Masih teringat trip ke Washington DC

Trip ke Washington

Hari ini 9 Nov 2016 semua tumpuan pada US sempena election presidential and paling sedih sebab Donald Trump Menang. Sungguh sedih… huhuhu sbb hajat di hati nak ulang trip ke sana sbb Visa masih ada. Bukan apa, takut … Islamophobia makin meningkat jer. Takpalah, ada rezeki kita sampai ke sana. Huhuh now nak mengimbas semula trip ke Washington DC yang best tu.

Antara destinasi wajib kena singgah di Washington Dc ni mestilah White House rumah putih, tempat  Donald Trump menghuni untuk 1 penggal nanti harapnya lah… jangan sampai 2 penggal pulak.

How Our Journey begin

Dari NY we all drive ke  luar dari kota metropolitan tu menuju ke factory outlet Woodbury.  Kalau ke situ wajib tidor semalam yer. Jangan risau , banyak inn berdekatan woodbury tu. Sebab nya.. hahahah tak cukup masa nak shopping di factory outlet tu. Korang baca pasal entri tu kat bawah nih.

Baca : Travel ke New york, Amerika. Satu perjalanan yang tidak disangka

Setelah puas shopping we all terus shoot menuju ke  selatan ke arah washington tapi memandangkan akan ambil masa perjalanan yang panjang. So we all  plan awal awal kena tidor di dellaware, sebelum bergerak ke Philadelphia dan seterusnya ke Washington.

trip ke washington

jalan menuju ke washington DC

 

We all hanya dapat spent 5 hours kut di philadelhpia.  Memula di kawasan historic, kemudian masuk bahagain Town. Masih ingat lagi, we all sempat pergi ke Hard Rock Philadelphia, beli baju HRC beberapa helai. Masa Fall tu sejuk jugak, dan we all bergerak waktu magrib ke washington.  Di sinilah tempat shoot cerita rocky balboa tu. Nanti aku akan buat entri berkenaan Philadelphia pulak.  Kalau sampai situ korang wajib follow larian rocky tau. Kira macam trending lah. Aku siap buat video lagi.

Sepanjang perjalan ke sana, jalan dia punya lah besar, sampai 6 lane pun ada. Lori besar besar  ya amat. Dah lah waktu malam, berdebar debar jugak takut kena lanyak ngan lori gedabak. So we all pasang garmin dan waze serentak. Punyalah takut tersesat kan. Dan paling mencabar drivernya disebelah kiri dan satu lagi yang paling menarik. R&R dia terletak di tengah tengah antara laluan ke utara dan selatan.

We all sampai lewat malam di Washington sebab tak nak melepaskan peluang pusing pusing di bandar Philadelphia  tadi.  Walaupun dah ada garmin and waze tapi we all tetap sesat sbb interchange dari highway nak masuk susur keluar tersangat lah kecik, tak perasan. So asyik terlepas lah. Gaduh pasal jalan tu biasalah yer.. haahhaha.

 

trip ke washington

bangun pagi sebab nak amik gambar scenary pagi masa trip ke washington ni

 

Alhamdulillah senang jumpa INN tempat penginapan kami. Trip kami ini memang touch and go. Masa itu  emas. So hotel hanyalah tempat kami lepaskan letih travel seharian cukuplah sekadar hotel kecik. Tp hotel atau inn dia orang ni tetap kemas and bersih.

Oh ya masih teringat salah seorang cleanernya adalah  orang indonesia. katanya dah lama duduk di situ. Hebat kan, merantau jauh mencari rezeki.  Sebelum tu masa stop isi minyak pun kami jumpa imigran asing bekerja as pump tender. hahah patut lah Donald trump marah, semua jawatan dipenuhi oleh imigran.

trip ke washington

ini subway di washington yang super bersih berbanding dengan new york

 

Disebabkan nak kejar masa, we all terpaksa keluar awal dari INNs tersebut.. Kiranya we all hanya tidor di inn tersebut dalam masa 6 jam. Nak masuk Washington takut ada problem parking. So we all decide naik subway. Berbeza sekali dengan subway di New york. Cuba tengok gambar ni. Sangat spacious subway washington ni, dan yang paling penting tidak sebusuk di new york hahaha. Bau dia ya amat busuk.

 

Trip ke Washington

Yeay kami dah sampai white house. macam besar kalau tengok TV. tapi taklah weh.. kecik jer

Lokasi utama yang we all tuju semestilah white house. Walaupun white house ni banyak bawa berita tidak gembira kepada dunia tapi keterujaaan melihat white house ni sendiri tak boleh nak tahan. huhuh beratus tahun kut sejarah negara Amerika ni. Mestilah nak tengok kaan.

White house ni ada 2 entry. We all masuk dari bahagian yang hanya boleh di lihat dari luar.  Boleh nak masuk dalam white house nih tapi kena beratur tu yang tak tahan tu. We all ni pulak nak kejar masa. Memang touch and go betul. Tapi white house ni taklah besar mana pun . Kalau di bandingkan dengan JPM Malaysia, jauh hebat kut building JPM. Tapi sejarah disebalik white house ni yang sangat sangat bernilai.

