmg tinggi dengan aku, dia matured awal hehehe… kalau jalan ngan dia mcm jalan adik ngan kakak.  kebetulan kami sama sama ada adik yang sama umur. nuar adik jie.. dan  arwah man yang muda 3 tahun dari kami. Pengalaman yang tak lupa aku ngan jie ni.. kami kena kejar dengan orang gila.. hahhahaha.. lari lintang pukang tak ingat… hhuuhuhu those days…  cepat betul masa berjalan. alhamdulillah dengan jie mmg tak pernah putus lansung sampai ke hari ini.

20140227-013520.jpg

1986 vs 2014, Jie, Janny, Sharon and aku

Tapi kali ni balik kampung baru baru ni penuh dengan mission. mencari port port atau tempat yang dok mentioned dalam wassap.. heheh.. pokok lah.. kantin lah.. kelas lah.. supermarket lah… ish macam flashback zaman dulu balik. hati pun rasa berbunga bunga and nak tergelak dengan semua kenangan tu. laa rupanya kami ni dah “trapped”  or “back to the future” dengan memori sekolah rendah .. patutlah dalam wassap cakap pun dah ckp macam budak budak..

Syukur akhirnya 15February 2014. kami dapat berkumpul buat pertama kali.. haha.. ada yg ketaq lutuq nak jumpa. Perasaan aku.. ada rasa nak nangis..happy sangat.. dok gelak shj tak abis abis.. dok korek balik kenangan lama.  syukur sangat dapat diketemukan dengan kwn kwn lama ni walaupun 2 orang telah meninggalkan kami.. arwah jesman and arwah siti sarah.   Kiranya kami ni.. Last jumpa umur 12 tahun.. sekarang kami dah 40 tahun.  28 tahun tau …  syukur dapat jumpa masa sihat. kita tak tau sapa yang akan pergi dulu kan . opps kena ucap thanks pada jie yang sponsor majlis ni..

20140227-000217.jpg

reunion 2014, Shah alam

Sebenarnya apa yang aku nak share pasal kawan kawan aku.. rasanya dahulu kami tak ada lagi zaman gadget, so masa penuh dengan bermain.. naik basikal pusing pekan gerik yang kecik tu.. pergi makan makan ais kepal, makan laksa.. ada yg kata pernah makan laksa dengan straw.

Tuition pula disekolah sahaja. rasanya cikgu bagi percuma sahaja. aku pernah ikut budak laki pusing pusing kampung.. tapi hubungan kami memang tulus ikhlas sebagai kawan. sekarang ni sejujurnya takut jugak kalau nak lepaskan anak anak begitu sahaja. sbb rasanya zaman sekarang dah tak macam zaman kami dulu laa..

Zaman aku dulu masa penilaian darjah 5… ni nak cerita bab pengaruh kawan lah.. family aku biasa biasa jer. bapak kerja bomba, adik bradik pun biasa shj.. setakat cikgu pun paling tinggi masa tu.  bapak aku mmg tak pernah kisah aku dapat nombor berapa pun. serious ni! bukan mcm zaman sekarang kan.. family aku ni lebih pada bisnes kowt.

So.. tragedi result teruk darjah 4 menyebabkan aku berada di kumpulan yang paling teruk dalam kelas.. sedangkan BFF aku semua dalam group 1.. uish.. makan hati.. makan jiwa.. malu punya pasal for the 1st time aku pulun belajar tau.. kerana kawan,  aku cuba nak improvekan diri aku sendiri. Memang aku ingat sangat saat saat itu.. alhamdulillah.. periksa pertengahan dapat lompat group 1. dan akhirnya penilaian pun aku dapat score 5 A dan akhirnya melayakkan aku masuk MRSM.

so my point here.. untuk kita yang dah ada anak anak.. kalau boleh pastikan betul betul dengan sapa anak kita berkawan. pastikan mereka berkawan dengan kawan yang betul.  well .. itu salah satu pengajaran dari relationship yang tulus ikhlas. Eh bukan kata kawan2 lain tak bagus.. tapi point aku kawan juga dapat menentukan jatuh bangun kita. Sebab dahulu selain family di rumah.. kawan adalah orang yang paling rapat dengan kita. Itulah dunia kita masa tu. Janny Ng, sharon, salawati, sharina.. Jie.. kira BFF aku masa tulah.. pergi mana pun mesti bersama.. parents dia org pun kira kenal rapat.  Ingat lagi pergi rumah sharon tu.. mak dia siapkan kuali asing in case kami datang rumah dia..  Mcm tu jugak janny ng.. rumah dia and adik beradik dia tu kira rapat sgt dengan aku.

20140226-235053.jpg

suatu ketika dahulu.. BFF 1986. dimanakah sharina?

Actually  disebabkan dah lama berpisah ni.. ada juga perasaan.. err.. sharon and janny ni masih boleh treat aku mcm dulu tak.. maklumlah semua dah kerja besar, dah merantau mcm2 tempat.. tapi..rupanya.. dok lagu tu jugak.. fuh! mmg rasa terharu dengan kawan2 aku ni.   Kalau ikutkan kawan kawan yang lain pun tak kurang hebatnya.. ada yang kerja bank, ada bisnes sendiri, ada yang nak jadi YB pun ada… malah ada yang jadi surirumah tangga ( yang ni aku envy sangat hokayy).. tapi.. kami berjumpa seperti kami yang dahulu.. takder pun rasa rendah diri kaa.. apa kaa..

kami adalah kami.. anak anak gerik dan bekas pelajar srk mahkota sari.

