Makan best di Johor Bharu

Makan best di Johor Bharu. Kali ini aku nak share beberpa tempat yang best dan patut korang terjah macam aku. Actually dah sampai ke johor bahru ni beberapa kali dah. Haaa.. Kalau nak berjalan acara utama yg mesti dilakukan adalah mencari tempat makan yang menarik dan mesti dilawati. Alhamdulillah ramai yg share maklumat yang best macam ni di blog dan website.

So aku pun ada tempat favourite yang mesti pergi kalau turun ke jb. So ini dr kaca mata dan tekak aku lah yeeer… Korang kena ada plan bila dan masa yang sesuai untuk terjah tempat tempat ni.

Senarai tempat Makan best di Johor Bharu

1. ABC Special Kg.Melayu
2. Murtabak Cheese Majidee
3. Kacang Pool Haji, Larkin Bomba
4. Tahu Bakar Tepian Tebrau
5. Ketam Telur Asin di Ikan Bakar Bbq Tiptop,tepian Tebrau
6. Baby Crab Goreng (Gerai kuih muih Jalan Wong Ah Fook yg aku terjumpa semalam)
7. Seafood kat Senibong seafood
8. Putu Bambu ayer hitam
9. Mee Sup Tulang cafe benafee
10. Restoran singgah selalu – pau cicah kari, sup bontot goreng
11. Mee lahanat – stulang
12. Mee rebus tulang ZZ
13. Pisang goreng mawar
14. Majid murtabak cheese

 

Mee rebus tulang ZZ 

Makan best di Johor Bharu

Korang tahu  kalau aku ada 3 hari di Johor bharu maka tiap tiap hari lah aku akan jejak ke mee rebus ini , Ada orang suggest jugak mee rebus haji wahid tapi disebabkan boleh didapati di putrjaya hahah aku lebih rela untuk ulang makan yang ini.

Kombinasi tulang tu dengan mee tu memang sesedap rasa sangat lah.  Blend very well.  Restoran ZZ ni sebenarnya dah buka 3 cawangan tapi aku tetap suka pergi ke kawasan hutan batu ini. Sebab dibawah rimbunan pokok pokok yang nyaman gitu.

BACA : Makan Best di Melaka

 

kacang  phool balai bomba larkin

Makan best di Johor Bharu

Yang ini pun menjadi kegeliaan aku kalau kesini. Tak sama kalau makan di KL. Entahlah kenapa. ROtinya ka.. ataupun kacang pool itu sendiri. Sedap oit. Payah nak jumpa dekat KL yang sedap macam nih.

2 Comments

  1. TATI MANSUR March 28, 2018
    • azni March 28, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!