Malaysia Halal Expo 2019 medan permulaan makanan halal diterima baik di Jepun

Tokyo Olympics 2020 dan Tokyo Paralympics 2020 akan menjadi satu medan dalam  usaha menjadikan  produk dan perkhidmatan halal diterima dalam pasaran Negara Jepun. Namun sebelum ia diterima baik di sana,    , strategik agensi  dibawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan berharap Malaysia Halal Expo 2019, (MHE2019) pada 24-26 Januari akan mendapat sambutan hangat dari kesemua SME yang  akan terlibat dan juga dari pengunjung kelak.

 

Malaysian Halal Expo 2019

 

Aku memang berharap event MHE2019 yang akan berlansung di KL Convention Center kelak akan menjadi satu event yang sukses, dan membuka mata negara Jepun betapa kita mempunyai pelbagai produk yang sangat berkualiti dan yang penting ianya halal. Pengalaman travel  ke Jepun sebelum ini membuatkan aku menyedari betapa pentingnya produk produk halal perlu menembusi pasaran sana.

Kisah travel aku disana memang menjadi memori yang indah. Sewaktu mencari makanan halal  tidak sesat tidak sah lah hahhaha…, kalau jumpa tempat yang berdekatan pula ianya bukanlah harga mampu milik untuk backpackers seperti aku.  Gigit jari dan telan air liur sahaja walaupun jenuh menabung untuk travel.

Tapi sempat juga kami merasa beberapa kali di restoran halal, jadilah buat kenangan merasai makanan disana.

Walaubagaimanapun, aku memang yakin, rakyat jepun sendiri pasti tertarik untuk mencuba makanan dan produk khalal dari negara kita nanti. Cuma kita perlukan promosi yang hebat dan inilah yang di lakukan oleh  Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang mana kabinet telah bersetuju untuk menandatangai Memorandum of Comitment (MoC) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun.

 

Malaysian Halal Expo 2019

Susulan itu, satu Majlis Pra Pelancaran Malaysia  Halal Export telah pun disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan  pada 8 Januari baru baru ini di Cyberjaya

 

Sedikit perkongsian berkenaan Malaysia Halal Expo 2019  (MHE2019) yang akan diadakan nanti. Dalam konteks event Malaysia Halal Expo Halal bukan merujuk kepada makanan semata mata, tapi ianya lebih meluas, ia lebih dari itu

Perasmian Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE2019 )  akan disempurnakan pada 24 Januari 2019  pada jam 2.30 petang . Malaysia Halal Expo 2019 turut bekerjasama dengan JAKIM , Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM) sebagai rakan strategik dalam menjayakan ekspo ini.

 

images from https://www.havehalalwilltravel.com/blog/muslim-friendly-japanese-snacks/

Malaysian Halal Expo 2019 Clusters

  • Halal Food
  • Halal Bioteknologi
  • Halal Farmaseutikal
  • Halal Bahan ramuan
  • Halal Kosmetik
  • Halal Lojistik

 

Aktiviti Utama  Malaysia Halal Expo 2019

  • Pameran Halal
  • Pocket Talk
  • Business Matching
  • Islamic Innovation Challenge

Pocket Talk kelihatan seperti satu aktiviti yang menarik bagi aku. Ianya adalah sesi perkongsian maklumat ringkas dengan pembentangan dan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan dengan pengeksportan produk dan perkhidmatan Halal. Selain itu, sesetengah sesi akan mengadakan sesi perkongsian oleh syarikat yang telah berjaya mengeksport produk mereka terutama ke Jepun. Bukan senang untuk kita mendapat ilmu semudah ini.

5 sesi Pocket Talk3 sesi forum2 sesi singgah santai Selebriti (menampilkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail) dan juga agensi-agensi yang terlibat seperti SME Bank Berhad, JAKIM, Matrade dan lain.

Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award  pula kepada SME yang berinovasi dalam industri halal dan juga business matching yang melibatkan antara usahawan dengan syarikat-syarikat daripada negara Jepun dengan anggaran potensi jualan sebanyak RM50juta.

Rekabentuk & Budaya dalam Industri Makanan

Aku teringat dalam salah satu subjek yang pelajari sewaktu ijazah sarjana dahulu. Dalam kelas ini  kami membincangkan betapa pengaruh budaya dan rekabentuk boleh menembusi ekonomi negara. Aku ambil contoh demam K-pop yang melanda negara kita, kesannya kita lihat betapa banyak restoran korea yang menembusi pasaran F&B dan juga telah menjadi satu trend dikalangan anak muda negara kita.

Jadi, Olympic 2020 pula adalah satu platform yang memang terbaik untuk kita membawa satu memperkenalkan produk dan servis halal dari negara kita. Bayangkan negara negara islam yang akan turut serta dalam sukan bertaraf dunia nanti. Bukan sahaja Indonesia dan Brunei, tetapi termasuklah dari negara UAE, Turkey dan lain lain.

Cukup besar!

Yang paling best aku tengok disini usahawa usahawan SME pasti akan peroleh keuntungan yang berlipat kali ganda dengan matawang Jepun yang jauh lebih tinggi dari negara kita. Eh.. silap silap nanti aku pula yang berniaga haahaha.

Peluang dan ‘karpet permaidani‘ telah disediakan di Malayasia Halal Expo hanya perlukan penggerak sahaja untuk ke sana.

Aku membayangkan next trip aku ke Jepun yang aku dah plan pada tahun February 2020 nanti  produk halal boleh sudah mulai masuk di Family Mart. Sangat sangat membantu bajet traveller seperti aku.

Info Penting

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka di www.halal-expo.my.

  • Tarikh : 24 hingga 26 Januari 2019  (Khamis-Sabtu)
  • Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang  
  • Lokasi : KL Convention Center

30 Comments

  1. el January 24, 2019
  2. Mia Zain January 24, 2019
  3. Suria Amanda January 24, 2019
  4. Kayathre January 24, 2019
  5. Fadzi Razak January 24, 2019
  6. Mek oNie January 24, 2019
  7. Nina Mirza January 24, 2019
  8. Mahamahu January 25, 2019
  9. Hanny Abdullah January 25, 2019
  10. huda halid January 25, 2019
  11. Julia Mahir January 25, 2019
  12. JMR January 25, 2019
  13. henrytan January 25, 2019
  14. Ayu Rafikah January 25, 2019
  15. YB Shehan January 25, 2019
  16. Syiera Mat Saman January 25, 2019
  17. Mariana January 25, 2019
  18. dyamohamad January 25, 2019
    • azni January 25, 2019
  19. Athirah January 25, 2019
  20. nikkhazami January 25, 2019
  21. Ai January 25, 2019
  22. Min January 25, 2019
  23. NORLIZA BINTI NORDIN January 25, 2019
  24. Lya January 25, 2019
  25. Nadia Johari January 26, 2019
  26. Ann Noura January 26, 2019
  27. Ann Noura January 26, 2019
  28. sueizza January 27, 2019
  29. Salina Johari January 28, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!