Kunang Kunang Pictures kongsi Ilmu teknik Shooting dan Editing

Aku memang bertuah sebab berada dalam komuniti kelab blogger ben ashaari yang tidak putus putus menganjurkan program dan kelas kelas yang amat bermanafaat kepada blogger. Kali ini Kunang Kunang Pictures  yang pernah memenangi Anugerah skrin 2017 untuk dokumentari pula berkongsi Ilmu videography dan Teknik editing dengan Adobe Premier.

 

Kunang Kunang Pictures

Kelas kami bermula dalam Jam 10 pagi, dan terbahagi kepada 2. Sesi penerangan basic untuk mendapat kan gambar yang cantik seperti kelas yang pernah kami hadiri bersama kelas fotofon bersama Sony   Sesi tersebut diteruskan dengan praktikal dengan menghasilkan video berdasarkan story yang dihasilkan.  Sesi kedua pula fokus kepada teknik editing dengan menggunakakan Adobe Premier Pro.

Boleh kata basic untuk photo and video tu lebih kurang sama .

Asas Teknikal fotografi/Videografi

  1. Iso
  2. aperture
  3. White balance
  4. Metering
  5. light
  6. rule of third
  7. frame
  8. perspective line
  9. reflection

 

images from https://www.wordstream.com/blog/ws/2015/01/05/marketing-videos

 

Kira ini macam rule of thumb yang perlu dihadam oleh photographer and videographer untuk menghasilkan gambar dan video yang menarik.

Setelah diberikan penerangan ringkas ini, kami dicabar untuk brainstorming satu video. Ah.. nasib baik lah ada pengalaman belajar dan kerja dalam pembikinan video ni, tapi kesemuanya heheh video video skema untuk projek and corporate video. Tapi basic tu tetap samalah kan. Cuma trend dan style video tidak seperti zaman aku belajar broadcasting tahun 1994-1998, hampir 25 tahun yang lalu.

Bak kata suami aku banyak yang dah langgar  dengan apa yang belajar dahulu, tapi hasil video zaman kini lebih menarik dan trendy.  Banyak juga perkongsian Kunang Kunang Pictures bersama kami tentang youtuber yang telah berjaya mengaut keuntungan yang banyak dalam new media ini. Kebanyakkan youtuber Indonesia banyak menghasilkan video yang sangat kreatif dan berkualiti walaupun hanya menggunakan  HP .

Teknik video editing yang best dan idea yang sangat mantap membuatkan mereka mempunyai viewer yang ramai. Aduh!! aku yang telah mempelajari bidang ini pun tidak mengamalkannya,  terasa rugi sangat. Tapi selepas attend kelas ini memang semangat betul nak buat video yang best dalam proses nak kumpul equipment sikit sikit. Mengembalikan zaman kegemilangan belajar broadcasting kunun.. kih kih. padahal .. member2 semua dah jadi direktor yang hebat hebat.

Maka bermulalah sesi Shooting dan Editing

Jadi apa lagi, kami pun berbincang untuk hasilkan 1 video yang berkaitan larangan rokok. Setelah dapat kata sepakat kami pun terus buat storyboard untuk memudahkan team members paham storyline semasa production nanti. Maka terhasil lah storyboard orang lidi kasil lukisan aku hahahah..

Tak apalah  yang penting semua fahamkan.

Dalam masa 1 jam kena shoot dengan MultiCamera (MCP) dengan menggunakan mirrorless sony Qaseh and fujifilm hakak punya. Ada yang bertindak sebagai pelakon, videographer, director dan sebagainya.  Tapi itulah, maklumlah semua amatur maka terbahak bahaklah kami ketawa disebabkan semuanya seperti impromtu.

 

Kunang Kunang Pictures

En shah dari kunang kunang pictures tengok jewww kita orang kalut untuk semasa shooting

 

Semua kasi tibai! tapi tibai tibai pun banyak kami belajar tanpa disedari. Dari segi direction, planning, flow, audio issue dan banyak lagi. Aku memang suka kalau belajar melalui kesilapan ini. Boleh faham sepenuhnya.

Haa.. inilah hasil video kami dalam masa beberapa jam. Bangga juga walaupun banyak lagi yang boleh ditambah baik. Eh.. memang banggalah sebab dalam masa beberapa jam sahaja, kami faham dan keperluan sewaktu shooting.

