Jangan sebab nak kurus dan cantik sahaja, tapi yang penting sihat.

Jangan sebab nak kurus dan cantik sahaja, tapi yang penting nak sihat.

Di saat saya menulis ni.. adik beradik saya tengah sibuk dok berwatsapp pasal aspek kesihatan. Maklumlah masing2 dah menjangkau umur 40 an ke atas… termasuk saya yg akan capai umur 40 tahun akan datang.  Alhamdulillah sekarang semua dah sedar betapa penting nya jaga kesihatan.  Bertitik tolak melihat keadaan bapa saya yg agak uzur sekarang nih, timbul rasa serik dan cuak org perak cakap.

kalau ikut data statistik, kononya orang malaysia ni ramai yang dikatakan kena penyakit kencing manis.. heheh penyakit orang kaya. tapi tak sebenarnya tidak… semuanya berpunca dari pemakanan yang tak seimbang.

Saya suka nak share dari real case/story.  supaya jadi pengajaran dan  sempadan.

penggunaan minyak masak kena betul

penggunaan minyak masak kena betul

Salah seorang kakak saya ni dlm umur 50an dah kena penyakit darah tinggi dalam 3/4 thn lepas.  katanya salah satu kesilapan adalah recyle minyak masak yang sedia ada atau ulang ulang pakai.   Lagi satu suka sangat beli rangka ayam di pasar malam katanya.. haa.. tu dia.. tanpa sedari perbuatan kita 20 tahun lalu .. memberikan kesan dan akibatnya 20 thn kemudian.   tambah pula ada keturunan yang punya darah tinggi.. so kebarangkalian pun tinggi lah.

So sekarang kakak saya ni cuba ubah lifestyle dia.. rajin bersenam, dan beli dapur khas yg kurang menggunakan minyak walaupun harganya agak mahal tapi demi kesihatan kan. dan sekiranya BP dia agak tinggi .. dia akan bersenam, cukuplah dengan brisk walk.

Begitu juga kes dengan mak mentua kakak saya, orgnya kecik sahaja. Tapi terpaksa buat pintasan jantung baru baru ini. semuanya gara gara   kesilapan yang sama. menggunakan minyak yang sama berulang kali.

mama pun kena senaman kan

mama pun kena senaman kan

Minggu lepas, suami saya pula dikejutkan dengan kematian salah seorang rakan pejabatnya. usia pun agak muda dlm 32 tahun. Orangnya agak aktif. tapi ada blockage dia area  saluran, sesak nafas dan meninggal.  Saya pernah dengar talk kevin zahri. katanya orang laki dengan wanita ni berbeza. org perempuan byk kawasan storage lemak..heheh tu yg kat peha, perut tangan pun mengembang. Tapi untuk kes orang laki,  kebanyakkannya attack di kawasan salur darah yang mana akan menyebabkan kawasan salur darah tersumbat. so sebab itu lah kebanyakkan kes jantung ni melibatkan kaum lelaki.

Dah masuk umur 40an, penyakit pun mula datang.. saya cukup takut kalau kena kencing manis, macam kes bapa saya. akhirnya ia melarat ke buah pinggang, paru paru dan juga jantung. pengambilan air pun kena suka. 1 botol air mineral sahaja. tapi kadang2 bapak saya ni degil org tua kan.. nak mkn and minum berlebihan. Serba salah dibuatnya.

 

nih i nak share dari salah sorang blogger terkenal yang dah famous jadi pengacara, hanis zulaikha

kurus dan cantik ‘Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar’? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner Keknis memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit.

Detox, masih dalam topik penyahtoksik (detox). Sebab Keknis suka gilos makan dessert/pencoci mulot, jadi banyak sugar dalam badan. Sugar tulah yang boleh menggemukkan! Maka, selain cuba membalas balik dengan air mineral, setiap malam sebelum tidur Keknis akan minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.
selain dari tu dia juga rajin sangat bersenam. almost setiap hari walau 30 mins.
Kalau ikut kevin zahri pula.. hahahah nasi hanya senggengam yer… tengok sat tangan masing masing..kih kih.. untung org yang besar tu kan.
Saya ni mmg suka makan.. so saya pun dalam usaha nak cuba untuk kurangkan makanan  esp. dessert.  sedap sunggoh kan.  Macam kes saya, masa masuk kat USM dulu..  kawan kawan ramai,   makan pun sedap. so berat naik mendadak. huhuhu. tapi dalam sebulan saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 6kg.. dengan aerobik setiap hari  paling kurang 3o minit dan hanya minum air kosong atau suam. tapi sekarang dah tak berjaya kalau nak buat mcm tuh  sbb metabolisme dah rendah.
Masa nak harung master degree ari tu, esp nak siapkan thesis.. tiap hari saya balun 3 in 1 nescaffe dlm 4 sachets.. tu diaa….. punyalah naik mendadak sampai 61kg.  sampai lah byk org tegur.. tension tension
kebetulan  kakak saya jual shape plus.. so pulun makan tu untuk 3 bulan .. it works.. dapat lah turun .. skrg berat maintain 56kg.  yang ni i tak bersenam sgt hanya ambil produk ini. owh dan juga fiber sekali.. haa.. barulah sedap “beryy” bak kata hanis zulaika… disebabkan metabolisme slow lah i ambil product ini..  beberapa hari pertama saya ambik. tu dia.. badan keluar peluh busuk… ulang toilet  mmg banyak. tapi badan rasa ringan sangat. kalau sapa2 nak try boleh le p visit facebook nih.. https://www.facebook.com/ShapePlusHannah skrg pun tengah ada promosi hebat. Kak ipar saya sorang lagi ambil produk nih dalam masa 3 minggu dpt turung 5kg.. tapi .. dia kontrol makan.. tak mkn nasi.. makan sayur and lauk pauk sahaja.. owh.. saya tidak sekuat itu..hew hew. hew
Family saya ni mmg sangat mementingkan penampilan… kalau cam selekeh jer.. atau tembun jer.. sure kena tegur la…termasuk bapak saya. Tapi mcm tajuk entri saya kali ni… nak kurus sbb bukan nak cantik sahaja.. tapi nak sihat.. itu yang paling penting.  agak2 terlebih makan tu.. ha.. kenalah ambik action yang sewajarnya..
kalau boleh seminggu sekali nak mai sini

kalau boleh seminggu sekali nak mai sini

One Response

  1. LaylaAdi May 24, 2015

Leave a Reply to LaylaAdi Cancel reply

CommentLuv badge