Day 1:Langkah pertama ke negara uncle sam, Amerika

#throwback Berdebarnya nak travel ke Amerika

Perasaan travel kali ni memang lain… berdebar !.   Mmg teruja tp at the same time plak tak mcm trip trip berjalan mkn angin spt sblm ni.. Lagipun  sbb bukannya p suka suki. Trip ni membawa segunung harapan gitu..  Travel ke Amerika untuk menuntut ilmu.

Trip ni actually pada akhir Oktober 2014. Lama dah kan. But better late than never lah kan. Hehehe..tapi dah late yang amat ni. Anyway aku harap korang dapatlah sesuatu dari entri ni ye.. Enjoy !

To be frank mmg rasa nervous ya amat… Dok pikir lah awat aku nerbes ni.. Pikir punya pikir Maybe disebabkan faktor negara yg agak jauh nak sampai. Rasanya ni trip ke tiga yg paling jauh.. Dulu pergi umrah ramai2 dlm satu group.. Lepas tu p europe plak dgn abg n kakak ipar.. Kali ni p Ngan anak beranak jer. Huhuhu moga moga selamat sampai dan balik nanti,

korang boleh follow IG aku dengan hash tag #fairasaznitravel sbb aku tak banyak up gambar dekat sini

 

Menuju ke KLIA

Dari rumah ke KLIA, rasa berdebar debar dan excited bercampur-campur tapi maintain cool ajer. Bayangkan perjalanan dari KLIA ke JFK nanti lebih kurang 24 jam. MasyaAllah..macamana agaknya nak habiskan masa dalam flight tu nanti. Iman ni agak-agak macamana pulak peel dia nanti dalam flight. Jangan dia restless dan merengek sudahlah.

Kebetulan our taxi driver tu pernah belajar di Orlando katanya, and then terbuka cerita yang kami nak pergi ke New York. Apa lagi rancaklah perbualan kami sepanjang menuju ke klia.

Antara yang kami risau, macamana nak tolerate dengan cuaca di sana nanti..dengar citer biasanya fall season cuaca sudah mula sejuk. Hopefully its going to be a fruitful conference and training for mama. Mintak2 lah flight semua selamat, sudahlah case MH370 dan MH17 masih hot lagi.

Hai..macam-macam  dalam kepala ni.

Amerika ni negara yang amat luas, rasanya dapat cover new york dan washington pun dah satu rahmat.  Walaupun banyak cerita yang tak best kita dengar pasal amerika tapi kami satu family memang teruja ya amat. Harapnya travel ke amerika kali ini dapat berikan seribu kenangan indah untuk kami anak beranak kenang sampai bila bila.

 Or mungkin akan jadi inspirasi untuk iman sambung belajar di sini nanti.

Kami akan touch down di JFK sebelum menjelajah ke beberaap state yang lain, dalam perancangan akan ke New York, New Jersey, Philadelphia, Delaware dan Washington.  Walaupun ramai yang cadangkan pergi ke Boston, tapi dah kaji route macam tak sempat sahaja ni.

 

Travel ke amerika

Terpaksa pinjam bag abang sebab dijangkaka bag akan beranak. heheh ni lah cerita travel ke amerika

 

Qatar airways

 

Keterujaan yang Melampau

Maklumlaah .. Aku bukannya graduate amarekaaa… Local U sahaja. Bila dengar  cerita kawan kawan yang sambung belajar di US ni memang dia orang tak lepaskan peluang travel seluruh pelusuk Amerika. Dari utara ke selatan, dari barat ke Timur. Sanggup kerja part time nak travel bumi Amerika ni.  Jadi untuk aku yang  mmg tak pernah jejak bumi uncle sam ni memang dah tahap tak sabar sangat sangat.

Kekangan masa yang ada buatkan kurang research pasal travel ke Amerika or uncle sam. Nasib  baik my superman mmg terer bab2 ni. Dialah yang siap research, prepare itinerary, plan mana nak route nak pergi dan jugak bajet untuk setiap airbnb and hotel yang akan kami stay sepanjang perjalanan nanti.

 

BACA : Travel ke amerika, satu perjalanan yang tak disangka

Cerita di KLIA

Sampai KLIA dalam pukul 11malam, flight pukul 3pagi. Dari KLIA akan transit di Doha dan kemudian terus ke JFK. Alhamdulillah perjalan dari KLIA -Doha-JFK airport dipermudahkan. Pengalaman pertama menaiki Qatar Airlines mmg tak ada masalah. Iman pun happy jer..tak merengek langsung dalam long hour flight tu. Apataknya dok layan game lah,,tgk movie lah. Tapi sesekali dia mengadu ‘boring’ jugakla tapi kejap je. Budak 5 tahun kan.

Flight dari Doha ke JFK rasa mcm kurang bosan sikit, mungkin keadaaan waktu semasa (siang) dan juga excited nak sampai kot. Cuma flight dari Doha ke JFK ni ramai passenger yg rasanya samada dari India, Pakistan atau Bangladesh yg onboard. Tak sure apa urusan derang ni.

