Mahal harga Gear box rupanya

Selama harini aku tak berminat nak amik tau pasal kereta, sbb semua cik abam yang uruskan. err.. actually sengaja tak nak amik tahu. hahaha jahat dak. Biarlah itu teritory mr. asben. Dapat road tax baru ni pun nak tampal road tax baru pun soh mr. asben yang buat. saje jerk… nak bermanja. orang pompuan ni kalau terlebih independent pun susah jugak.

okay btw.. nak citer jugakk pasal gear box kereta ni. bukan sup gear box hehhehe

nak jadi cerita,  pada hari isnin masa nak pergi kerja, aku dok tengok asben dok diam dalam kereta, eh .. awat tak gerak gerak lagi ni. dok bertafakur apa pulak. rasanya dah keluar lama. huh! katanya kereta tak boleh gerak.  Tekan “D” tak boleh gerak lansung. tekan “1” boleh.. “R” boleh. katanya ni simptom kali ketegia berlaku.

Maka bermulalah episod pening kepala.

selalu orang cakap gear box ni memang mahal. and ramai yang jual kereta bila gear box dah start buat hal. tapi nak kumpul modal deposit pun satu hal juga kan.  dan bernasib baik we all ada 2 kereta, hehehe sejak ada kereta sendiri ni yang mula ambil tahu pasal kereta.

Memandangkan amil insurans dengan Tan Choong Levina, nasib baik we all call dan towing cost di cover sebanyak Rm300. so, sapa sapa yang ada problem kereta pastikan you all check dengan insurans company dulu. memandangkan selama ni mmg servis dengan Nissan so we all decide hantar ke nissan service centre. So penantian nak confirmkan betulkah Gear box problem umpama menunggu orang nak beranak. Yang pasti mr. asben dah terpacak rambut katanya nak pikir ongkos yang nak kena standby.

kos repair gearbox

akhirnya dapat call dari nissan.SAH!! memang ada part dalam gear box yang problem.

and it cost us RM5,800.00 ..Omaigod.. mahalnya. tambah lagi kalau yang original gear box dalam RM10-15k. aduh mak ai.. mana nak cari duit.

tapi.. service center ni agaknya paham masalah we olls.. nak raya ni weh.. so dia kata boleh cari yang rekon dalam Rm3200.00. plus upah pasang agaknya sampai RM4000. Melopong lah we olls. abis bajet jalan jalan cari makan .

Nasib baik ada kawan yang cakap .. cuba tanya komuniti kat FB kut dpt yang murah. malanngya utk nissan levina takdelah pulak.  Tapi mr asben dah call beberapa tempat kedai potong. dan dapatlah rega RM1,500. oo baru aku tahu rupanya boleh jer cari spare part mcm tu. rupanya kena trade in pulak. Aduh . dah jadi chicken and egg.  tanya nissan katanya tak bukak lagi. so kena bg dia dulu. abis tu mcm mana???

satu malam tgk mr. asben berpusing pusing cari idea mcmmana nak keluarkan balik keter dari nissan pulak. sbb sah sah kos lebih mahal.  hahaha kesian pulak tgk dia. makanya.. aku lah cuab sedapkan hati dia.. susun balik apa yang perlu dibuat.  mcm2 skrip dah standby mcm mana nak keluarkan balik kereta tu. kalau kereta tak boleh jalan mestilah nak kena panggil towing car. sah sah ada cost dekat situ.

Pagi pagi esok e all terus call 1 skyt towing ni nak tahu berapa cost akan kena memandangkan byk jer kes org kena ‘pau” dgn towing car nih .  Okaylah dlm 30Km harga dalam RM150.00 taklah sampai RM500.00

tapi.. nak bawak p mana?? hahahah workshop tak cari lagik.

nasib baiklah aku ni sampai opis tanya dia org mana tempat yang reliable dan okay. sbb selama hari ini asben hanya servis di NIssan center walaupun dah 5 tahun.  mengikut recommendation, ada satu kedai di serdang. ownernya nama AH Seng. sgt tiptop walau pun lambat.

Kebetulan tetiba kereta tu boleh terus keluar dari Nissan center. tak payah pakai towing car. haaa .. pelikkan.. pelik dak? nnt aku citer

Maka bila sampai di kedai ah seng we all cakap sikit jer tanpa bagi tahu gear box yang problem dia terus ckp itu simptom Gear box . Confirm katanya. untuk kereta levina katanya.. pagi pagi shj yang bermasalah nak gerak wpun gear box problem, masuk tenghari dah panas mmg boleh jalan. tapi kalau kereta perdana, myvi or proton.. confirm terus tak boleh gerak.. see.. satu ilmu baru aku dapat hari ni.

So option yang tinggal… 1. ambil kereta potong punya yangdalam range rm1500 tapi warranty 10 hari. 2. rekon yang di provide oleh gear box specialist di ampang dalam rm 1900.00 warranty 6 bulan. hurmm.. da serikkan.. so we all decide for option2. maka total cost dalam RM2400 sekali upah pasang dan siap dalam 2 hari.

kenapa aku tulis entri ni? heheh sbb aku rasa org perempuan kena amik tahu jugak sedikit sebanyak. 2. sebagai sharing info sbb masa aku google tak jumpa pulak.

moga info ni dapatlah bantu orang lain jugak ..okay… jaga keter elok elok yer.. nnt melayang duit. huhuhuh..

Add Comment

CommentLuv badge