Segala bangsa ada kat situ melihat bangunan ni. Aku rasa dia orang pun ada perasaan macam aku kan. Rasa macam tak percaya okay. serius rasa tak percaya. susah nak gambarkan perasaan tu.

Dari white house we all berjalan disekitar kawasan situ yang ada macam macam tarikan pelancongan ada. Cuma  tak larat nak jalan jer.

Trip ke washington

kawasan menarik sekitar white house.. banyak tempat boleh lawat, tapi tak sempat laaa

Bandar washington ni, sangat tersusun dan bersih. lalu lintas pun agak terkawal kalau berbanding new york. Bila kita berselisih dengan muka mat saleh di bandar washington ni  memang terserlah muka muka amarika .. hahah.. kalau kat new york tu susah sikit, sebab macam macam bangsa ada dekat situ.  mat saleh dekat washington ni feature  pun lain dan rambut pun byk blonde jer aku tgk.

 

trip ke washington

Rumah tempat abraham lincoln menghembuskan nafas terakhir

 

Okay gambar di atas ni adalah rumah di mana Abraham Lincoln mati, antara president America yang aku suka dengar pasal kisah kisah sejarah dia. Cantikkan building ni.  Actually tak plan pun nak pergi sini, haha tak tau pun. Tapi terjumpa sewaktu jumpa pusing pusing di kawasan sini.

 

Trip ke Washington

sampai terpejam mata tengok Washington monument sewaktu Trip ke Washington. Best betul

 

Kalau sapa tengok cerita forest gump, mesti nampak gambar atas ni macam familiar kan. Scene di zmn hippies berkumpul dan dia jumpa dengan awek dia. Kawasan sini besar, semua berdekatan dengan white house.  Kami berjalan dari tugu sebatang tu sampai abraham lincoln memorial nih. Letih giler jalan. tapi disebabkan cuaca sejuk, seronoklah. Plus dapat tengok pelancong pelancong yang ada di kawasan sini.  Tugu tersebut dikenali dengan nama Washington monument

Sewaktu sampai di kawasan ini rasanya dalam waktu tengahari.  Paling kagum tengok mat saleh ni pakat-pakat  joging pada waktu waktu macam nih.  hahaha yerlah sebab sejuk kan.. tak macam negara kita.

Nak cerita dengan korang masa di abraham lincoln memorial ni punyalah berebut nak amik gambar sebenarnya, pelancong banyak gila. nasib baik ada bawak selfie stick. hahaha siap jakun mat saleh semua tengok kita orang ambik gambar macam tu. Pastu masa ni jugaklah si hero tu buat perangai, so tak dapat angle yang best. geramm jer.. tapi bawak budak kecik macam tu lah. macam macam hal.

We all duduk lama dekat sini, tengok puas puas, entah bila nak datang lagi kan, kiranya macam tak boleh lupa lah trip ke washington ni.  Sayup jer pemandangan luar tu. Setelah beberapa jam we all hang around kawasan ni, perut pun dah lapar. Nak jalan tak larat, so amiklah taxi untuk cari tempat makan.Kalau ikut bacaan blog dan four square, ada kawasan food truck yang banyak jual makanan halal. Alhamdulillah dapat jumpa. Lega. Sedap pulak tuh .

Gambar di bawah ni adalah news box. menarik sungguh. Selalu tengok dalam movie jer. kaler kaler pun menarik

Trip ke Washington

cantikkan newspaper box nih. macam2 ada.

 

kalau lah aku berpeluang kerja di US, washington ni kira first choice aku la. Sebab memang rasa nyaman dekat sini. alaa.. macam kita tengok Putrajaya sekarang, kan binaan bangunanan nya teratur.  Aspek kebersihan memang tip top.

So dah puas berjalan, we all balik semula dengan naik subway dan  terus ambil kereta. Sewaktu jalan ke luar dari Washington, tah macammana garmin bawak kami pusing area sini balik.  Tadi perjalanan kami limit dengan jalan kaki sahaja. Bila naik kereta baru nampak punyalah banyak muzium di washington ni. Salah satu muzium yang patut aku masuk adalah smithsonian muzium yang banyak memaparkan dinasour dari zaman dahulu kali dan barang barang pelik serata dunia. Terasa rugi sangat.

BACA : Travel ke New York

Haish.. how i wish kalau dapat repeat lagi trip ke washington ni. Tapi US ni negara nya sangat besar. Setiap satu kawasan tu ada tempat menarik. Agaknya kena amik cuti setahun kalau nak cover semua tempat nih.

Amerika memang sangat menarik bagi aku, dari makan, tempat melawat, scenary, shopping dan tak ada masalah komunikasi lansung berbanding dengan Europe. Ada rezeki memang nak ulang lagi. Insyallah.

Add Comment

CommentLuv badge