McDonalds beri sumbangan RM545 ribu kepada golongan kurang berkemampuan di Kelantan

Mcdonalds beri sumbangan !. McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545,000 di bawah Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini. 

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami komited membantu golongan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara memandangkan ia merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak membolehkan kami terus menjayakan inisiatif-inisiatif kemasyarakatan ini, seterusnya meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini,”

Azmir Jaafar, Pengarah Urusan Dan Rakan Operasi Tempatan Mc Donalds Malaysia

Penglibatan syarikat korporat seperti McDonald’s bersama kerajaan negeri kearah kesejahteraan rakyat merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan dan wajar dicontohi,” kata YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Mcdonalds beri sumbangan

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

  • McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

  • Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah
  • Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara

Program “Kembali ke Sekolah”

  • Lebih 1,400 kanak-kanak dari 48 sekolah di seluruh negeri Kelantan akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
  • Pada tahun 2018, McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald’s dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.
Mcdonalds beri sumbangan

RHMC Malaysia

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Ini termasuklah Program “Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan ‘Gift of Smile’.

Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah membuka Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, yang terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan.

Pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan membolehkan mereka berada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam.

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

One Response

  1. ummi nani November 28, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!