Dan juga boleh produced video dalama masa satu jam dengan menggunakan software adobe premier ini, tambahan pula nak ambil dan sync footage dari 2 kamera yang berasingan. Aku pulak tu yang buat editing untuk group dalam keadaan terkial kial untuk membiasakan shorcut dan function tersebut.

 

15 Tips untuk Penggambaran dan Mengedit Video

  1. Buat Storyboard dan / atau Skrip untuk mudah proses pengambaran nanti
  2. Rule of third
  3. Elakkan Konflik Antara Cahaya Semulajadi dan tambahan
  4. Tetapkan ‘white balance’.
  5. Elakkan ‘Menonjolkan’ Subjek dibawah cahaya cerah. Perlu lebih explore teknik lighting supaya nampak lebih natural
  6. Pelbagai shot
  7. Susun footage yang telah diambil dalam folder-folder khas untuk mudah kerja edit
  8. Jangan terlbih transition dan jugak efek
  9. Pilih Muzik Anda dengan hati-hati.

 

Kunang Kunang Pictures

Produksi kunang-kunang pictures sebenarnya terdiri dari mereka yang amat berpengalaman dalam video produksi. Mereka pernah bekerja di bawah Stesen TV3 sebelum membuka produksi sendiri.

Antara Rancangan tv yang pernah mereka hasilkan seperti 999, NONA, meja bulat syariah, mana kawan adik, sahabat backpackers dan juga Lensa 106 di ASTRO. Pengalaman mereka memang banyak. Ilmu yang dikongsikan juga tidak cukup buku untuk kami kongsikan.

Konsep pembelajaran Adobe Premier santai sahaja, tapi membuatkan keterujaan setiap dari kami untuk cuba melakukan editing menggunakan software ini.

Selama hari ini aku lebih selesa menggunakan i-movie untuk proses suntingan, tapi sekali kenal dengan Adobe premier ini memang jauh berbeza. Berbaloi sangat untuk orang yang minat video editing.  Banyak effect boleh di apply disini.

Tapi hahahha.. mudah untuk orang faham jugalah kan. Untuk pertama kali agak terkial kial juga untuk familiarize dengan features yang ada.  Tapi .. kalau tanya aku memang aku sangat sangat teruja.

Pengalaman Kunang Kunang pictures dalam pembikinnan video ini memudahkan penyampaian mereka kepada kami. Ianya lebih kepada praktikaliti untuk pembikinan video dan tidak terlebih.

Selain menghasilkan video untuk rancangan TV Mereka jugak aktif dalam pembikinan wedding photography dan Videography. Jadi korang yang berminat untuk hire untuk wedding nanti boleh visit Youtube and IG mereka tau. Jangan risau mereka memang pro.

 

 

 

Info Lanjut Kunang kunang Pictures

 

Terima kasih Penaja

Terima kasih tidak terhingga kepada MaTIC yang sentiasa sahaja memberikan ruang untuk kami menimba ilmu. MaTIC memang sangat sangat supportive blogger KBBA selama hari ini. Ruang kelas yang sangat selesa dan terbaik

MaTIC yang terletak di Jalan Ampang  merupakan hub untuk tourist atau pelancong dalam dan luar negara. Kemudahan disediakan di MaTIC sangat terbaik seperti kaunter pelancong, dewan mesyuarat, pusat handcraft, kebudayaan dan segala yang berkaitan dengan bidang dan perkhidmatan Pelancongan

Hari kami tidak lengkap tanpa makanan yang enak dari CCK kitchen, nasi arab bersama ayam bbq. simple tetapi sedap sehingga menjilat jari.  CCK kitchen terletak di Shah Alam.  Jujur aku cakap, juadah simple yang disediakan oleh mereka pada hari tersebut buatkan aku teringat ingat lagi. Silap haribulan hujung minggu ni aku pasti jejak ke restoran mereka

Oh sambil tu kami juga dihidangkan dengan kuit kapit mak inang yang maberles sgt.

4 Comments

  1. ummi nani January 18, 2019
  2. Nina Mirza January 18, 2019
  3. Rashel Ahmed January 23, 2019
  4. ina azlina February 1, 2019

Add Comment

CommentLuv badge