Zaman dulu, ada juga konsert dekat Gerik tu.. Hebat wooi kalau ada artis mai. Habiq semua pelusuk kampung mai turun. Masa tu mana ada astro lagi. So kalau tak kat padang.. akan buat dekat LLN..nama lama TNB.. heheh aku tak ingat konsert artis mana.. tapa itulah kenangan dengan sue, zuzila and farah aini… farah.. manalah hang mengilang erk. bukan senang mak and ayah bagi pelepasan tgk konsert.. tapi itulah antara kenangan tidur rumah kawan.

Kalau hari raya.. wah abis pekan gerik pusing. heheh salah sorang cakap aku pernah sampai base camp.. kena naik bas pergi situ. rasanya dalam 5 batu dari pekan gerik. siap naik bas tu nak p beraya. P beraya rumah budak laki plak tu.. Rumah yassin..ish ish…  haa.. zmn skrg ni hado? Ai ikhlas tau p beraya. Bdk skrg,kalau hari raya memerap dalam rumah jer kan.

Ingat lagi arwah mak siap bg dompet kecik utk simpan duit raya.. hahah.. yang tak tahan tu.. mesti tinggal dompet tu kat rumah yg terakhir. 2/3 kali raya macam tu. Rumah aku masa tu kat berek bomba.. tiap kali raya mak mesti buat laksa..heheh maklumlah meniaga laksa.. sapa nak makan free masa tu lah mai rumah pak jakpor..

Haish.. time flies… masa dok menulis ni.. terus terbayang zaman zaman tu.. aduih. teringatnya.. missnya moment tu. aku tgk parents kawan kawan aku ni pun boleh nak menangis.. huhuhuh emo tau.

Korang pernah dengar nama minyak tancho.. hahahah.. aku pun baru ingat setelah kami bukak citer lama.  kenapa dulu salah saorang tu rambunya kemas sahaja… tapi.. bau.. yaa amat.. hahahah.. masa tu mana ada code 10.. betui jugak kan. hehhehehe.. pasal minyak tancho ni boleh buat aku gelak berhari hari .. dan buat research kat internet. malah aku ada rasa mcm nak beli… nak amik feel.

Minyak rambut tancho

Minyak rambut tancho

Mcm aku cakap awal tadi.. bau, visual,  bunyi semua tu menggamit memori lama.  kalau korang yang lahir tahun 1970an-1980an. cuba tengok video yang bawah nih .. heheh…  lepas tengok, korang share balik ngan aku.. apa korang rasa.? hehehe

So sepanjang dok gelak gelak nih.. mmg aku share semua dengan laki aku.. siapakah aku dahulu… and uolls tahu hubby aku ckp… “hurm.. no wonder you macam ni, memang dari dulu you jenis macam nih” hehehe tanpa disedari bagaimana perwatakkan kita membentuk kita hari ini. Aku ni adik beradik ramai .. mak pak meniaga lagi.. nak makan ker .. nak belajar ker.. nak  gosok baju pun pandai pandailah semdiri. umur 8-9thn rasanya dah pandailah buat semua sendiri dah.

Kata kawan aku si faras tu sendiri.. aku pernah buli 2 orang budak laki.. Dia sendiri and sherif lobo ni, aku soh depa basuh akuarium sempena minggu keceriaan kut.. hehehe.. brutal tak aku.. patutlah aku ni mmg selamba jer kerja dengan orang laki.. bak kata laki aku.. aku ni jenih kalau nak buat  sesuatu.. buat sungguh2.. kalau tak nak.. tok sah amik tau.. heheheh… itulah aku dahulu.. sehingga terbawa sampai sekarang.

Jadi mulai hari ini. memang aku nak observe perangai anak jantan aku sorang tuh…hehehhe..

Nasihat aku pada org2 muda yang baca blog aku nih… korang simpanlah gambar2 lama.. satu hari korang pasti nak tengok balik.. documented kan lah kat instagram ka.. apa ka.. waah. mcm buat research nih . serious ni.. one day korang nak kenang balik sejarah lama.

Kedua.. appreciate kawan and segala yang ada disekeliling kita.  kita tak tahu sapa yang pergi dahulu… eratkanlah silaturrahim dengan kwn kwn  ni.. tapi kenalah tahu batasnya especially yang dah kawin and beranak pinak ni. kwn kawan  aku ni…dok ulang banyak kali.. katanya  ingat2 balik.. kita dahulu memang mcm adik beradik dan keluarga. kita kenal semua parents. sebab kami berada di pekan kecil, kami share benda yang hampir sama.

TERIMA KASIH atas kenangan dan moga silaturrahim dapat berkekalan.

Terima kasih pada cikUg cikgu srk mahkota sari, cikgu shahar, cikgu mahazi, cikgu termizi,cikgu thilaga, cigku tan, puan rohani, ustaz yaakob, arwah cikgu fuzlin, arwah cikgu abas, cikgu manja.. dan semualah.. terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan..

 

20140226-235147.jpg

No Responses

  1. Pingback: Tips organise reunion May 22, 2017

Add Comment

CommentLuv badge