Kuala lumpur Modest fashion week

Baru ku tahu  perasaan tengok fashion show di Kuala Lumpur Modest Fashion Week

Lama dah teringin nak tengok fashion show.  Bila dapat peluang jemputan oleh COSMODERM yang merupakan silver sponsor untuk event ni, apa lagi terus angkat tangan volunteer lah nak mai kuala lumpur modest fashion week ni..  Kalau ikutkan, penat sebab baru jer touch down dari Japan sehari sebelumnya tapi perasaan teringin tu melebihi segalanya.. Perempuan kan… apa lagi. fashion, beauty, and kisah anak anak lah.. opps tapi mak yang ini minat gadget jugak tau.

kuala lumpur modest fashion week

klfmw3

designer wajie ibrahim yang aku dok follow ikut IG.

Meh nak citer pasal event  kuala lumpur modest fashion week ni yang telah berlansung di PICC pada 3-4 December 2016.  Fashion designer yang hadir pada hari tu dari merata negara walaupun ia lebih kepada fashion Muslimah. Aku join pada hari sabtu, antara fashion designer yang sempat tengok dari Japan, saudi arabia, indonesia and of course from Malaysia. Haa from japan pun ada buat design untuk muslimah okay. and memang stylo

 

kuala lumpur modest fashion week

barisan designer yang showcase semasa kuala lumpur modest fashion week

 

Feel bila tengok runaway  di kuala lumpur modest fashion week ni seronok rupanya. Bila kita nak beli baju di butik or shopping complex, terlampau banyak baju sampai tak tau nak beli apa. Itu aku lah… Bila dalam event macam ni dengan setup lighting + music, plus dengan model yang menggayakannya nampak baju baju tu cantik sangat. Maybe sebab kita fokus pada subjek di mata kita kan.  Feeling tu memang best!

Ramai juga International Blogger di jemput hadir untuk event yang berprestij macam ni. Cara dia orang dressing and make up pun cantiknya. Bandingkan ngan akak ni.. hahaha.. malu aih… dengan muka and badan yang lesu baru balik travel. Hahhah rasa kecik jer.. Banyak nak kena improve ni. Sembang-sembang dengan geng blogger dari  Kelab Blogger Ben Ashari with shehan dan shiqin memang we all kena grooming lagi hahahah. Make up pun masih bertatih.

kbbablogger

3 bloggers dari Kelab Blogger Ben ashari.

 

Lagi satu nak share, perangai akak ni bila  datang event mcm ni suka sangat  observe persekitaran Antaranya  dari segi orang yang mengendalikan event, crowd yang datang, booth yang dibuka pada hari tersebut. Kalau korang macam mana?

kuala lumpur modest fashion week

model model menggayakan baju yg osem

 

Perempuan dan kecantikan memang tak boleh dipisahkanlah, jangan kata tidak ya.. Patutlah COSMODERM memilih untuk sponsor event kuala lumpur modest fashion week. Nama Cosmoderm ni tak asing sebenarnya, sbb big boss Ben Ashaari merupakan duta untuk produk ni. Kebetulan Cosmoderm bukak booth maka sempatlah grab produk untuk jeragat.


kalau korang baca entri aku yang lain aku masih mencari produk yang dpt solve problem nih. huhuhu… kenapa aku tergerak nak beli terus? hahaha sebab masa dalam event tu terjumpa dengan geng opis sendiri yang ada join event ni. Bila aku cakap aku datang atas tiket cosmoderm dia sendiri dah pakai cosmoderm and it works for her. haaa.. live testimoni..  apa lagi.. gedik gedik lah akak p cari produk ni kat luar tu. shehan geng blogger tu pulak banyak amik produk skincare untuk masalah eczema anak dia. Memang nak kena try nanti, disebabkan stok skincare masih ada kita abiskan yang tu dulu nanti kita try yang ni. Dalam ekonomi sekarang mak mak kena bijak plan, tak gitu.. Nanti iols update testimoni okay.

cosmoderm

 

 

Add Comment

CommentLuv badge