Transit kami di Doha juga smooth. Transit yang pendek ni sebenarnya kita tak ada masapun nak relax. Keluar flight..jalan masuk airport..scan itu ini, carik toilet, dok kejap, dah kena boarding balik.

Lebih 24 jam in total dalam flight Tuhan je yg tahu. Dah berapa byk movie aku tengok. Main game lah..hehe. Terlelap kejap, sedar balik..macam tula, especially masa flight dah more than half way journey to Doha.

travel ke amerika

iman pun teruja ya amat nak travel ke amerika ni. asyik tengok dalam movie jer. nnt boleh tunjuk scene movie yang best shoot kat new york

Tersilap order makanan

Layanan Qatar Airways mmg best. Masa pre order makanan kat website, kitorang tak perasan yg kitorang order snack yg sama berulang-ulang sepanjang perjalanan. So, pramugari tu perasan dan tanya if we want to try a different menu..Eh tak apa ke ? She said its ok. I’ll check for you. If there’s extra dia akan bagi.

Waah baiknya, Dan akhirnya dpt jugak kitorang try snack2 lain seperti pita lah sandwich la..dlm flight tu. Kepala pulak ada pening jugak, so mengada mintak panadol kat  peramuagri tu. Tapi Panadol aku lambat sampai skit daa..maybe sebab aku sebut panadol kot..should be Aspirin..sbb yg sampai tu aspirin. Sebab apa aku request Panadol…bukan migraine, pening skit je.

Day 1 – Arrival

JFK airport

Airport JFK yang tak best hahahah

Akhirnya, sampai juga di bumi Amerika. Touch down dalam kol 3ptg. Rasa macam tak percaya, macam mimpi pun ada. Teruja, berdebar, risau, seronok, mcm2 ada. JFK airport ni byk aku tgk dalam movie. Ingatkan besar giler, tapi biasa2 je but facilities semua ada.  Ada free wifi, tp mcm lambat nak connect. So aku guna mobile data dari local telco je dulu sebelum tukar sim card T Mobile.

First thing first – test cuaca..klua jap…heheh..waaa..sejuuk beb best best.

Second – communicate dengan owner rumah. Nama dia Elizabeth di St Marks Avenue, Brooklyn…wow..gempak. Brooklyn tu…gangsta rap n hip hop brother ! Accommodation kita orang for the first 5 days tu boleh diclaim semula, due to mama’s 5-days training kat situ.

Our accommodations kat Brooklyn booked melalui AirBnB. The first 5 Days tu, kitorang pilih yg sedikit selesa, boleh masak semua.

Perasaan berbunga-bunga ni naik taxi dari JFK airport ker Brooklyn.Cab di sana boleh swipe jer credit card dari passenger seat belakang, and nampaknya kebanyakan taxi driver macam bukan American..ada yang mcm Mexican, Indian, Latinos… Slang derang pun ada lain skitlah.

Mencari kunci rumah – AIRBNB

Experience pertama ialah mencari kunci yang disimpan oleh owner. Pusing punya pusing barulah dapat bukak safety box tu untuk dapatkan kunci. First time guna AirBnB nih.

Ooo..mcm ni rupanya style rumah ala sesame street ni, juga dipanggil brownstone house. Dapat tingkat atas sekali ( tingkat 3). Penat jugak nak panjat tu. Tangganya sempit jer dan berbunyi2 bila pijak…hehehe. Dahlah dengan luggage yg besar. Bila naik kitorang akan passed by pintu rumah yg lain.

 

Cerita rumah AIRBNB

Ok sedikit kesukaran keliru utk switch on lambu kat sini..terbalik petiknya. Ke atas tutup, ke bawah buka…hehe. Selesa jugak rumah yg kitorang dok ni. Cuma taka da TV channel tp ada dvd player dan ada some DVD collection. Dapur dan peralatan semua cukup.

BACA : Airnbnb alternatif percutian murah

Pusing-pusing jap di Brooklyn

Masa tu dalam kol 6 ptg gak and dah hari mula nak gelap. Letak bag rehat jap and turun jalan2 sekitar St Marks. Semua ada dekat2 tu, Starbuck, kedai T Mobile, Laundry, Grocery shops, Pharmacy…cukup. Memandangkan kitorang tak byk small change USD, so kenalah membeli itu ini sikit utk tukar note. Gi Pharmacy..beli Starbucklah. Aku tukar sim card T-Mobile kat situ, so guna line sana. Lagi ekonomi.

Feel masuk Starbuck kat sana tak mcm kat sini. Sana Starbuck ni mcm local café joint lah.

We even  noticed sorang homeless lady lepak minum kopi sambil baca paper. Kalau pagi2 mmg pjg queue sebab org take away sebelum gi keje. Harga minuman pun sedikit murah dari Malaysia. Penat dlm flight mmg tak hilang lagi dan memandangkan hari dah gelap dan cuaca dah mula sejuk, kitorang balik rumah and tido.

Esok  nak hantar mama ke tempat training dia tu.

BACA : Jalan Jalan di Brooklyn

 

One Response

  1. AFana July 13, 2017

Leave a Reply to AFana Cancel reply

CommentLuv badge