Lake View College tawarkan program peringkat diploma

Peluang belajar di Lake View College (LVC)

Ilmu itu benteng utama untuk meningkatkan taraf hidup kita. Tanpa Ilmu kita sebenarnya akan ketinggalan. Pokok pangkalnya kena terus berusaha untuk meningkatkan diri. Peluang belajar untuk masa kini jika berbanding zaman dahulu sebenarnya lebih banyak. Banyak bidang yang telah berkembang dan bercambah.  Lake View College (LVC) menawarkan jurusan atau bidang yang mampu berikan peluang pekerjaan yang sangat baik kepada graduan.

Selepas tamat SPM, mesti ramai adik-adik yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk menyambung pelajaran masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama adik-adik tidak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Tentu rasa kecewa kan?

BACA : KEGAGALAN YANG PENUH HIKMAH

Pada ketika itu, ada yang mula hilang minat untuk menyambung pelajaran dek kerana kecewa apatah lagi, apabila melihat rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan diri adik-adik? Tidakkah adik-adik mahu menyambung pelajaran sama seperti rakan-rakan yang lain.

Usah risau, walaupun tidak berjaya mendapat tempat di IPTA, adik-adik masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort.

 

L.V.C Nursing College from anis on Vimeo.

 

Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif. LVC menawarkan pengajian yang menarik dengan program pengajian yang pelbagai mengikut keperluan masa kini.

Program pengajian di peringkat Diploma

  1. Kejururawatan,
  2. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
  3. Kesihatan Persekitaran,
  4. Pengurusan Hotel,
  5. Pengurusan Pelancongan,
  6. Pengurusan Perniagaan dan
  7. Perakaunan.

 

Untuk makluman ibubapa dan adik-adik, LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Bantuan kewangan? Usah risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan hasrat adik-adik untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.

 

Untuk makluman adik-adik lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada.

Bagi mereka yang berminat, boleh layari laman web LVC, http://www.lvc.edu.my/ atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut.

10 Comments

  1. Lya July 10, 2017
    • azni July 10, 2017
  2. Mama pipie July 10, 2017
  3. Julia Johari July 11, 2017
  4. lisak July 11, 2017
  5. YB Shehan July 11, 2017
    • azni July 11, 2017
  6. mas saari July 11, 2017
  7. Nina Mirza July 12, 2017
  8. Atcwu August 8, 2017

Leave a Reply to lisak Cancel reply

CommentLuv badge